Conversation Nurin & saya sebelum ke tadika nyer pagi semalam...
Nurin : Ibu kata malam tadi nak ikut Nurin gi sekolah ye bu ?
Ibu : Yes. Ibu nak jumpa cikgu Shila. Nak ambil report card Nurin.
Nurin : [dgn nada perlahan] Alamak, ye ke ?
Ibu : Don't worry. Ibu tahu anak ibu cerdik pintar... [dalam hati hairan kenapa Nurin muncung jek & diam sepanjang jalan]
Saya pun dgn happy berjumpa dgn cikgu Shila. Nurin duduk di sebelah saya. Cikgu pun tunjukkan kesemua kertas peperiksaan Nurin.
Antara komen cikgu Shila...
- Nurin memang terang hati baca Qira'ati. Dia boleh ajar kawan-kawan dia yang lain yang agak lambat membaca. Seolah-olah seorang kakak mengajar adik...
- Nurin memang cermat mewarna. Awal-awal dulu memang dia agak kekok nak mewarna di dalam garisan. Tapi, after kita guide, now dia mewarna sgt cantik.
- Nurin memang very talkative. Kadang-kala, cikgu terpaksa tegur agar dia berhenti bercakap. Student yang lain pulak suka mendengar Nurin bercakap / bercerita. Amat petah dan percakapan nyer amat terang.
- Nurin menepati apa juga kehendak cikgu Shila mahupun cikgu-cikgu yang lain. Dia akan melakukan aktiviti praktikal / teori mengikut arahan.
- Nurin suka tersenyum dan lemah lembut.
Saya & hubby last night belek-belek kertas soalan exam Nurin. Ada 2 - 3 careless mistakes jek. Tu yg buat Nurin dpt nombor 2. Patutla dia muncung, tak dapat nombor 1 dalam kelas...
Saya & hubby memang inform dia dari1st day dia ke tadika... "Nurin mesti dpt nombor 1 kat tadika. Nombor lain ibu ayah tak nak. Kalau dpt nombor 1, apa Nurin nak beli, ibu ayah beli and ibu ayah bawa Nurin ke swimming pool @ holiday... Faham ?"
Hmmm... tak sangka kini saya pula da ambil tugas emak saya dulu - ambil & sign report card sekolah. Cepat nyer masa berlalu. Tugas saya sebagai ibu sudah pun bertambah memandang anak2 semakin besar. Nak pastikan pelajaran mereka always on top.
2 Comments
Ok la tu. Mula-mula. Bagi peluang kat Nurin. Next time mesti dapat no. 1. Sejuk rasa perut ngandung bila cikgu puji anak kan. :)
ReplyDeletesalam aida,
ReplyDeleteAlhamdulillah, kurang2 dpt no 2.. pandai dah tu.. dah antor ke tadika.. kakyong ni bergelut lagi homeschool di rumah, sbb ayahnye belum nak antor ke tadika.. tahun depan baru nak antor..
AMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.