Thursday, April 25, 2019

Bila Cucu & Atok Bergabung | Kira Duit Syiling Bersama

No comments:
assalamualaikum...

sambil-sambil layan Smallville Season 9 Episod 17, update blog dgn satu cerita.
Selasa lepas, settle je medical check up kak Nurin di hospital, terus kami berdua gerak balik kampung.
kebetulan, abah & emak saya ada di rumah kampung for maybe 1-2 minggu ni.
πŸ˜“ bumbung rumah bocor. perlu dibaiki 😊.

Bila Cucu & Atok Bergabung | Kira Duit Syiling Bersama
unik kan duit 2 keping ni.
nanti-nanti bakal jadi antik ni.
saya minta izin abah nak simpan ni.

kami sampai je rumah kampung, abah & emak busy nak kira selambak duit syiling.
tertunduk-tunduk abah dok mengira.
antara nampak dgn tak nampak jer πŸ˜….
apa lagi, teruslah kak Nurin dok bersekali kat tgh ruang tamu tu.

kak Nurin : "kelakar la Atok Uwan ni. kenapa tiba-tiba nak kira duit ni?"
Atok : "Atok bosan lah, kak Win. asyik tido, makan, tido, makan..."
kak Nurin : "la ye ke... meh la Win tolong. Atok ni mcm lambat jer..."
Atok : "ye la. kak Win buat la. mata Atok da pedih dah ni. tak nampak!"
πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Bila Cucu & Atok Bergabung | Kira Duit Syiling Bersama
so sweet time ni. happy tgk anak saya & abah saya bersama.
tua dah abah.
kalau dulu, sasa, garang, tegas.
now, lemah lembut jer lah, terutama dgn cucu.

Bila Cucu & Atok Bergabung | Kira Duit Syiling Bersama

tentang duit syiling 1 sen dan RM1 tu, kak Nurin memang tak pernah jumpa.
maka, penemuan kami pada hari Selasa tu sgt la berilmu.
sempatlah si Atok bercerita dgn kak Nurin kisah-kisah duit zaman dulu-dulu.
and... sempatlah abah & emak luahkan rasa marah dan geram😠 dgn duit syiling terkini.
syiling 50 sen, 20 sen dan 10 sen hampir-hampir sama saiz!!!
amat mengelirukan bila time nak buat pembayaran. 
abah & emak akan suruh pekedai tu yg pilihkan, mana 50 sen, 20 sen or 10 sen.
iye la, mata diorang dah tak nampak. rabun dekat ke, jauh ke, sama jer dah kan...
sedangkan saya pun, if nak guna syiling, ambil semua dlm purse dan letak kat tapak tgn jelas-jelas.
baru la betul bayarannya...

Bila Cucu & Atok Bergabung | Kira Duit Syiling Bersama

Bila Cucu & Atok Bergabung | Kira Duit Syiling Bersama
πŸ‘† gigih la saya mencari barisan-barisan syiling di atas ikut time diorang.
tang syiling 50 sen lama-lama, mudah nak kenal.
tak payah tgk, raba-raba jer pun dah tau syiling 50 sen, kan.

masalah yg kak Nurin hadapi plak, mostly public phone kat skola & asrama dia, tak terima duit syiling baru.
aduhai... gitu kisahnya πŸ˜’. ibu pun tak tahu, kak... lama tak guna public phone πŸ˜„.
bukan tu jer, duit kertas RM10 dan RM20 pun boleh terkeliru...
pernah ada satu situasi. saya beli brg dgn member.
harga kesemuanya adalah RM160+.
saya nak memudahkan dia, saya bagi lag note rm50 2 keping, note RM20 sekeping dan duit kecik-kecik selebihnya.
agar dia dpt bagi baki genap guna note RM10.
tapi... hu hu hu hu dia ambil duit, sambung berborak... confirm dia tak perasan yg itu adalah note RM20 πŸ˜„πŸ˜„πŸ˜….
saya halalkan dunia akhirat. saya segan nak minta, menjaga air muka 😌.
moga yg baik-baik saje kembali kpd saya in shaa Allah.

al-kisah duit ptg ni ekk...
kebetulan hari gaji ha ha ha ha ha... alhamdulillah.
degupan jantung bank saya yg da hampir line lurus tu, dah pun berdegup kencang semula πŸ˜„πŸ˜„.

ok bye!