Saya, 4 sekeluarga ke Parkson, Mahkota Parade sebab nak beli produk SK-II memandangkan ada promotions [while stock last]. So, meskipun husband malas nak gi sebab area situ memang trafik teruk, dia ikut kan juga kehendak saya ni. Tq my love ... he he he... ! After da beli SK-II, kami pun jalan-jalan la kejap kat Mahkota Parade mencuci mata dan biar Nurin & Syuhada dapat berlari-larian dgn gembira.

On the way, saya di stop kan oleh sorang Chines salesman...

Salesman : Puan, kami beri sticker tampal kereta [tertulis BABY ON BOARD] percuma. Puan tampal, kalau kena spot, Puan dapat hadiah.

Aida : Ok la...

Saya memang suka benda-benda org beri free. If saya tak guna, anak-anak boleh jadikan mainan atau biasa nya saya hadiahkan kat org. Then, saya disuruh oleh salesman tu tulis particular diri kat satu kertas agar if kena spot, mereka boleh contact. Saya just tulis nama, no ic, address rumah & phone no. office.

Salesman : Puan, mesti tulis handphone no. Lebih senang kami contact nanti.

Aida : Tak boleh. Handphone no. saya hanya untuk family & friends. Sorry.

Salesman : Oh ok... Then, ni ada voucher RM50. Nanti dpt diskaun RM50 kalau Puan beli produk kami bila-bila.

Aida : Ok.

Salesman tu pun gunting voucher tu and buka. Dia suruh saya isi particular diri kat page 2 and sign kat page 3 di bawah perkataan 'Thank you'. Then, ...

Aida : Mana ada perkataan 'Thank you' kat sini. I sign mana-mana je la ye.

Kat page 3 tu ada gambar dapur elektrik & vacuum cleaner tertulis bernilai RM5,670-00 and perkataan 'Congratulations'...

Salesman : Eh Puan ! Ni lucky draw. Puan dpt brg2 ini percuma ni.

Aida : Mustahil. Mesti I kena keluar duit juga. Memang mustahil. Takpe la ye. I have to go. My husband nak cepat balik ni. Dah nak maghrib ni.

Salesman : Nanti Puan, saya call saya manager saya. Puan dpt free ni...

Dipendekkan cerita, salesman tu beri saya bercakap dengan manager dia - En. Azli. He said that saya dpt brg2 tu free. After one month, agent dia akan dtg rumah and check brg2 tu. If saya jual or beri kat org lain, mereka akan tarik balik brg tu or I have to pay the RM5,670-00 [bodoh nyer!]... Saya pun beri balik handphone salesman tu. Saya bangun dari kerusi ready to go. Salesman tu cakap ntah apa ntah dgn manager dia...

Suddenly 3 orang salesman lain, all Malays, dtg and wish congratulations kat saya. Mereka terus angkat la dapur elektrik & vacuum cleaner baru letak kat depan saya. Dalam hati saya, ni taktik kotor ler ni. Husband saya dari jauh tunjuk signal utk saya cepat beredar dari situ. Then...

Salesman : En. Azli da confirm. Puan amat bertuah. Puan dpt semua ni free. Puan just guna voucher RM50 ni and boleh bawa balik 2 brg ni. Memang best.

Aida : I beg your pardon ??? Guna voucher ni ? Maksud you apa ?

Salesman : Ya. Puan pilih apa-apa brg kat sini. Dpt diskaun RM50. And 2 brg ni percuma tau.

Aida : Apa you cakap ni ? Tadi you kata i dpt lucky draw. Azli also said that I don't have to pay anything. You confirm semula I dapat free. Now, beli apa ? From my understanding, apa yang tertulis kat voucher ni... I dpt free. RM50 diskaun ni I guna untuk pembelian akan dtg, if any.

Salesman : Tidak, Puan kena beli dulu and ...

Saya terus potong cakap dia and ...

Aida : Takpe. I am not interested buying your product now, today, tomorrow or in the future. Cakap putar-belit [masih lagi saya tersenyum, being polite all the time la konon]... I have to go ...

Salesman : Jangan camtu Puan. Rugi ! Puan beli ini water filter. Byk bagus. Ini terbaru dlm market tau.

Aida : Takpe. Terima kasih. Saya da ada semua yang you jual di sini [kat booth dia tu ada water filter, microwave, dapur elektrik, termos elektrik 4 liter, vacuum cleaner, tv yg bukan flat screen, set masak-memasak]...

Saleman : Different Puan. Puan beli water filter tu dapat hadiah percuma ke ?

Aida : Saya beli water filter 4 tahun lepas untuk minum. Bukan untuk hadiah percuma.

Salesman : Kalau Puan tak ambil ini offer, Puan rugi! Puan cuba fikir. Puan keje mana ? Puan cikgu ye ?

Saya toleh and pandang straight ke chinese salesman tu. And jawab...

Aida : Saya lawyer. Saya belajar punyer orang. Sebab tu saya tahu baca voucher you. You kalau nak tipu orang, you mesti tahu siapa you mahu tipu. Sekarang semua orang sudah pandai, tak kira la cikgu, kerani, tukang sapu atau tukang mesin rumput. Jangan pandang orang takde mata. Dlm paper bag ni, my skin care sekali beli RM680 one shot. You ingat I mabuk dengan offer percuma you ??? Sekarang, you simpan ini voucher RM50. 2 brg you ni pun you simpan atau you sendiri bawa balik rumah. I sedekah sama you.

Sambung saya lagi seterusnya sebagai closing speech... he he he...

Aida : ... I tahu I dpt ini 2 brg free. But, you sengaja create penipuan. Takpe. I am not interested. Anyway, thank you sebab buat I senang hati. I senang hati sebab today is my lucky day. Dengan hanya jalan-jalan I berjaya dpt brg elektrik free bernilai more than RM5,000. You rasa you boleh jadi bertuah macam I ????? And also, thank you untuk sticker & magnetic pad percuma ni. I like ...

Mereka berempat terdiam. Saya lemparkan satu senyuman, saya good bye, terus pegang tangan Nurin and jalan dgn senang hati. Puas hati sebab dpt buat mereka terdiam dan terpaku ...

MORAL OF THE STORY :
  1. jangan terpedaya ... kalau terima statement, bil, surat, voucher, etc baca setiap perkataan yang tercatit. Termasuk words yg tertulis dgn font yg paling kecil.
  2. beli brg jika perlu. Memang kena la shopping waktu sales, promotions, harga runtuh, member's day... But, tak semua promotions itu menguntungkan. At the end, hanya memenuhkan bilik stor. Dan, menternak habuk ! Rugi duit ...
  3. apa pun keadaan, kena banyak tanya. Jangan malu. Sebab, kalau kita banyak tanya, ulang-ulang tanya... kebenaran akan terserlah. Mesti salesman tu ter cakap perkara sebenar. Mesti pandai main ayat. Sebab tu, husband suka saya jadi jurucakap untuk apa jua keadaan terutama bab beli barang and isi borang for any applications. Pada saya, apa pun barang, product or servis mesti berbaloi dengan nilai duit & masa yang saya berikan.
P.E.A.C.E N.O W.A.R