Hari Jumaat yang lalu, after maghrib kami 4 sekeluarga melangkah keluar rumah... Dengan satu tujuan - naik cruise kat sungai Melaka. Ini sempena Pesta Sungai Melaka dari 30.5.2009 - 7.6.2009. Memandangkan weekend kami busy, ada program lain, saya pun ajak hubby ke sungai Melaka.
Personal opinion - memang best !
Saya dulunya memperlekeh-lekehkan org luar yg sibuk dtg meramaikan area sungai Melaka tu. Mana tak nyer ??? Dari kecik hingga tahun pertama saya bekerja, memang tiap hari saya lalu area sungai Melaka kat town tu. Memang busuk ! Tak cantik ! Nampak dapur org. Biawak sebesar buaya pun pernah saya nampak. Org campak sampah tu, tak perlu komen ler kan. So, bila org luar sibuk nak ke lihat sungai Melaka, saya perlekehkan...
Sehingga hari Rabu lepas, sorang kawan outstation dari KL, dtg ke court Melaka. Sambil lepak sama-sama minum pagi di cafe... Dia la yg cerita bahawa sungai Melaka sekarang ni memang cantik di waktu malam - Venice in Malaysia... Sebab tu now Melaka glamour sebagai suatu kawasan perlancongan...
Kat bawah ni antara panorama sepanjang saya menyusuri sungai Melaka malam tu. Ni yang sempat saya snap. Hanya 30% jek ni. Yang lain tak sempat sebab busy ambik video...
Pintu gerbang ke arah jeti - "Melaka River Cruise"...
Gambar di atas adalah jeti ambik & anta penumpang cruise.. Full house... Beratur panjang !
Gambar-gambar di atas dulu nyer adalah bus station lama, before dipindahkan ke Melaka Sentral. Saya memang takjub dengan transformasi nyer. Dulu area ni amatlah kotor & dusty !
Semua bangunan sepanjang sungai Melaka dihiasi dengan lampu gini... Cantik !
Gambar-gambar di atas ni plak adalah area Kampung Morten. Sepanjang sungai Melaka, kesemua rumah terang-benderang dengan lampu. Semuanya rumah tradisional Melaka. Kampung ni memang di maintain oleh kerajaan negeri... Gambar yang bawah sekali tu, adalah pattern rasmi @ asal masjid negeri Melaka. Kat Melaka, majoriti masjid pattern gitu termasuklah masjid negeri di Bukit Baru tu...
Sepanjang benteng sungai Melaka dihiasi dengan lampu gini...
Kalau nak tau, gambar di atas tu saya snap 3-4 cruise lain yang bawa org ... Memang amat ramai org mlm tu... Tiada satu pun cruise pun yang tak jalan ... Kat bawah ni pemandangan di daratan. Gerai jual-menjual... Sempat la saya beli souvenir sikit-sikit...
Maka, tak rugi dtg Melaka... Jom la dtg... Nanti post berikut nya dari saya tentang MELAKA...
5 Comments
eee..bestlaa melaka..teringin nk g..nnti kalo kite g holiday g melaka..aida jd tourist guide eh??ade adik kat melaka tu study kat maktab...
ReplyDeleteboleh sgt sgt...
ReplyDeletesetakat 2 hari 1 mlm pun boleh cover tempat-tempat best kat melaka ni... but, penat la nanti... byk dah perubahan kat melaka ni sejak 1 thn yg lepas.
aida pun still nak explore melaka ni.
tu la kita org tempatan, dok gi tgk tempat org, tempat sendiri tak tau... he he he...
Aida, menarik nyer gambar Melaka waktu malam... Aku penah gak nak naik river cruise last two years, tatkala aku berada di Melaka sambut first honeymoon. Tp tak jadi sbb kitaorg malas sbb dh tghari buta. Panas terik!! Now I wanted to see the eye on Melaka, of course dh penah naik masa ia di Titiwangsa...tp night river cruise looks really interesting!!
ReplyDeleteNuwal...
ReplyDeleteMemang berbaloi ko dtg honeymoon semula kat melaka ni. Naik cruise ni, nasihat aku naik waktu mlm la... Kalau siang, akan nampak dapur org, sungai / kekotoran nyer sikit2... and tak nampak lighting yg wonderful!!!
Melaka memang cantik kat area bersejarah sebab dek lighting nyer yg byk.
Bebila aku free, tak tau nak buat per mlm-mlm, aku gi lepak and snap gambo utk tatapan ko...
wah cantik2 pemandangan di sg melaka di waktu malam. lama dah tak ke melaka? dulu sg melaka kotor... tak sangka la ni dah lain bebenor..
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.