Thursday, October 10, 2019

FamilyMart | Setelah berbulan di Melaka, barulah dpt mencuba...

9 comments:
assalamualaikum...
salam sejahtera 😉

esok Melaka cuti.
besday TYT.
alhamdulillah...

dpt la berehat. lepak dgn anak-anak kat rumah extra 1 hari minggu ni.
letih da kepala ni. 
minggu yg sgt ketat dgn keje hakiki.
berputar memikirkan demi negara... chewah! 😄
before melangkah keluar dari ofis ptg Khamis ni, kasik up satu citer lah ye.
FamilyMart ni baru lagi di Melaka. Ayer Keroh tu hah...
😃 first day dibuka, 29 Julai lepas, saya dah perasan. di laluan gi balik keje kan.
dari sehari ke sehari anak-anak ajak gi.
"nanti nanti lah..." tu aje la reply saya.

so, Jumaat lepas, lunch break, berjaya saya menunaikan permintaan kak Nurin & Syuhada.
aim 2 items je - aiskrim & oden.
dua ni kan viral and pernah trending... before this just tgk jer la gambo nyer. Jumaat tu la dpt kami merasa.

FamilyMart | Setelah berbulan di Melaka, barulah dpt mencuba...

FamilyMart | Setelah berbulan di Melaka, barulah dpt mencuba...
minta la maaf ye...
gambar eskrem dah cair juga yg nak di snap 😃😃. sebelum anak-anak menjilat, ibu snap gambo dulu ha ha ah aha ha... 😂😂😂 tu yg bertambah cair.


tak lepak makan situ pun.
segera tapaw, makan di ofis saya je.
meskipun lunch break Jumaat tu sehingga 2:45 ptg, dek kerana ada urgent task nak kena siapkan, kul 2:00 ptg kami da sampai ofis balik.
komited kan 😄😄😄 ha ha ha ah ha ha...

aiskrim belgian dark chocolate - ok. not bad. sedap 👍. 
aiskrim matcha - saya kurang suka 👎. tak dpt nak beri komen lanjut hi hi hi hi... terpulang kpd citarasa memasing, kan...

oden - ala-ala yong tau foo tapi berkuahkan tomyam.
hmmmmm ok ok jer lah bagi saya. tak la lepas makan terkenang-kenang nak gi beli lagi 😃.
just nice gitu gitu la.
tak merugikan duit yg dibayar utk semangkuk oden FamilyMart tu.
anak-anak pun suka 😋.

senang hati saya bila takde lagi bising di telinga, "bila kita nak singga FamilyMart, bu?" 😊
lenkali kami nak dtg lagi. nak cuba produk FamilyMart yg lain plak...
harganya tak la brape murah. boleh tahan lah... so, tak boleh selalu lah kan 😂😂.
tapi tu la. 
ramai aje org di FamilyMart ni. ada je yg beratur nak membeli oden tu.
aiskrim tu jgn ckp lah kan. setiap family yg keluar, mesti ada je 2-3 aiskrim tu di tgn.
ternyata sedap lah kan 😄😍😍.

mudah je lokasi FamilyMart ni.
Taman Ayer Keroh Heights - bersebelahan je dgn KFC & Pizza Hut berkembar tu.

👌

Tuesday, October 08, 2019

Beli Pasu Bunga | Create Your Own Sunshine...

10 comments:
assalamualaikum...
salam sejahtera.

terasa lega bila pagi ni dpt settle kan 3 perkara penting.
alhamdulillah...
  • hal keje.
  • hal peribadi.
  • hal keluarga.


diri saya ni - perempuan yg bekerja.
cuba sedaya upaya utk jadi sempurna.
tu selesai.
ni selesai.
but, tak semudah tu. ada je yg terbengkalai...

standard lah tu kan.
kita ni bukan sempurna.
tapi, bila satu masa tu semua kerja mcm tak menjadik - bengang jugak!
😔😔😔
mcm nak marah!
mcm nak jerit!
mcm nak letak jawatan pun ada 😄😄😄 ha ha ha...

Create Your Own Sunshine...
mug tupperware pun boleh beri kesan positif ekk...

so, sendirian... menyendiri... muhasabah diri.
fikir dgn positif.
fikir dgn rasional.
😌😌😌 creating my own sunshine 👌.
Create Your Own Sunshine...
jadik la muka gini.
jumpa org , kita senyum lebar and peace uolls 😃.

mula la fikir pasal kebun sekangkang kera kat rumah tu.
nak beli pokok apa? nak beli brape kampit tanah? nak beli pasu pattern apa....
ha ha ha ha ha... start la amik rough paper and pen, dok senaraikan pe nak beli.
kira-kira duit dlm purse. "yes cukup cukup ni 😅..."
hasil nyer adalah seperti di bawah 👇👇👇

Create Your Own Sunshine...
penuh bonet belakang cik viva saya 😅

Create Your Own Sunshine...
 lagi 3 pasu sederhana terpaksa duduk dlm kereta...

yes!!! 
selesai release stress 😍😍😍 ha ha ha ha ha...
tu la. lepas tu Syuhada & Izzat plak stress, kereta penuh!
diorang berdua terpaksa share tali pinggang keledar dok depan ha ha ha ha ah ha...
ni la akibat bila memilih dan membayar barang tak ukur luas kereta sendiri dulu! 😂😂😂
terlupa!!!
bahana melepaskan stress, terlupa plak kereta kecik molek...
sib baik muat.

ni bukanlah kejadian baru ye.
beli pasu ni dah lebih 2-3 minggu lepas 😊.
petang semlm beli 4 kampit tanah jer...

😃😃😃😃 tapi releks releks aje. semua benda boleh adjust kan.
small matter lah...
yg penting, hati senang. senyum lebar bila sampai rumah. pasu cantik! 

😃   😉😉

Monday, October 07, 2019

Nasi Kerabu | Sedapnya Tu Sangat Subjektif...

16 comments:
assalamualaikum 😊
salam sejahtera...
Isnin. permulaan minggu yg sgt byk keje bagi saya 😅.
tak cukup kot masa nak siapkan semua hu hu hu hu hu...
minggu ni bekerja hanya 4 hari. Jumaat is cuti sempena birthday TYT.
pe pun, setengah hari ni, pagi ke 1 ptg tadi, telah selesai 1 keje penting.
ptg ni hingga 1 ptg esok, aim nak siapkan satu lagi yg utama.
di antara tu, ada few task kecil-kecil...
in shaa Allah... moga dipermudahkan oleh Allah...

update blog ni jap hah... lama naw sepi nyer.
borak kosong. korek-korek phone, ada plak gambar nasi kerabu 😄.
korang suka makan nasi kerabu?
korang pernah rasa nasi kerabu?

saya mula berkenalan dan jatuh cinta dgn nasi kerabu ni sekitar tahun 1996.
di Matriks UIA, mostly rakan sebilik adalah Kelantanese.
sebab tu saya faham bila org Kelantan bercakap. tak tahu maksud exactly, tapi faham apa yg mereka maksudkan 😄.
pertama kali keluar dari kepompong wilayah selatan, jejak kaki di Uni terus berjumpa dgn sahabat dari seluruh Malaysia.

nasi kerabu ni berasal dari Kelantan.
tapi now dah tak susah nak merasa.
hampir kesemua pasar malam seluruh Melaka ni ada jual nasi kerabu.

tapi sgt susah nak mencari yg sedap!!! tak mudah...
hari ni beli, ok...
esok, 👎. cuba yg lain, sama jugak. kesedapannya tu tak sama meskipun penjual yg sama.
susah ye nak dptkan rentak kesedapan utk nasi kerabu?

Nasi Kerabu | Sedapnya Tu Sangat Subjektif...
pembelian minggu lepas...
a complete set of nasi kerabu di pasar mlm Kg. Tun Razak, Bkt Katil.
ulaman, daging goreng, ikan kering, keropok, solok lada...

Nasi Kerabu | Sedapnya Tu Sangat Subjektif...
paling saya suka - solok lada 😍. wajib ada ni dlm nasi kerabu saya!

nasi kerabu ni nak makan, kena gaul semua sekali.
barulah gravy nyer tu akan menyaluti kesemua nasi kerabu.
saya gaulkan sekali dgn ulaman dan daging goreng.
kebetulan kat rumah memang ada stok at least sebotol budu.
tak cukup, saya tambah la skit budu agar nasi tu lebih terasa.

frankly speaking, saya ada je resepi nasi kerabu ni.
complete menu dari nasi nyer, solok lada nyer and other side dishes.
just lom lagi buat sendiri 😄. saya beli resepi ni tau. bukan free!
sebab nakkan teknik rahsia. minat punyer pasal, ok la. berbaloi harga resepi nyer...
one day, will try, in shaa Allah...

korang suka tak nasi kerabu ni?
biasa makan tak nasi kerabu ni?
try la ye if lom pernah.
mana la tau, nanti terjatuh cinta mcm saya 😎.

👌😉

Wednesday, October 02, 2019

Konsep Mengutamakan | Hak Individu

7 comments:
assalamualaikum...

dah jadi kebiasaan plak, update blog lewat ptg 😅.
kerja hakiki settle, baru senang hati nak taip-taip kat blog.

boikot!!!

boikot!!!

boikot!!!

saya ni, sebenarnya, dah lama juga beralih kpd beli brg buatan Muslim / buatan Malaysia.
ke kedai, saya pilih kedai Muslim. pasaraya Muslim.
ni setakat yg sampai ke pengetahuan saya lah kan.
sometimes, tak tahu pun kedai / pasaraya tu milik sape sebenarnya 😃.
ni saya refer to brg keperluan asas seharian dan makanan minuman ye.
few years back, time negara kita started to buat awareness berkaitan produk Israel.
masa tu, saya dah ada kesedaran...

first, kena beli brg Muslim buat. beli di premis perniagaan Muslim.
mencari yg halal itu fardhu, kan...

yakin ke dgn cop halal oleh JAKIM tu???!! 😳😳😳
saya sgt yakin. saya mesti yakin.
kerana barisan org di JAKIM bukanlah calang-calang org, kan.
maka, saya percaya dan yakin.

tapi kalau tahu ia buatan Muslim, lagi la double keyakinan saya.
takde rasa ragu dlm hati.

Konsep Mengutamakan | Hak Individu

tapi, saya tak pernah memBOIKOT produk bukan Muslim yg terpamer cop halal.
tak pernah.
saya mengamalkan konsep mengUTAMAkan, bukan boikot.
saya beri peluang kpd bisnes org Muslim, seagama.
saya nakkan perniagaan org Muslim tu lebih rancak.
tak pernah saya rasa saya ni wajib support org Melayu!!! a big TIDAK lah...
never!!!
it is something semua org tahu, Melayu di Malaysia = Muslim.
tapi kena semat dlm minda kita tentang kewujudan :
  • india Muslim.
  • cina Muslim.
  • portugis Muslim.
  • iban. kadazan. bajau. ... ... ...
  • syria. palestin. rohingya. korea. jepun. ... ... ...

saya tak pernah refer to bangsa. Islam tu adalah milik semua. tak kira bangsa, kan 😊.
and not neccesarily Malaysian. 

Muslim.

aduhai. kalau kat bangi tu, chinese restaurant tu, terbaik!!!
apa ntah nama nyer. dulu pernah gi sekali dgn famili. dim sum nyer =  wow!!!
kedai mamak? hmmmmm kerap sgt dah...

nak la kongsi skit fakta benar. pengalaman sendiri yg 😓😓😓.
di satu kawasan perumahan ni, ada 2 kedai runcit - kedai milik Muslim (Melayu) dan non-Muslim (Chinese).
bersebelahan.
dulu kala, pertama kali saya di situ, saya terus ke kedai Muslim tu.
aduhai 😖😖 kordial di atas rak sudah expired beberapa bulan yg lepas!!!
sib baik saya sejenis tgk expired date tau.
not only that. kedai tidak teratur. siap ada kucing berumahtangga kat rak jualan. Allahu Akbar!
paling menyedihkan, anak / isteri owner yg menjaga kaunter, sibuk nonton tv.
bukannya nak kemas kedai ke, lap meja ke, cek brg elok lagi ke...
selepas dari tu, saya serik. nak beli brg, terus masuk ke kedai non-Muslim tu.
until now if saya singgah situ beli brg, mesti ke kedai non-Muslim tu.
saya masuk kedai, anak uncle tu akan senyum dan kata, "hai kak, lama tak jumpa", "hai kak, ikan baru-baru ada tau dlm freezer", "hai kak, masuk kak, pilih brg kak"....
kita ni terasa sgt dihargai. siap bantu carikan brg, angkatkan brg...
kemas. bersih. teratur. mudah kita nak cari brg.
semua brg ada.

gitu la... 
nampak tak. saya tak memBOIKOT non-Muslim meskipun saya sekian lama dah pun support #BMF.
mengUTAMAkan.
but tu la, certain keadaan kita terpaksa pilih yg kedua.
but still dlm kedai, kita pilih brg #BMF.
pendirian tetap ditegakkan la kan...

cuma satu yg saya tak puas hati bila non-Muslim suka sgt guna perkataan bercirikan Islam dan Melayu utk nama brg diorang.
... Ahmad.
... Bilal.
... Masjid.
... Berkat.
ni tak seharusnya lah kan. terang-terangan nak mengelirukan! 😠
then, hina Islam. hina Muslim. hina Melayu... another big TIDAK la kan sepatutnya.
kita ni kan MALAYsia. hormat menghormati sesama kita tak kira agama bangsa & budaya.
ntah knape now perkara ni jadi sgt besar!
kerajaan pun takde usaha nak memadamkan api racist ni dlm hati rakyat ni.
diam.
sunyi.
sepi.
tak tau apa motif 😌. bosan!!!

perkara ni sebenarnya is dlm hati.
tak perlu dipolitikkan.
bisnes is bisnes. kuasa always dlm genggaman pengguna.
bersaing secara sihat dan benar.

😊     👍👍

Tuesday, October 01, 2019

Mee Goreng NuMee Gardenia

13 comments:
assalamualaikum 😃
rindunya nak blogwalking...
komen-mengkomen.
malangnya, these few days sgt ketat aktiviti.
tak dpt nak belek phone and blogwalking.
waktu mlm, jgn haraplah kan...
masa utk keluarga la plak 😍.

apa khabar ari ni semua?
jerebu dah xde dah kan seluruh negara? Melaka ni mcm dah ok.
hampir tiap hari hujan. jadik lah, walaupun sekejap-sekejap.
baru lah seimbang cuaca kita. sihat sejahtera...
sama-sama la kita menjaga alam sekitar.

di masa yg singkat ni (dah nak 5.20 ptg dah ni, kena cecepat balik 😄), nak la share citer pasal mee goreng.
aik??? mee goreng pun mau citer ke? 😄😄😄
iye la... tanda nyer iolls reti goreng mee lah ha ha ha ha... gurau!!!

takde pe special pun mee goreng saya ni.
rencah tumis bersama ciliboh ialah bawang merah, bawang putih & udang kering.
ada la 4 ekor sotong sederhana besar. dipotong kecik.
fishball wajib buh sepaket 😅.
then, taburan daun bawang dan bawang goreng.

Mee Goreng NuMee Gardenia
hah gitew...

now saya dah guna NuMee Gardenia tau.
happy bila now mana-mana kedai dah jual.
mudah nak beli dah. dulu awal2, kat mydin jer. tu pun cepat naw abis!
cantik plastik nya. ada standard 👍👍👍 gitew. tak la berminyak-minyak bila kita pegang!!!

Mee Goreng NuMee Gardenia

Mee Goreng NuMee Gardenia
lebih bersih. sudah dibilas. sedia utk dimasak.
yg ni recommended lah utk para penjual mee goreng di pasar mlm.
sebab, obviously diorang takkan bilas mee kuning bila nak goreng.
saya memang nampak byk kali, dari plastik terus ke kuali jer 😖.

Mee Goreng NuMee Gardenia
tu dia... tak berminyak. just nice 😍.

sgt la selesa bila ada produk sebegini yg diyakini.
takde keraguan.
senang hati. sempurna...

saya sgt sarankan mana-mana peniaga iks yg mengeluarkan produk seperti ni, invest utk dptkan packing yg sempurna sebegini.
because, ia akan menarik perhatian pembeli. mahal, tapi org tetap beli.
jgn takut-takut amik risiko, keluar modal lebih skit utk r&d.
mereka mampu? kita pun mampu. apapun, kena ada sedikit usaha dan kecekalan.

😍😍😍

WAJIB MILIKI, KLIK SEKARANG UTK PILIH & BELI | SAYA KONSULTAN NARINAR MALAYSIA


Followers AdianiezDotCom | Thank you so much. Please leave a comment, I will follow u back.