assalamualaikum 😃

cuti hari ni. cuti raya. cuti raya.
cuti sekolah plak tu.
confirm masih ramai yg berada di kampung, kan.
berkumpul ramai-ramai sekeluarga. moment yg paling best, kan.

nak kongsi dgn excited nyer, kami dah tonton BoboiBoy The Movie 2, Jumaat (malam) lepas 😍.
kak Nurin lah, amik dia di asrama tghari Jumaat tu. 
kereta ibu nyer ni belum lagi keluar sekolah dia, dia dah ckp, "ibu, kita kena tgk BoboiBoy mlm ni!".
hmmmmm... ingatkan Ijat yg excited.
rupanya kakak sulung Ijat yg over-excited! hi hi hi hi hi...
demi nak penuhi impian kakak-kakak, mr.asben pun gigihlah gi beli tiket wayang selepas settle solat Jumaat.
yes. show mlm tu (9.20 mlm) tak brape ramai org. dpt la tiket dan seat yg cantik utk view layar.

BoboiBoy The Movie 2 | Done Tonton 9.8.2019 & Menyumbang Kepada Kutipan RM9.9 Juta

BoboiBoy The Movie 2 | Done Tonton 9.8.2019 & Menyumbang Kepada Kutipan RM9.9 Juta

BoboiBoy The Movie 2 | Done Tonton 9.8.2019 & Menyumbang Kepada Kutipan RM9.9 Juta


kami tak inform Ijat bahawa kami nak tonton BoboiBoy.
kami kelentong dia kononnya nak tgk citer lumba kereta.
dia frust lah jugak time tu, "kenapa kita tgk citer lumba kereta, bu. kita sepatutnya tgk BoboiBoy tau"...
kami-kami diam kan aje 😄.
sehinggalah masuk panggung. sehinggalah citer BoboiBoy start. 
Ijat ckp kat saya masa tu,"ibu ni penipu lah. kata nak tgk citer lumba kereta. ibu penipu".
hmmmmmm penipu pun penipu lah, Ijat. janji awak happy. sungguh concentrate dia tgk wayang meskipun sebelum tu dlm kereta, dah mengadu ngantuk.

Retak'ka...
Hang Kasa...
yang paling comel tahap maksima 👉 Pipi Zola 😍.
BoboiBoy The Movie 2 | Done Tonton 9.8.2019 & Menyumbang Kepada Kutipan RM9.9 Juta


Retak'ka memburu BoboiBoy bagi mendapatkan kuasa elementalnya kembali.
Retak'ka mahu kembali berkuasa di seluruh galaksi.
maka, BoboiBoy and the geng berusahalah dan bertarung dgn Retak'ka.
Papa Zola is so cute lah. watak yg sgt menghidupkan citer BoboiBoy ni tau. love him so much.

BoboiBoy The Movie 2 | Done Tonton 9.8.2019 & Menyumbang Kepada Kutipan RM9.9 Juta
8.8.2019 - 12.8.2019

best!
seronok!
idea baru yg sgt fresh. korang mesti bwk anak-anak tgk.
much better than Upin Ipin Siamang Tunggal.
kami gi tonton Upin Ipin Siamang Tunggal, tapi saya tak sempat corat-coret dlm blog.
masa tu takde masa utk blogging 😅.
sgt cantik citer tu. colourful. lagu-lagu sedap. tapi bagi saya idea ni tak fresh.
guna balik idea lagenda melayu dulu kala. diubahsuai cerita sesuai dgn suasana Upin Ipin.
predictable. takde wow factor sgt pada diri saya la.
but, Boboiboy always buat saya berkata "wow!".
penuh dgn aksi. lawak pulak tu. kanak-kanak yg menonton semua tergelak besar.
termasuklah Ijat. gelak besar terbahak-bahak 😆   😄😄.

korang wajiblah bwk anak-anak nonton movie ni. berbaloi...
bukan anak-anak kecil je happy, kakak abang nyer pun pasti rasa puas!
recommended pada skala 10/10.
👌👌👌