Tadi, lepas abis kes kat High Court Melaka, on the way balik office, sempat call & wish abah SELAMAT HARI BAPA. Dalam hati rasa sayu plak tiba-tiba waktu cakap dgn abah tu... he he he!
Abah saya memang garang tapi hati nyer mudah terusik. Dia memang mementingkan pendidikan anak-anak. Pada abah, qualification dari segi pendidikan saje yg menentukan masa depan...
Now abah [dia bantu emak] jaga cucu-cucu... Kesihatan cucu-cucu merupakan satu yg amat penting bagi abah. Memandangkan Nurin cucu sulung, bleh dikatakan favourite cucu la. Paling rapat. 2007 dulu, lepas saya bersalin kan Syuhada, abah & emak dok dgn saya setahun. Nurin memang tido malam dengan abah & emak. Siang hari, emak jaga Nurin dan abah lebih menjaga Syuhada.
Tq abah & emak... Now, jaga baby kakak & adik di Cheras pulak...
Bagi saya, abah adalah orang penting pembentukan saya sebagai seorang ORANG sekarang ni. Banyak perkara berkaitan abah yang mempengaruhi hidup saya. Biarpun susah, biarpun tak berduit... abah tegar sekolahkan kami 5 beradik hingga semua lepas degree, 2 org dgn masters & sorang dgn phD... Kesukaran hidup langsung tak block abah & emak beri kami pendidikan, biar dikata orang, biar tak makan, biar berhutang...
Moga abah panjang umur... Sempat rai kan majlis pernikahan Nurin... he he he...!
2 Comments
Moga abah panjang umur... Sempat rai kan majlis pernikahan Nurin
ReplyDeleteni ayat yg x tahan gelak ni.. eheh
tu cita-cita tu...
ReplyDeletenenek saya [emak's mother] now ni da ada 8 cicit... sempat tepung tawar 7 orang cucu.
dengan izin Allah semuanya...
AMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.