assalamualaikum 😊

pagi-pagi Ahad ni, biasa lah kan, firstly, saya akan cek dulu baju2 sekolah anak-anak --- dah cuci? dah sidai?
terutama kak Nurin's. lewat ptg nanti nak balik asrama. maka, tghari ni, wajib dia settle iron semua baju2 dia.
secondly, saya mesti akan buka tutup peti ais 😅.
keluarkan bahan dari freezer. kemas peti ais, sisihkan apa patut, susun apa patut.
tghari ni dah ada bahan dah nak dimasak utk lunch.
  1. bendi goreng bercili
  2. sambal sotong
  3. ikan tenggiri masak kicap
in shaa Allah...
finally, akan cek laman. pe khabar taman @ kebun mini saya kat luar tu 😎.
mr.asben akan siramkan dulu pepagi tadi. spend masa la saya pula mencabut rumput liar.
hu huhu hu tu pun dah berpeluh! tak lama pun, spent tadi dlm 30 minit je. alhamdulillah...

now. 
relaks jap atas kerusi. bawah kipas. tarik nafas. hembus nafas...
tarik nafas. hembus nafas... rehatkan badan.
😆
sambil layan Borak Kopitiam di TV3.
jari-jemari pula tak la direhatkan. marilah update blog jap.

Anak & Ibu Lepak Makan Sushi di Food Court
kisah sushi yg dibeli Jumaat lepas 👌
sushi kekecik tu dah biasa kami beli. sedap 😋.
then, saje-saje beli Inari Prawn Ebikko Aburi tu. nak merasa.

cek-cek gallery phone semlm, ada plak gambar sushi ni.
terkenang Jumaat lepas, saya & kak Nurin lepak Aeon Ayer Keroh, sementara Syuhada ada bengkel English di rumah cikgunya.
jam 8 - 10 mlm. hmmmmm takkan nak balik rumah kan.
saya ajaklah kak Nurin ke Aeon, sebab memang ada brg nak cari di Mr.D.I.Y.

then, berjalan-jalanlah kami berdua mlm tu. santai-santai...
lalu pula depan tempat jual sushi ni.
ibu : "kak, nak tak beli sushi? lama tak makan, kan?"
Nurin : "boleh jugak" 😃

Anak & Ibu Lepak Makan Sushi di Food Court

Anak & Ibu Lepak Makan Sushi di Food Court
beras sushi. kat luar tu mcm kulit tauhu.
sedap jugak. saya makan share dgn kak Nurin. besar! amatlah kenyang hu hu hu hu...

Anak & Ibu Lepak Makan Sushi di Food Court
yg ni, sgt sedap!
mayonis, udang, telur ikan... 😋

ada 2 ketul. alhamdulillah... cukup la utk kami berdua.
spent masa dlm 30 minit jugak la kami berdua lepak, chit chat di food court Aeon tu.
borak anak. borak ibu. borak kami berdua...
💙     💚     💛     💜

saya start suka makan sushi ni di lewat usia 30-an.
sebelum tu saya memang tak suka sushi, try pun tak nak! yg saya imagine dlm kepala sushi is seafood mentah 😖.
but, sejak sekali tu, ofismet di seremban buat sendiri dan bawa ke ofis. potluck. saya try... terus jatuh cinta!!!
sebab dia buat sendiri masa tu, saya beranikan diri mencuba lah.
now, most of the time kalau ke Aeon, sure akan beli skit.

pernah sekali juga, belanja geng MakcikKepoh lepak makan di Sushi King, Aeon Ayer Keroh.
masa tu tak pasti sebab apa belanja --- naik pangkat atau sebab dpt pindah balik Melaka.
saje ajak diorang. semata-mata nak ada experience makan di Sushi King lah.
nak gi sendiri, mcm kekok 😀. segan...

orait...
sampai sini jer coretan sushi saya ekk...
ada satu lagi kedai jual sushi yg saya da try, di Mydin Ayer Keroh.
pernah beli skali, tapi sedap sgt, tak snap gambar 😆. next, saya beli, saya share ye.

bye...