Friday, January 17, 2020

Sedekah Subuh

8 comments:
assalamualaikum πŸ˜‰.
salam sejahtera. selamat pagi.

hari ni saya nak share tentang SEDEKAH SUBUH.
lama dah saya save info ni dlm folder draft. maka, saya tak ingat di mana saya copy & paste.
namun, saya percaya, perkara yg baik bila disebarkan and dimanfaatkan, pahala penulis asal akan bertambah.
bersama la kita menjana pahala, kan 😌😌😌.

πŸ‘‰ SEDEKAH SUBUH adalah sedekah yg diberikan pada waktu subuh. lebih baik ia dilaksanakan sebaik saje seseorang itu selesai solat subuh. pendekatan sedekah ini dilaksanakan secara istiqomah selama 40 hari berturut-turut dengan memasukkan duit ke dalam satu bekas @ tabung.

πŸ‘‰ jumlah duit yg hendak dimasukkan adalah terpulang mengikut kemampuan. rm5. rm1. 20 sen. sedikit atau byk tidak memainkan peranan. keikhlasan hati tu yg lebih penting. time masukkan duit tu, jgn la lupa berdoa kepada Allah apa-apa yg kita nak 😌.

selain dari tu, dari pembacaan saya, tak semestinya masukkan duit dlm tabung.
kalau la suami kita memang setiap pagi ke surau, solat subuh berjemaah, adalah lebih baik suami kita masukkan ke dlm tabung surau.
pun sama juga pergi nya. bersedekah ke jalan Allah.
sehingga certain amount or certain masa, kita sedekahkan kesemua duit dlm tabung kpd yg selayaknya.

praktikal.

πŸ‘‰ hikmah SEDEKAH SUBUH ni amat besar bagi saya. dari pembacaan saya, malaikat keluar bersama matahari pagi dan akan mendoakan org yg bersedekah dengan limpahan rezeki yg melimpah ruah. dan, mendoakan org yg tidak bersedekah dgn ancaman kemusnahan harta benda dan laknat. Allahu Akbar. πŸ˜”πŸ˜”πŸ˜” kenapa la saya melewat-lewatkan amalan yg baik ni? aduhai...

sedia maklumlah kan.
pagi hari mana lah kita nak mencari fakir miskin, anak yatim piatu.
maka, praktikal la kita masukkan / asingkan sejumlah duit ke dlm tabung. 
sampai time, kita salurkan duit tu kepada yg sepatutnya menerima 😌.

Sedekah Subuh


then, cara kita nak menyalurkan tabungan duit sedekah subuh kita tu pun, tak semestinya secara tunai.
apa kata kita bagi kpd makcik kantin, masakkan utk murid-murid.
atau, beli makanan dan bawa ke ofis. πŸ˜‰ sarapan pagi, minum ptg?
bergantunglah kpd brape amount duit kita pada ketika itu.
bagi org makan pun salah satu cara bersedekah. cara ni is feveret saya. mudah.

apa yg penting, ketatkan dulu amalan wajib yg lain - solat. puasa. zakat.
tu utama, sedekah ni suplemen jer. 
jom.
SEDEKAH SUBUH bermula pagi esok.
😌

Wednesday, January 15, 2020

Part 3 | Wordless Wednesday : Skybox Menara KL

12 comments:
assalamualaikum & salam sejahtera πŸ˜€πŸ˜€πŸ˜€...


anak-anak πŸ‘‡πŸ‘‡

Part 3 | Wordless Wednesday : Skybox Menara KL


Part 3 | Wordless Wednesday : Skybox Menara KL

Part 3 | Wordless Wednesday : Skybox Menara KL

Part 3 | Wordless Wednesday : Skybox Menara KL


πŸ‘‡ mak-mak πŸ˜„πŸ˜„πŸ˜„ empat beradik yg ohsem!

Part 3 | Wordless Wednesday : Skybox Menara KL

Part 3 | Wordless Wednesday : Skybox Menara KL

Part 3 | Wordless Wednesday : Skybox Menara KL

Part 3 | Wordless Wednesday : Skybox Menara KL


Atok oh Atok | Ketahanan pelbagai segi!

9 comments:
assalamualaikum πŸ˜ƒ
salam sejahtera...

comel πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡, kan?


generasi saya yg guna phone nokia ni dedolu mesti gelak sesorang tgk image di atas.
sungguh legend. sgt la betul ha ha ha ha...
sungguh tough phone zaman dulu πŸ’ͺπŸ’ͺπŸ’ͺπŸ’ͺ.

πŸ˜„πŸ˜„πŸ˜„

Tuesday, January 14, 2020

Influenza kali ini adalah serius!

15 comments:
assalamualaikum 😊
salam sejahtera...

πŸ‘‡ info penting πŸ‘‡

Kementerian Kesihatan Malaysia memaklumkan kepada orang ramai bahawa influenza kali ini adalah serius 😲. Kaedah pencegahan adalah dengan mengekalkan kerongkong anda dalam keadaan lembap, jangan biarkan kerongkong anda kering. Oleh itu, jangan biarkan anda dahaga kerana sekali membran di kerongkong anda kering, virus akan menyerang tubuh anda dalam masa 10 minit. Minum 50-80cc air suam, 30-50cc untuk kanak-kanak, mengikut umur. Setiap kali anda merasakan tekak anda kering, jangan tunggu, teruskan minum air. Jangan minum banyak pada satu masa kerana ia tidak membantu, sebaliknya minum secara kerap supaya tekak anda lembap. Sehingga akhir Mac, jangan pergi ke tempat-tempat yang sesak, gunakan topeng seperti yang diperlukan terutamanya dalam kereta api atau pengangkutan awam. Elakkan makanan goreng atau pedas dan perbanyakkan makanan yang mengandungi vitamin C.
Gejala / keterangan adalah:
1. demam tinggi berulang
2 batuk berpanjangan selepas demam
3. Kanak-kanak lebih mudah terdedah
4. Dewasa biasanya berasa tidak selesa, sakit kepala dan berkaitan dengan pernafasan
5. sangat senang berjangkit

Bagaimana Cara Penularan Influenza?
Influenza merebak dari seorang individu yang dijangkiti kepada seorang individu yang lain melalui titisan salur pernafasan (respiratory droplets) apabila bercakap, batuk atau bersin. Titisan ini boleh mencemari permukaan dan menyebabkan jangkitan kepada individu yang menyentuh permukaan tersebut.

Siapakah yang Berisiko Tinggi Mendapat Influenza?
1. Kanak-kanak berumur kurang dari 5 tahun
2. Wanita hamil
3. Warga emas berumur 65 tahun dan ke atas
4. Individu dengan penyakit kronik (kencing manis, darah tinggi, asma, dan lain-lain)
5. Individu obes
6. Individu yang mempunyai daya ketahanan badan yang rendah (seperti pesakit kanser, penghidap HIV, pesakit yang menjalani rawatan kemoterapi, dan lain-lain.)

Influenza kali ini adalah serius!

cegah sebelum parah.
berhati-hati.
jaga persekitaran.
jaga pergaulan.
take note kalau diri sendiri, anak-anak or ahli keluarga lain yg tidak sihat.
jgn pandang remeh jika mereka tidak sihat.
ambil perhatian.

😳😳😳

Monday, January 13, 2020

Bateri.Com | Kereta problem? Bateri kereta kong?

23 comments:
assalamualaikum 😊
salam sejahtera...

nak share sesuatu yg bermanfaat hari ni. sebaiknya yg baik-baik tu lah kita patut mulakan di hari Isnin ni kan.
up kan mood ceria, gembira dan aktif! πŸ‘πŸ‘πŸ‘
lama dah kot peram entri ni dlm draft folder. baru ni hah la sempat finalize kan ayat-ayat.
sesungguhnya masa itu amat mencemburui kita-kita ni kan nak update blog πŸ˜…....
"Kereta problem? Bateri kereta kong? Jangan risau Bateri.Com akan bantu anda!"
catchy betul tagline ni.
simple.
kali pertama, mr.asben yg gunakan khidmat Bateri.Com, tapi tak amik gambar.
selang sebulan jer kot, bateri kereta saya, cik viva sayang ku tu plak baterinya kong kong kong πŸ˜“.
nak dijadikan cerita, kali kedua saya gunakan khidmat Bateri.Com pada 17.9.2019.
kali kedua ni, rezeki Bateri.Com, bateri cik viva kong kat rumah.
mr.asben call Bateri.Com sekali lagi.

Bateri.Com | Kereta problem? Bateri kereta kong?

Bateri.Com | Kereta problem? Bateri kereta kong?
aduhai. comotnya lantai! maaf ye 😌.
sedang dlm proses extend dapur time ni.

Bateri.Com | Kereta problem? Bateri kereta kong?

πŸ‘‰bayaran?
berpatutan. tidak melampau. apa yg pasti. memudahkan. servis di laman rumah πŸ‘.

πŸ‘‰mesra. bersih. cermat je kerjanya. 
saya jengah jer la dari sebalik langsir dlm rumah. tidaklah berborak secara langsung.
mr.asben saje yg deal dgn mekanik Bateri.Com tu dari awal hingga akhir.

πŸ‘‰ kawasan jajahan Bateri.Com?
kangar, alor setar, georgetown, ipoh, shah alam, KL, putrajaya, seremban, melaka, JB, kuantan, kuala terengganu & kota bharu.
basically, meliputi semenanjung malaysia.

πŸ‘‰ masa menunggu?
tak lama sgt dia nak sampai. minit-minit jer. ni depends on tempat dan trafik jalan raya.
tapi ni bukanlah masalah besar. kita menunggu di rumah, selesa πŸ˜‰.

siap-siap ada stiker. memudahkan kita nak tau la bila dijangka kong bateri kita tu.

rupanya, mekanik Bateri.Com ni ada yg parttime dan fulltime.
kalau drive 4wheel drive gini is fulltime.
yg pertama kali mr.asben guna tu, mekanik part time. drive kereta biasa. tapi still servis yg bagus la.

saya bangga. 
berusaha utk mencari pendapatan.
zaman sekarang yg dikatakan kebanyakan belia Melayu memilih kerja, salah!
zaman sekarang kerja berada di mana-mana. tidak semestinya ada pejabat.
dah takde lagi dah tuduhan sepatutnya dilemparkan bahawa belia Melayu memilih kerja.
servis membaiki kenderaan secara on-the-road.
terbaik gini. pujian melambung-lambung saya berikan kpd Bateri.Com.

😎 πŸ‘

Sunday, January 12, 2020

Taman Mini Di Tepi Rumah | Ros Jepun

15 comments:
assalamualaikum 😊
kembali bersiaran.
beberapa hari tak blogging - πŸ˜„ holiday ke Bangkok.
siang tadi baru selamat jejak kaki di rumah ni.

Alas Kaki Romantika
alas kaki yg gojes beli di Romantika.
alas kaki luar rumah pun mesti gojes, kan 😍    πŸ˜„.

sgt la bersyukur sebab balik rumah dgn selamat. setelah 4.5 hari berjauhan dgn keluarga.
kembali ke pangkuan mr.asben dan anak-anak. rindu!!!
dpt peluk Ijat. cium Ijat... rindu!!!
dpt tgk muka kakak-kakak Ijat. peluk diorang. rindu!!!

then, wajiblah jengah taman mini di tepi sliding door.
πŸ’™πŸ’šπŸ’œ taman mini ros jepun ku yg menyamankan fikiran.

4.5 hari ku tinggalkan korang. sihatkah ros jepun ku?

3 pasu ni adalah ros jepun paling awal saya miliki. kira nyer ros jepun otai ler ni.
beli dari kawan - RM30 tunai 😊. kawan jaga sampai subur anak-anak pokoknya, baru la diberikan kepada saya πŸ‘Œ.

2 pasu - ros jepun carnation.
1 pasu - ros jepun duna / selapis.
pelbagai kaler tau 😍 indah bila time diorang kembang.


sgt la cantik ciptaan Allah ni, kan?
sekarang ni saya sedang survey rak kayu yg cantik dan affordable utk letak ros jepun saya.
nampaknya semakin byk dah ni. sedang giat saya biakkannya.
ada plan utk hiasi laman saya dgn hanya pokok ros jepun ni. kecil. warna-warni. akan nampak manis jer la laman saya.

2 gambar ni πŸ‘† saya snap pagi-pagi sekitar jam 8 - 9 pagi beberapa weekend yg lepas, tak ingat bila...
pagi-pagi saya siram. belek. dah start nak kembang. tu yg amik peluang snap gambar πŸ’œ. hari kerja memang tak dpt la snap gambar kan.

3 pasu otai ni dah pun saya kerat-kerat utk replant. 
dah masuk kali ketiga saya kerat utk replant. dah byk pasu kecik-kecik saya biakkan ros jepun ni.
batang yg dah dikerat tu, saya rendamkan dulu dlm secawan air.
bagi berakar dulu. then only saya tanam dlm tanah. tanah hitam biasa je.
nanti la saya tunjukkan prosesnya ye πŸ˜‰.

batang yg dikerat - da segar semuanya membesar mengeluarkan bunga 😊😍.

ok. time to 😴😴😴.
jam dah pun tunjuk kul 10.25 mlm. dah terlebih 25 minit waktu tidur saya.
pen off di sini ye.
bye!

Wednesday, January 08, 2020

Part 2 | Taman Eko Rimba KL @ Hutan Simpan Bukit Nanas

28 comments:
assalamualaikum πŸ˜ƒ
salam sejahtera...


setibanya kami di entrance gate  Taman Eko Rimba KL (TERKL) di Hutan Simpan Bukit Nanas tu, kami semua dah excited dah.
yahooooo... berjaya juga rombongan kami tiba di Menara KL.
anak-anak pe lagi, berlari naik tangga lah masuk ke TERKL tu.
saya mcm biasa, di belakang la - snap snap photo kan.


say cheeeeeese 😍

naik tangga...

nampak pintu gerbang ni hah , lagi la anak-anak semua excited! extra excited!


tangga... dan tangga... dan tangga ! 😰😰😰 berpeluh dah.
golongan mak-mak ni dah separuh nyawa dah. "mana la Menara KL ni??!"


aduhai... bersenam lah kami semua pagi-pagi tu.
ala-ala hiking mini Broga la jugak. tercungap-cungap! yes la, mana nak tahu kena hiking πŸ˜„πŸ˜„πŸ˜„.

nampak tak? πŸ‘†πŸ‘†πŸ‘†
semua dah terduduk kepenatan mendaki bukit πŸ˜‚.
Muhd buat permintaan lagi, "boleh tak Muhd dok sini je, tak nak naik dah..." πŸ˜„πŸ˜„

berehat seketika.
then, kami proceed ke Menara KL...

yeszaaaaaaaa...



tapi tu la. citer Menara KL di Part 3 nanti ye.
sebab nak proceed citer tentang TERKL yg ohsem ni. tak disangka, dlm hutan batu dan Menara KL yg tersergam indah, terdapat hutan simpan yg sgt ohsem!
alhamdulillah. and bwk anak-anak, tu double ohsem.
dah puas semua bergembira di puncak Menara KL, on the way balik, kami semua terokai jambatan gantung di TERKL.








Taman Eko Rimba KL @ Hutan Simpan Bukit Nanas

untung la korang yg tinggal berdekatan. dpt ke sini dan nikmati udara yg segar!
dgr bunyi burung.
dpt lihat ke bawah, sayuuuuuupp jer. gayat!
bersih tau persekitaran di sini, alhamdulillah...
hutan simpan ni di bawah seliaan Jabatan Perhutanan. bagus la. terbaik!


semua senyum.
hakikatnya, muka berpeluh-peluh dan nafas tercungap-cungap kembara jambatan gantung yg sgt panjang πŸ˜„πŸ˜„πŸ˜„.

best.
menarik.
berbaloi! 😎
TERKL di buka 7 pagi hingga 7 ptg.
boleh la jalan-jalan riadah di TERKL ni...