Paling utama, setiap teguran perlulah bersifat penerangan dan bukannya satu ARAHAN. Kalau ia berbau arahan, tentu sahaja maid akan melenting dalam diam di dalam hati.
Kemudian, teguran tersebut lebih elok dilakukan di dalam keadaan yang santai.
FAKTOR-FAKTOR TAMBAHAN PERLU DITITIKBERATKAN SEWAKTU MENEGUR MAID :
- WAKTU - jangan tegur ketika waktu makan ataupun maid sedang sibuk bekerja. Dikhuatiri, maid akan hilang mood dan timbul perasaan marah!!! Maka, maid tidak mahu menerima teguran secara positif.
- TEMPAT - mesti di dalam rumah sendiri, bukan di rumah orang lain. Tempat tertutup atau privasi.
- ORANG SEKELILING - elakkan tegur maid di depan anak atau ahli keluarga yang lain. Ini mungkin akan mengaibkannya. Berkemungkinan besar perasaan geram, marah atau dendam akan timbul terutama terhadap anak. Ditakuti menjuruskannya kepada PENDERAAN.
0 Comments
AMBIL PERHATIAN : Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Sila berfikir dengan waras sebelum menaip apa-apa komen.
Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan/atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Komen oleh "unknown profile" juga tidak akan disiarkan.
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.