Dari 29-31 May 2009 lalu, kami sekeluarga ke THE LEGEND WATER CHALETS, Port Dickson sempena bday hubby ke 33 pd 31 may 2009 tu... Hubby suka sgt... Dia say THANKS pd saya sebab beri dia chance holiday ke situ. Terharu... Happy...
Saya booked bilik di tower. Water chalets semua nyer da fully booked! Maklum la, school holidays. Dan, ETIQA dan TNB ada buat course 3 hari 2 malam juga di situ. Ada gak 3 bas pelancong Chinese look [tak pasti dari Korea or China or Taiwan or mana-mana]... Sempat gaks kami jalan-jalan amik angin kat area water chalets nun di bawah...
Melangkah masuk ke bilik jek, saya & hubby da kagum tgk bath tub nyer. Wow! Apa lagi bila lihat ada 2 bed [king & queen size]. Ha Ha Ha... tak perlu la sesiapa dari kami berlingkaran di atas lantai di malam hari di ulit kesejukan. Then, antara yg buat saya puas hati tahap maksima adalah almari tempat letak beg @ barang2. Memang ruang penyimpanan yg disediakan amat banyak @ besar.
Petang pertama kami tiba, check-in dlm kul 3:30 ptg. After kemas barang2, rehat beberapa minit... Sempat la Nurin & Syuhada melompat-lompat atas katil-katil... Kami keluar untuk lunch.
Pekena satay Kajang Hj. Samuri & nasi ayam Bangi Kopitiam...
Satay ayam, ikan, perut & rusa. Satay ikan tak sedap!!! But, nasi ayam Bangi Kopitiam memang sedap, terutama sup nyer. Cukup bahan & rempah! Rugi tak rasa... Gambar di atas tu, Nurin tgh makan timun cicah kuah kacang Hj. Samuri. Setengah piring dia abiskan.
Selebihnya, kami sekeluarga spend waktu kat hotel saje. Anak-anak mandi @ berendam kat bath tub, lepak swimming pool, playground, hubby jogging pepagi & masuk gym....
Nurin memang happy swim dgn ayahanda nyer... Saya jadi camera-lady ler gamak nyer...
Malang sikit bagi saya sebab tak dpt swim @ berendam kat pool. Just dpt duduk tepi pool basahkan kaki. Sebab nyer, Syuhada langsung tak nak mendekati pool tu ! Dia takut... Dia dok jauh jek. Takut ditarik olah ayahanda nyer...
After swimming & bercanda tepi pool, kami 4 beranak relax berjalan-jalan di tepi pantai, kat area Glory Beach Resort. Sebelah jek dgn Legend.
Sempat la snap gambo keseluruhan Legend Water Chalet tu dari jauh...


Pantai nyer agak kotor because pasir @ mendakan hitam. Air surut... Mungkin sebab dekat dengan area kapal besar berlabuh... Mungkin...
Sebelum balik on 31.5.2009 tu, sempat la kami bercanda sekali lagi di pool. Nurin & ayah nyer swim... Syuhada & ibu nyer di tepian sajer.... Adus !
3 Comments
wow, nice room. How much rate dia?
ReplyDelete:)
bestnya holiday kat sini ..rasa nak gi jer aida ..trhanks for sharing the photo!
ReplyDeletekalau rate biasa - cuti sekolah / weekend /public holiday, rasa nyer mencapai RM400 [may be lebih!]... ini rate bilik aida [tower seaview]...
ReplyDeletewater chalet [deluxe], seingat aida lebih kurang RM480+.
executive & premium water chalet more than that la... usah ditanyer!
aida book withour b'fast = RM200 semlm je. aida bawa portable gas & perkakas masak kecil2an. for b'fast, buat sendiri. anak2 pun boleh bangun lewat sikit. hubby dpt jogging lama sikit.
b'fast nyer utk dewasa RM30 and kanak2 RM15. hubby raya mcm membazir.
memang best & puas hati. bilik selesa.
AMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.