assalamualaikum 😊

pe kabo semua?
sihat-sihat la hendaknya ye.
saya? hari ni sgt ok la.
bila ia dinamakan hujung minggu, ohsem lah 😍.

maka, now baru lah dpt hapdet blog kecil molek ni.
selesai lunch, selesai lipat baju.
rehat jap depan tv. kak Nurin on plak movie Child's Play 2019 : Buddi.
maka, exercise jari-jemari jap la di atas keyboard laptop ni.
mengabadikan satu lagi kisah anak-anak.

Sulam Reben
hasil saya menyulam weekend yg lepas 😍. tak brape kemas, tapi boleh la...

nak la kongsi satu citer - last weekend kak Nurin bw balik homework PSV.
tu hah, topik on sulaman benang dan sulaman reben.
kak Nurin memang tahu la si Ibu ni pasti akan bantu dia lagi. yes lah, anak Ibu kan 😃.
takkan Ibu nak susahkan kak Nurin.
memang minat Ibu lah membantu anak-anak 😀 ha ha ha ha...

ni kalau cikgu kak Nurin baca blog ni, fengsan lah dia...
mesti markah kak Nurin kena slash out.
pengakuan jujur seorang ibu yg membantu anaknya siapkan kerja rumah hi hi hi hi hi...
"oooooh, ibu awak yg buat projek jahitan awak ye?" 😠
eh tak lah cikgu. ada gak la Nurin buat. dlm 25%.
tapi slow!!! geram hati saya melihat dia menyulam reben & benang tu.
saya buat, selesai cepat skit 😂.

Sulam Reben

happy saya bila dpt tahu projek PSV kak Nurin adalah menjahit sulam reben & sulam benang.
minat saya ni.
just, now da takde masa nak pegang jarum & benang dah...
malas pun ye jugak 😃.

bagus lah ekk bila tajuk sebegini ada dlm silibus PSV anak-anak sekolah menengah.
boleh memupuk minat diorang dari awal.
diorang boleh menyulam bila ada masa. boleh juga buat duit ni tau.

tak mudah!
sakit juga la jari-jemari ni setelah bertahun-tahun tak menyulam reben.
sib baik lah tools menjahit saya cukup.
tak payah dah nak membeli. stok reben & benang pun complete.
just laksanakan aje hingga siap.

Sulam Reben
😏 ni la hasil yg tak seberapa tu...

saya pernah few years back join kelas online utk sulaman reben, sulaman benang & sulaman manik.
tiada niat utk bisnes atau apa-apa. minat semata-mata nak tau teknik menyulam tu.
minat menjahit?
saya minat menjahit ke arah kraftangan.
tidak ke arah menjahit baju.
sulam reben. sulam benang. sulam manik.
kraf felt pun saya minat! 😍 byk juga projek kraf felt yg saya hasilkan.
dijadikan gift kpd kawan-kawan.
skit jer la yg sempat saya abadikan dlm blog ni 👉 projek jahitan Aida.

bila stress, uolls try menjahit. hasilkan something nice... skit sebanyak, stress tu akan mengalir keluar bersama idea tu.
ringanlah beban stress dlm diri kita 😊.
in shaa Allah...

tools. reben. benang. manik. jarum pelbagai saiz.
💙💚💛💜

PSV Tingkatan 2 | Menyulam Bunga Reben Bersama Kak Nurin

PSV Tingkatan 2 | Menyulam Bunga Reben Bersama Kak Nurin
playar ni penting, utk tarik reben.
tanpa ni, sgt sukar nak menarik reben in and out dari kain, sakit tgn!!!

lama jugak brg2 jahitan saya ni tersimpan ketat kat dlm bilik.
sejak pindah, memang tak berusik pun. projek kraf felt pun tersangkut!

adakah ini tandanya saya perlu on balik those projek yg tergendala? 😀😀
aduhai...

😏  👋👋