Perasaan malu sememangnya menyukarkan ibu bapa dan anak. Bagaimanapun, kita perlu sedar bahawa naluri sesetengah kanak-kanak memang senyap serta tidak seaktif kanak-kanak lain.
Perasaan malu yang keterlaluan pasti menimbulkan masalah apabila bergaul dengan rakan di sekolah. Justeru itu, berikut adalah di antara cadangan @ cara bantu anak menghindari rasa malu nya itu...
- JANGAN sesekali memberitahu orang lain yang anak anda itu seorang yang pemalu. Lebih-lebih lagi menggelar anak anda itu di hadapan orang lain dengan apa-apa gelaran kerana dia seorang yang pemalu, JANGAN! Ini tidak akan memperbaiki keadaan. Hanya akan membuatkan anak anda itu bersedih pula.
- Berikan peluang kepada anak anda itu untuk merasai interaksi sosial secara semlajadi. Contoh : galakkan anak anda untuk menjemput kawan-kawannya ke rumah atau galakkan dia menghadiri @ terlibat dengan perjumpaan di luar. Anak anda akan selesa untuk membina harga diri dan kemahiran bersosial sebelum membawa mereka ke tempat yang lebih sesak.
- Ibu bapa perlu memberi contoh dengan bersosial dan menjaga perlakuan diri di luar. Biasakan membawa mereka apabila anda menghadiri apa-apa bentuk keramaian. Biarkan mereka bermain bersama-sama kanak-kanak yang lain.
- Galakkan anak mencuba aktiviti baru. Melalui dorongan, anak anda akan berasa selamat dan selesa untuk melakukan apa yang ditakutinya sebelum ini.
- Kongsi pengalaman dengan anak anda. Kita pernah melalui peringkat umur dan tumbesaran sepertinya dan memahami perasaan malu, gelisah dan takutnya. Dedahkan kepadanya bahawa perasaan malu bukanlah sesuatu yang cacat dan tiada apa yang patut dimalukan.
- Permudahkan sesuatu perkara itu dengan memberikan penerangan yang jelas kepada mereka. Perasaan malu itu bukanlah satu masalah besar. Bersosial itu penting untuk dirinya.
-Petikan dari akhbar Bacaria, 1.11.2008-
0 Comments
AMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.