Kad AL-FURQAN mengandungi 48 keping kad yang disusun secara sistematik sebagai alat bantu mengajar bagi ibu bapa dan guru. Ia dpt menarik minat anak-anak dengan kepelbagaian material mengajar.
Keistimewaan produk:
- Mengandungi 48 keping kad tunjuk yang sesuai untuk pengajaran Al-Furqan Buku 1 - 4
- Sesuai untuk pembelajaran anak-anak di rumah, Taska, Tadika, Sekolah Rendah dan Kelas Al-Quran
Penulis / Penyusun Buku:
Ustaz Kamal Mahyuddin @ Che Awang bin Harun berkelulusan BA dan MA dalam bidang Usuluddin daripada Universiti Malaya merupakan seorang pendidik yang berpengalaman dalam pendidikan Islam dan telah menulis lebih 100 buah buku dalam pelbagai bidang. Beliau merupakan penyusun "Siri Cepat Membaca Al-Quran Al-Furqan" yang telah digunakan secara meluas di Tadik-Tadika dan kelas-kelas Al-Quran seluruh Malaysia sejak 2001.
2 Comments
aida, kat mana u beli kad nih yer ..i carik2 jugak utk alquran, tapi tak jumpa lah ..kat tesco cam takder ..kena gi kedai buku islam yg khas ker?
ReplyDeleteAida, boleh lah share kat mane nk dapatkan material tu, selain dari tempat yg i biasa pergi.
ReplyDeleteSatu tempat i penah jumpa yang sekarang ni jadi spot utk i cari material utk anak2 iaitu Ole2 shopping mall di Shah Alam, kedai dia tingkat 2 kalo x salah, betul2 sebelah KOPITIAM.
Harga pun murah2..
AMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.