Hujung minggu lepas, kami sekeluarga balik kg di Ampangan, Seremban. Kebetulan, abg ipar saya pun balik sekali meramai ahli keluarga. Maka, memang meriah la rumah mak mertua saya dgn kehadiran cucu-cucu seramai 5 orang - 2 lelaki & 3 perempuan.
Setibanya kami di sana lebih kurang kul 3 ptg, semua yang lain dalam rumah sedang enak diulit mimpi. Maklumlah, cuaca yang amat panas membuatkan semua letih ! Nurin & Syuhada langsung tak nak masuk umah neneknya. Mereka terus ke belakang dan mengejar ayam-ayam yang dibela oleh tenant mak mertua saya. Pancaran matahari yang tegak di atas kepala langsung tidak membantutkan niat mereka menakutkan ayam-ayam yang ada. Tak cukup tanah ayam-ayam tu melarikan diri...
Mak mertua saya komen, "Biarlah... sesekali balik kampung... Diorang tak pernah tengok ayam.." Hmmm... jakun ker anak-anak aku nih, bisik saya sendiri. Malu gak tengok dek jiran-jiran. Kanak-kanak bandar balik kampung ler katakan...
Sememangnya, anak-anak saya berdua tu memang tak pernah berpeluang berkejar-kejaran dengan ayam... Rumah kami dalam taman perumahan. Rumah mak saya pun dalam taman perumahan. Mak mertua saya pun baru saje pindah semula ke Ampangan setelah 5-6 tahun berkelana di Kuala Lumpur, rumah abang ipar saya.
Menjelang petang, bila bersepah ayam-ayam di halaman rumah nenek mereka, cucu-cucu mak mertua semuanya jadikan suatu aktiviti sukan - kejar ayam !!! Sorang bawak penyapu, bawak kayu golf mainan, ada yang buat lubang konon nyer nak trap ayam...
Akhirnya, ayam-ayam tu masuk reban dengan sendiri. Tak de sekor pun berkeliaran...
Kesian... Ayam-ayam tu jadi fobia agak nyer dek golongan manusia belum baligh tu... !!!
2 Comments
Hahaha... sama la dengan anak-anak Yati. Kalau balik kg husband kat Tumpat, dengan ayam, kambing, itik semua tak dapat hidup dengan aman. :)
ReplyDeletesekarang gak nyer anak2 kita dibesarkan kat bandar. mereka tak terdedah dgn semua yg semulajadi, kan ? maka nyer, sesekali balik kg... padah binatang tu semua... he he he...
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.