Tuesday, December 17, 2019

Bowling | Merebut piala pengarah di samping eratkan sillaturrahim...

assalamualaikum πŸ˜ƒ
selamat pagi Selasa.

nak lah yg cerita kat korang, pagi ni Melaka bersambung hujan lagi.
dari subuh tadi da pun hujan renyai-renyai. suhu pun sekadar 23-25 darjah celcius jer.
dari tgh mlm Jumaat lepas sehinggalah tgh mlm Ahad = hujan non-stop!
Melaka menangis tanpa henti.
pagi semlm, alhamdulillah, hingga la dlm jam 3 ptg, Melaka orait orait jer. panas!
hmmmmmm kul 3.30 ptg gitu, gerimis mengundang πŸ˜„.
tapi kejap jer. hingga la mlm tadi, tak hujan...
now, hujan semula... nampak nyer bakal berlanjutan 1-2 hari ni.

sekian jer ramalan kaji cuaca. now, nak throwback πŸ˜€.
setelah lebih 2 tahun tak main boling, Selasa minggu lepas, 10.12.2019, sis Aida ni hah kembali membaling bola utk menjatuhkan pin-pin di MIBC.
ha ha ha ha... enjoy enjoy jer. bukan pandai sgt main pun.
tu pun join last minit, dipaksa big bos πŸ˜„πŸ˜„πŸ˜„ ha ha ha ha...

Bowling | Merebut piala pengarah di samping eratkan sillaturrahim...
haruslah bwk eskot ke MIBC - Izzat & Syuhada.
mlm hari, iolls tak berani lah nak drive sorang diri...

Bowling | Merebut piala pengarah di samping eratkan sillaturrahim...
πŸ’—

Bowling | Merebut piala pengarah di samping eratkan sillaturrahim...
πŸ’™

Bowling | Merebut piala pengarah di samping eratkan sillaturrahim...
πŸ’›πŸ’›πŸ’›


Bowling | Merebut piala pengarah di samping eratkan sillaturrahim...
all ladies πŸ’ͺ

Bowling | Merebut piala pengarah di samping eratkan sillaturrahim...
ha ha ha ha ha πŸ˜„πŸ˜„πŸ˜„
tak ku sangka menjadi yg paling byk jatuhkan pin boling ha ha ha ha πŸ˜….
strike ada la 2 kali aje.
ke longkang? ha ha ha ha ha pasti ler lebih byk dari strike.

ni sebenarnya salah satu program jabatan.
dlm pada kita bekerja 8 - 5 setiap hari, mesti ada ruang utk bersosial bersama dlm program yg sihat.
boling ni di antara program wajiblah setiap tahun.
sebab semua org boleh main.
ramai yg ada bola sendiri - semua tahap strike sesajer lah.
saya ni, kalau la 2-3 tahun sekali pegang bola boling 7kg tu, mana kan nak strike nyer πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†.

Bowling | Merebut piala pengarah di samping eratkan sillaturrahim...
bergambar dulu bersama-sama Dato' Pengarah.

Bowling | Merebut piala pengarah di samping eratkan sillaturrahim...
pemain-pemain mewakili jabatan saya. 2 big bosses pun main tau. sporting πŸ‘.

Bowling | Merebut piala pengarah di samping eratkan sillaturrahim...

Bowling | Merebut piala pengarah di samping eratkan sillaturrahim...
grup kami juara!!! πŸ’ͺπŸ’ͺπŸ’ͺ

best. seronok. meriah suasana di lorong-lorong boling tu.
terbaik lah semua ofismet saya. 
kebetulan saya baru lagi di sini - baru nak masuk bulan ke-6 kan. it was a good platform to know them better lah.
begitu begini jam 12 tgh mlm baru abis. baru la nak gerak balik rumah.
masa tu Syuhada dan Izzat dah mengantuk.
both of them were very good. behave! terutama Izzat πŸ‘.
siap-siap Syuhada kata, "ibu, nanti kita dtg main boling nak?".
"Ibu ok jer. nanti kita ajak ayah...".
dtg lah minat nyer tu nak main boling, kan 😍. 
benda yg baik, memang ok la kan.
mana ler tahu nanti-nanti Syuhada nak plak main boling secara profesional. chewah πŸ˜„.
ibu support jer.

πŸ˜‰
orait. abis dah citer boling. sharing for pagi ni.
nak sambung semula masukkan data dlm sistem.
hari ni nak siapkan, in shaa Allah...
hujan-hujan gini, terasa sedikit lemau ekk nak keje πŸ˜¦πŸ˜† ha ha ha ha...
😴😴😴 mood sleepy jer hu hu hu...

14 comments:

  1. waalaikumussalam. alhamdulillah bestnya main bowling ramai2, terasa kemeriahannya ^_^

    ReplyDelete
  2. last ammi main bowling tahun 2017 kalau tak silap. ofis lama buat tournament.

    ReplyDelete
  3. Wahh bestnya dapat join main ramai2 .. psttt aida! Nak bisik2 ni kakya tak reti main bowling .. jgn gtau org tau hahaha

    ReplyDelete
  4. Tahniah AIda juara tak sia sia bawak eskot hahaha....
    Lama dah tak main bowling, malasnya main bowling ni nanti jari sure sakit tau

    ReplyDelete
  5. Wah! tahniah juara tu...
    Bolehlah kita lawan bowling ni AA Mrs. A pun suka gak membowling ni hehehee...

    ReplyDelete
  6. Wah! tahniah juara tu...
    Bolehlah kita lawan bowling ni AA Mrs. A pun suka gak membowling ni hehehee...

    ReplyDelete
  7. waa bestnya.. tentu seronok kan boling ni kira satu sukan juga

    ReplyDelete
  8. X minat sgt main bowling. Kalau for fun ramai2 ... boleh je. Memeriahkan suasana gitu. Kannn...

    ReplyDelete
  9. lama xmain bowling..ntah ngt lagi ka x cara2 pgg bola hahaha..apapun tahniah

    ReplyDelete
  10. okay lagilah boleh main bowling tu kak..Fiza lansung tak pernah main. pegang bola pun tak pernah. haha

    ReplyDelete

Blogging...
Blogwalking...
Thank You For Coming :)