Wednesday, December 25, 2019

Kicap Jalen | Cenderahati yang unik, klasik dan sedap

assalamualaikum...

pagi-pagi cuti krismas dah update blog.
hi hi hi hi time keje tak nyempat, time cuti lah ye hidup blog ni.
hari ni kami tak ke mana-mana. aktiviti kemas buku rujukan.
nak start sorting buku patut beli utk kak Nurin - PT3 2020.

😊 ada berbaki lagi 1 weekend.
and confirm korang sure ada jemputan kenduri kawin nak attend, kan this final weekend dlm cuti sekolah 2019.
saya memang suka ke kenduri kahwin.
menjangkit lah kat kak Nurin, sama-sama suka gi kenduri kahwin.
sebab makanannya.
kemeriahannya.
boleh jumpa sedara-mara, kawan-kawan. seronok sgt lah!

tu la yg nak citer ni.
selain dari makanan, kemeriahan suasana... yg paling saya suka is cenderahati tuan rumah.
hmmm zaman sekarang ni dah tak setanding dulu kala, setiap tetamu dpt cenderahati walaupun sebiji telur, kan.
now, trend nyer sekeluarga dpt 1 beg je.
dpt pun time nak balik. bersalaman dgn tuan rumah πŸ˜’.

terkenang time adik saya kahwin dulu, saya tukang bagi telur kat tetamu.
bwk bakul.
dgn perut buncit pregnant 7 bulan πŸ˜„.
ke hulu ke hilir dok perati sape yg tak dpt lagi telur.

Kicap Jalen | Cenderahati untuk kenduri kahwin yang unik, klasik dan sedap

but satu kenduri kahwin ni, saya happy 😊. last few weekend, kenduri pasangan yg buka gerai jual sarapan.
lebih 10 thn kot saya membeli sarapan kat sini, tu la yg dpt jemputan. regular customer.
setiap tetamu dewasa dpt cenderahati kicap jalen dan satu bunga telur - telur asin tau 😍.
terbaik.
πŸ‘πŸ‘πŸ‘ terbaik la tuan rumah!

Kicap Jalen | Cenderahati untuk kenduri kahwin yang unik, klasik dan sedap
dpt la 4 cenderahati. Izzat dpt jajan (biskut & gula-gula).

Kicap Jalen | Cenderahati untuk kenduri kahwin yang unik, klasik dan sedap

Kicap Jalen | Cenderahati untuk kenduri kahwin yang unik, klasik dan sedap
isipadu : 150ml πŸ‘πŸ˜‹


kicap jalen.
best. kali kedua saya dpt cenderahati berupa kicap jalen ni. i like 😍.
siap dgn box yg cantik. 😎 ada kelas! 
abah emak saya pun berkenan. siap-siap amik details. 
mana la tau nak order utk apa-apa majlis, kan.
tak semestinya kenduri kahwin.

tak la tiap kali attend kenduri kahwin, saya dok usha apa cenderahati tuan rumah. bonus lah kan kalau dpt cenderahati yg gojes.
πŸ˜„πŸ˜„πŸ˜„ tak lah gitu... kadang-kadang anak-anak yg lebih nakkan cenderahati tu.
kita da dijemput, wajib hadir.
sekeluarga makan tghari lauk sedap-sedap. kalau ada aiskrim, cendol, apam balik... lagi la sedap.
salam kaut? ni pun satu tradisi kita, kan?
sampul duit raya tu memang standby jer dlm kereta, masukkan duit. RM20 - RM50.
more to beri duit dari beri hadiah. unless kawan rapat yg kahwin, wajiblah beli hadiah yg ohsem.

πŸ˜ƒπŸ˜ƒ
so, kalau berkenan dgn kicap jalen πŸ‘†, sila la klik klik ye details kat kotak tu.
rumah mana yg takde kicap?
sape je lah yg tak makan kicap? majoriti semua peminat kicap.
now gift kenduri kahwin dah semakin byk dan praktikal.
roti gardenia.
maggi pun ada ye, jgn terkejut! πŸ˜„

πŸ˜‰

14 comments:

  1. un suka dapat kicap. lagi ada sos dan kordial juga.berbaloi bgi brg mcm ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. aida rasa la kan, x lama lagi gift gini akan trending.
      syarikat pengeluar akan berlumba2 buat gift gini.
      siap packaging yg lebih baik. terus dijadikan gift.

      Delete
  2. Saya pun suka kalau dapat cenderahati begini, Aida... sebab kita memang akan guna :)

    ReplyDelete
  3. Skarang ramai buat Gift time kduri dpt kicap or sos jalen.. Bgs2

    ReplyDelete
  4. Banyak kali juga dapat kicap ni as a wedding doit gift. OK juga sebenarnya gift macam ni, confirm guna sampai habis :)

    ReplyDelete
  5. cantik kan goodies beg kahwin bagi kicap kan.

    ReplyDelete
  6. Dah beberapa kali juga dapat goodies kenduri Jalen. Kicap, sos cili dan sirap. Semuanya best-best. Pernah juga dapat susu tin. Pun best. Memang menarik goodies kenduri sekarang 😁

    ReplyDelete
  7. wahhhh.. siap print ada nama blog lagi.. kalau ejulz confirm simpan botol tu. hehe

    ReplyDelete
  8. Suka kalau dapat kicap jalen..skang memang trend bg doorgift kalau bersalaman je. tak salam, tak dapat ler..huhu..dulu dan sekarang sangat jauh beza

    ReplyDelete
  9. Suka sangat kalau dapat cenderahati macam ini..

    ReplyDelete
  10. Kat rumah memang guna kicap jalen. Sedap. Sekarang ni kicap jalen jadi pilihan untuk dijadikan goodies tetamu yang hadir majlis

    ReplyDelete
  11. Ma suka dpt gift Ni Boleh guna

    ReplyDelete

Blogging...
Blogwalking...
Thank You For Coming :)