assalamualaikum 😊

ada masa di tgh mlm menaip di laman blog ni.
5-6 hari tak dpt nak mengarang cerita. apatah lagi nak upload gambar.
alhamdulillah, ada sedikit ruang nak berkongsi ilmu. moga beri manfaat.

ingat tak kes pembunuhan King Jong-nam di KLIA pada 13.2.2017?
disahkan bhw dia dibunuh menggunakan ejen saraf VX.
VX : ejen saraf yang tidak mempunyai rasa, bau dan sukar dikesan! pernah digunakan dlm peperangan. PBB mengkelaskan VX ni sebagai senjata pemusnah besar-besaran. hanya 10mg je diperlukan utk menyebabkan kematian melalui sentuhan kulit.

24 - 26.9.2019 hari tu, saya attend kursus 3 hari berkenaan dgn senjata kimia.
3 hari yg sgt bermanfaat.
3 hari yg sgt membuka mata.
dari tak tahu, menjadi lebih tahu dan sedar apakah tu senjata kimia.
yes la. sebelum ni hanya mendengar. 3 hari tu, kita belajar lebih mendalam.
Konvensyen Senjata Kimia (in English = Chemical Weapons Convention (CWC)) adalah satu perjanjian tentang kawalan senjata yg mengharamkan penghasilan, penyimpanan stok dan penggunaan senjata kimia.
Pertubuhan Larangan Senjata Kimia (in English = Organisation for the Prohibitionof Chemical Weapons (OPCW)) mentadbir CWC. ini adalah sebuah organisasi bebas berpengkalan di the Hague, Belanda.

antara matlamat OPCW adalah nak musnahkan segala jenis senjata kimia utk keselamatan dan keamanan dunia. OPCW komited utk membantu negara-negara yg mewarisi senjata kimia bagi proses penghapusannya.

Senjata Kimia | Kenali & Ketahui
"we want to live in a world free of chemical weapons."


Senjata Kimia | Kenali & Ketahui
gambar hiasan😲    ðŸ˜“😓😓

diketahui umum bahawa senjata kimia ni digunakan sewaktu Perang Dunia Pertama dulu.
gas klorin.
gas mustard.
gas phosgene.
samada mangsa mati serta-merta, mati dlm keadaan yg seksa utk satu jangka masa atau pun hidup dlm keadaan yg tidak sempurna.
sehingga kini ia didakwa masih digunakan dlm peperangan! di Syria! benarkah?

Senjata Kimia | Kenali & Ketahui
Berita Harian

ada byk jenis senjata kimia ni. briefly :
  1. chocking agents : senjata kimia yg menyukarkan pernafasan.
  2. blister agents : senjata kimia yg akan nampak efek pada kulit. melepuh, terbakar! contohnya ialah gas mustard.
  3. blood agents : senjata kimia menyerap melalui saluran darah yg boleh  menghalang penyerapan oksigen ke dalam sel seluruh badan.
  4. nerve agents : ni kalau setitik pun kat kulit kita ataupun terhidu skit, terus boleh buat otak kita berhenti berfungsi. gitu la lebih kurang... contohnya, VX la.
  5. riot-control agents : ni seperti gas pemedih mata la. kalau tiba-tiba ada rusuhan, ia digunakan utk meleraikan keadaan. ia tidak membunuh kalau dlm dos yg kecil. kalau byk byk tu, overdose, boleh jugak kot sesak nafas!
dan, dlm CWC, bahan kimia ni terbahagi kpd 3 jadual :
  • Jadual 1 : 😲 bahan kimia yg sgt berbahaya, boleh jadik senjata kimia 😖
  • Jadual 2 : 😳 precursors kpd Jadual 1
  • Jadual 3 : yg ni adalah bahan kimia yg digunakan secara common dlm industri. tak kot dipanggil 'senjata', kan. hanya la bahan kimia.
di Malaysia ni, bahan kimia bawah Jadual 1 dan Jadual 2 tiada. 😀 alhamdulillah...
tapi, Jadual 3 ada - Petronas.


gini la. saya tak nak menaip lanjut secara teknikal sgt.
itu lah.
ini lah.
tak nak menaip terlalu ilmiah. semua di atas boleh dicari maklumatnya di internet.
saya bernasib baik sebab berkursus selama 3 hari mendgr penceramah dari STRIDE yg berkaliber.
then bila mencari maklumat lanjut di internet, lebih la kefahamannya.
apa yg saya nak share dlm entri ni adalah 👉👉👉 marilah sama-sama kita ada kesedaran tentang bahan kimia dan senjata kimia.


satu contoh ialah 2 kes yg sgt teruk baru-baru ni di Pasir Gudang.
😓😓😓 bukan sekali tau, 2 kali terjadi di Pasir Gudang. aduhai...
pembuangan sisa bahan kimia berbahaya oleh org-org yang tidak bertanggungjawab!
aduhai 😡😡😡.
brape ramai anak-anak di sekolah yg terbabit terjejas? sesak nafas. muntah-muntah.
ada yg dimasukkan ke ICU, kan.
ada sorang anak lelaki yg dpt penyakit selepas tu, kaki dia menggigil. tak boleh berjalan 😟.

apa kena-mengena saya & senjata kimia ni?
sesungguhnya, Jabatan Kastam Diraja Malaysia merupakan salah satu pihak berkuasa yg dilantik oleh Kementerian Luar Negeri bagi melaksanakan CWC.
pihak berkuasa yg lain ialah :
  • Kementerian Pertahanan
  • Kementerian Keselamatan Dalam Negeri
  • Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri
  • Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi
  • Kementerian Sumber Asli & Alam Sekitar
  • Jabatan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (Kementerian Sumber Manusia)
  • Jabatan Perkhidmatan Farmasi (Kementerian Kesihatan)
  • Jabatan Kimia
  • Jabatan Alam Sekitar
  • Polis Diraja Malaysia
  • Lembaga Racun Makhluk Perosak
  • Institut Penyelidikan Sains & Teknologi Pertahanan (STRIDE)

ada kena mengena ataupun tiada, kita mesti ambil tahu.
apakah itu bahan kimia berbahaya?
kenapa bahaya? ada ke yg tak bahaya?
siapa yg kawalselia?
bila keadaannya bahan kimia bertukar menjadi sentaja kimia?
jenis-jenis senjata kimia?


orait... done share 😊.
moga memberi manfaat ye.
tak dpt byk, sikit-sikit pun jadik lah...
👌