Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : Ya Aisyah janganlah engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, iaitu :
- Sebelum khatam Al Qur’an
- Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir
- Sebelum para muslim meredhai kamu
- Sebelum kau laksanakan haji dan umrah
“Bertanya Aisyah : “Ya Rasulullah…. Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika? ” Rasul tersenyum dan bersabda :
“Jika engkau tidur bacalah :
- Surah Al Ikhlas sebanyak tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur’an.
- Membaca selawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.
- Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredoi kamu.
- Perbanyaklah bertasbih , bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah”
Semoga kita mengamalkan setiap yang diwasiatkan oleh Nabi, sebelum kita tidur agar kita sentiasa tergolong dalam golongan orang yang beriman…. Insyallah.
-Tafsir Haqqi
0 Comments
AMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.