assalamualaikum 😃
selamat pagi Selasa.

nak lah yg cerita kat korang, pagi ni Melaka bersambung hujan lagi.
dari subuh tadi da pun hujan renyai-renyai. suhu pun sekadar 23-25 darjah celcius jer.
dari tgh mlm Jumaat lepas sehinggalah tgh mlm Ahad = hujan non-stop!
Melaka menangis tanpa henti.
pagi semlm, alhamdulillah, hingga la dlm jam 3 ptg, Melaka orait orait jer. panas!
hmmmmmm kul 3.30 ptg gitu, gerimis mengundang 😄.
tapi kejap jer. hingga la mlm tadi, tak hujan...
now, hujan semula... nampak nyer bakal berlanjutan 1-2 hari ni.

sekian jer ramalan kaji cuaca. now, nak throwback 😀.
setelah lebih 2 tahun tak main boling, Selasa minggu lepas, 10.12.2019, sis Aida ni hah kembali membaling bola utk menjatuhkan pin-pin di MIBC.
ha ha ha ha... enjoy enjoy jer. bukan pandai sgt main pun.
tu pun join last minit, dipaksa big bos 😄😄😄 ha ha ha ha...

Bowling | Merebut piala pengarah di samping eratkan sillaturrahim...
haruslah bwk eskot ke MIBC - Izzat & Syuhada.
mlm hari, iolls tak berani lah nak drive sorang diri...

Bowling | Merebut piala pengarah di samping eratkan sillaturrahim...
💗

Bowling | Merebut piala pengarah di samping eratkan sillaturrahim...
💙

Bowling | Merebut piala pengarah di samping eratkan sillaturrahim...
💛💛💛


Bowling | Merebut piala pengarah di samping eratkan sillaturrahim...
all ladies 💪

Bowling | Merebut piala pengarah di samping eratkan sillaturrahim...
ha ha ha ha ha 😄😄😄
tak ku sangka menjadi yg paling byk jatuhkan pin boling ha ha ha ha 😅.
strike ada la 2 kali aje.
ke longkang? ha ha ha ha ha pasti ler lebih byk dari strike.

ni sebenarnya salah satu program jabatan.
dlm pada kita bekerja 8 - 5 setiap hari, mesti ada ruang utk bersosial bersama dlm program yg sihat.
boling ni di antara program wajiblah setiap tahun.
sebab semua org boleh main.
ramai yg ada bola sendiri - semua tahap strike sesajer lah.
saya ni, kalau la 2-3 tahun sekali pegang bola boling 7kg tu, mana kan nak strike nyer 😆😆😆.

Bowling | Merebut piala pengarah di samping eratkan sillaturrahim...
bergambar dulu bersama-sama Dato' Pengarah.

Bowling | Merebut piala pengarah di samping eratkan sillaturrahim...
pemain-pemain mewakili jabatan saya. 2 big bosses pun main tau. sporting 👍.

Bowling | Merebut piala pengarah di samping eratkan sillaturrahim...

Bowling | Merebut piala pengarah di samping eratkan sillaturrahim...
grup kami juara!!! 💪💪💪

best. seronok. meriah suasana di lorong-lorong boling tu.
terbaik lah semua ofismet saya. 
kebetulan saya baru lagi di sini - baru nak masuk bulan ke-6 kan. it was a good platform to know them better lah.
begitu begini jam 12 tgh mlm baru abis. baru la nak gerak balik rumah.
masa tu Syuhada dan Izzat dah mengantuk.
both of them were very good. behave! terutama Izzat 👍.
siap-siap Syuhada kata, "ibu, nanti kita dtg main boling nak?".
"Ibu ok jer. nanti kita ajak ayah...".
dtg lah minat nyer tu nak main boling, kan 😍. 
benda yg baik, memang ok la kan.
mana ler tahu nanti-nanti Syuhada nak plak main boling secara profesional. chewah 😄.
ibu support jer.

😉
orait. abis dah citer boling. sharing for pagi ni.
nak sambung semula masukkan data dlm sistem.
hari ni nak siapkan, in shaa Allah...
hujan-hujan gini, terasa sedikit lemau ekk nak keje 😦😆 ha ha ha ha...
😴😴😴 mood sleepy jer hu hu hu...