Tuesday, January 14, 2020

Influenza kali ini adalah serius!

assalamualaikum 😊
salam sejahtera...

👇 info penting 👇

Kementerian Kesihatan Malaysia memaklumkan kepada orang ramai bahawa influenza kali ini adalah serius 😲. Kaedah pencegahan adalah dengan mengekalkan kerongkong anda dalam keadaan lembap, jangan biarkan kerongkong anda kering. Oleh itu, jangan biarkan anda dahaga kerana sekali membran di kerongkong anda kering, virus akan menyerang tubuh anda dalam masa 10 minit. Minum 50-80cc air suam, 30-50cc untuk kanak-kanak, mengikut umur. Setiap kali anda merasakan tekak anda kering, jangan tunggu, teruskan minum air. Jangan minum banyak pada satu masa kerana ia tidak membantu, sebaliknya minum secara kerap supaya tekak anda lembap. Sehingga akhir Mac, jangan pergi ke tempat-tempat yang sesak, gunakan topeng seperti yang diperlukan terutamanya dalam kereta api atau pengangkutan awam. Elakkan makanan goreng atau pedas dan perbanyakkan makanan yang mengandungi vitamin C.
Gejala / keterangan adalah:
1. demam tinggi berulang
2 batuk berpanjangan selepas demam
3. Kanak-kanak lebih mudah terdedah
4. Dewasa biasanya berasa tidak selesa, sakit kepala dan berkaitan dengan pernafasan
5. sangat senang berjangkit

Bagaimana Cara Penularan Influenza?
Influenza merebak dari seorang individu yang dijangkiti kepada seorang individu yang lain melalui titisan salur pernafasan (respiratory droplets) apabila bercakap, batuk atau bersin. Titisan ini boleh mencemari permukaan dan menyebabkan jangkitan kepada individu yang menyentuh permukaan tersebut.

Siapakah yang Berisiko Tinggi Mendapat Influenza?
1. Kanak-kanak berumur kurang dari 5 tahun
2. Wanita hamil
3. Warga emas berumur 65 tahun dan ke atas
4. Individu dengan penyakit kronik (kencing manis, darah tinggi, asma, dan lain-lain)
5. Individu obes
6. Individu yang mempunyai daya ketahanan badan yang rendah (seperti pesakit kanser, penghidap HIV, pesakit yang menjalani rawatan kemoterapi, dan lain-lain.)

Influenza kali ini adalah serius!

cegah sebelum parah.
berhati-hati.
jaga persekitaran.
jaga pergaulan.
take note kalau diri sendiri, anak-anak or ahli keluarga lain yg tidak sihat.
jgn pandang remeh jika mereka tidak sihat.
ambil perhatian.

😳😳😳

15 comments:

  1. Pendek kata, semua juga berisiko terkena jangkitan influenza ni..lebih kesian kanak-kanak kecil tu..kena jaga kesihatan, guna face mask bila keluar bersiar-siar

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes.
      kena berhati-hati.
      kurangkan berjalan-jalan di luar rumah, kan.
      jika perlu saje.

      Delete
  2. nasibla si aiyan memang banyak minum air kosong, lepas ni kene bekalkan dia air lebih masa sekolah la... risau betul dengan masalah influenza kali ini, memang nampak serius lagi dari sebelum-sebelum ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la, dana. ada kematian, kan.
      aduhai, merisaukan.
      aida memang risau kan anak-anak.
      diorang ke skola kan, moga ok ok jer lah.
      ada juga kawan2 Ijat yg selsema batuk. risau!

      Delete
  3. risaunyaaaa.. mtk jauh la dr kita sume.. ='(

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum... selamat tahun baru 2020... maaf laa baru sempat nak datang jenguk ke blog ni... insya allah sy akan kembali fokus sm mcm sebelum ni.... harap2 tak serik utk terjah blog sy nanti ya...

    ReplyDelete
  5. Menakutkan. Betul tak? Kena berjaga jaga lepas ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. kurangkan keluar rumah. jika perlu je.
      pakai mask kalau tempat sesak, kan.
      aduhai.
      risau sgt, mimie :(
      boleh membawa maut!

      Delete
  6. waalaikumussalam. semoga kita semua terpelihara daripada influenza ni dan dipermudahkan urusan kesembuhan. aamiin

    ReplyDelete
  7. Ada yang meninggal sebab influenza.

    ReplyDelete
  8. Semoga kita dihindari dari musibah yang lebih teruk dan yang sedang berjuang melawan influenza segera pulih...

    ReplyDelete
  9. Memang kena berjaga-jaga sekarang ini..

    ReplyDelete
  10. Rabia demam baru-baru ni. Ni dh beli mask dah

    ReplyDelete
  11. mmg serius sgt take care semua

    ReplyDelete

Blogging...
Blogwalking...
Thank You For Coming :)