Pagi ini, seperti kebanyakan pagi-pagi yang lain, sekali lagi saya jadi kelam-kabut dan berserabut ! Mana tak kelam-kabut ??! Syuhada da bangun seawal jam 7:10 pagi. Sewaktu saya mandi, Syuhada dok diam-diam di tepi pintu bilik mandi. Nak buka pintu, terlanggar kaki dia... menangis la pulak. "Sape suruh adik duduk sini. Kan da kena kaki..." kata-kata saya...
Sedang siap berpakaian, tempek toner semua bagai kat muka, bubuh perfume.... Nurin pula bangun... "Ibu, nak kencing..." Attend to Nurin kejap...
Then, keadaan kelam-kabut sebab Nurin & Syuhada berebut alat-alat make-up saya. Syuhada menangis sebab tak dapat... The end nyer, terpaksa saya serahkan dan mereka berdandan la depan cermin... Nurin tolong bubuh lipstik & bedak untuk adik nyer... Nurin pun make-up diri sendiri pulak...
Kul 8:20 pagi baru kuar rumah... Hmmmm... masuk lambat lagi ke office...
3 Comments
pandai no bersolek, ni mesti tiap2 hari ngintai ibunye bersolek sana sini... ehhe
ReplyDeleteadus... tak sempat nak snap close up... nak cepat gi keje...
ReplyDeletehmmm... memang tiap kali saya nak bubuh make-up, memang mereka ada... mesti nak join sekali.
wah wah.. anak2 dara kecik ni pandai bersolek... hihiiii... ;)
ReplyDeletetak rosak kan tak per.. cam Anis ni dah byk tolong rosakkan alat makeup ibu... :(
AMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.