Terpanggil saya untuk menaip nukilan ni setelah membaca salah satu komentar berguna di MHU - forum. Saya seorang ibu yg masih lagi mencari-cari modus operandi terbaik dan konsep yang sesuai untuk homeschool @ sekolah di rumah Nurin dan Syuhada. Tiap-tiap hari saya akan cuba untuk curi masa dan sit down dgn mereka --> belajar. Tidak kira secara manual dgn buku dan/atau secara interaktif dgn tv ataupun laptop.
Tak nak usik isu tak sempat or tiada masa dalam nukilan ni. Itu la masalah utama saya! Tapi, tu bukan satu batu penghalang.
Saya cedok sikit komentar tu, yakni begini lebih kurang --> "homeschool dari segi Islam bukanlah setakat mengajar membaca seawal umur 2 tahun atau menulis / mengira seawal umur 3 tahun. Tetapi, mengucapkan LA ILAHA ILLALLAH sebaik sahaja anak mula berkata-kata dan menerapkan kehendak agama dan syariah sedari anak kecil."
Setakat tu saje saya nak cedok dan tempek di sini. Ia buat saya terfikir. Ada benarnya... Dan saya tersedar diri.
Kita dok sibuk ajar anak membaca dan mengira. Mahukan anak kita cepat membaca dan mengira. Menyediakan pelbagai jenis medium untuk anak menerokai dunia --> buku, vcd, dvd, program di internet...
Hanya sedikit dari kita yang menjurus ke arah keagamaan, mengaji dan mengenal huruf jawi.
Imam Shafie telah menghafal Al-Quran di usia 4 tahun. Ilmuan Islam dahulu --> Al-Farabi, Ibn Sina, Ibn Khaldun, Ibn Rusd, Al-Khawarizmi dan lain-lain, mereka juga memulakan pendidikan di peringkat awal, zaman kanak-kanak. Majoriti daripada mereka telah menghafal Al-Quran sejak dari kecil, sebelum mereka menerokai ilmu-ilmu seperti matematik, kimia, fizik, astrologi dan lain-lain.

Saya rasa bersyukur kerana keputusan yang saya ambil untuk daftarkan Nurin di sebuah tadika Islam... adalah keputusan yang terbaik. Meskipun, ada bantahan dari satu dua pihak yg mengatakan --> nanti anak lambat membaca, tak tahu mengira!
Apa salah nya if Nurin lancar membaca Qira'ati terlebih dahulu berbanding dengan Bacalah Anakku atau ReadEasy ? Salah ke if Nurin lancar membaca Al-Quran terlebih dahulu berbanding membaca buku cerita ?
Nurin juga sebenarnya diajar menghafal beberapa surah pendek dan salah satunya Al-Fatihah. Saya mengetahui nya apabila curi-curi dengar Nurin mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran. Most of the time, Nurin akan membaca doa-doa dan surah-surah yang dihafalnya apabila dia keseorangan atau bermain bersama Syuhada, tanpa kehadiran saya dan hubby. Bila saya atau hubby ada je, dia jadi pemalu pula.... Hmmm...
Sebenarnya, pendidikan awal untuk anak ni banyak cabang ilmunya. Terlalu banyak. Bukan setakat membaca dan mengira. Tiada satu pun cara didikan yang salah kerana ke arah mana sekalipun, hanya satu matlamat ... Anak yang cerdik pintar, berguna kepada ibu bapa, keluarga, agama, bangsa dan negara.

14 Comments
k.nor sokong 200%.. all the best utk aida dan anak2.. mudah2an anak2 menjadi anak2 yg solehah dan memberi manafaat buat aida dan suami, di dunia dan akhirat.. aminn
ReplyDeletesalam kenal aida@k.aida... mmg ramai parents yg risau kalau daftar anak kat tadika islam. tp, from my experience...my eldest son pi tadika islam ni mmg hari2 akan ada hadis/ayat2 Quran yg dia hafal.
ReplyDeleteAlhamdulillah..xrisau sgt bila nak masuk drj satu next year!
betui tu aida... kengkadang azu jadi takut.. takut silap mendidik anak2.. anak2 kita sebaya sebenar nyer aida... tapi ok lah aida.. ada tadika islam kat area sana... kat sini.. nak tak nak.. azu kena curi masa utk pastikan anak2 tau baca QURAN dari kecik macam mak ayah azu dulu buat...
ReplyDeletek.nor, tu la yg diharapkan.
ReplyDeletemudah2an apa yg aida buat ni memberikan kebaikan kpd diri anak2.
apa2 hal sekalipun, pendidikan agama ni kan mengutamakan disiplin.
Amirul sama la macam Nurin. Yati pernah curi-curi dengar dia baca doa lepas makan. Bila Yati dan bapak dia ada, dia segan nak baca. :) Betul tu Aida, peduli kata orang, Yati pun rasa agama tu lebih penting dari ABC, maths, etc.
ReplyDeleteawk...
ReplyDeleteiena sokong apa yg awk cuba terapkan pada anak2 awak...
iena dan adik2 pun ayah&mama antar ke tadika amal(islam) sekolah pun mcm tuh..sek swasta agama juga...
dalam kami 5 beradik..adik lelaki iena dapt petunjuk untuk truskan..skang dia sek tahfiz..alhamdulillah..dah bleh jadi imam lagi..sejuk hati..
itu yg penting skang..skang zaman da terlalu moden..tersalah langkah..rosak lah anak...
errrmmm..tis entry is really a great reminder to myself..kebanyakkan parents kini sibuk nk bg anak pandai mengira & membaca hingga terlupa bab agama..ada setengah anak dah masuk sekolah rendah pun masih belum di hantar mengaji quran..semoga kita smua di buka kan mata hati..insyaallah :-)
ReplyDeletetul tu aida, kita bkn sahaja nak kejar dunia tp yang paling penting akhirat, negeri yg kekal abadi.
ReplyDeleteselain dari scr formal, secara x langsung pun blh kita terapkan unsur2 agama dalam diri anak2 cam dodaikan mereka dgn zikir2 dan alunan al-Quran. malah amalkan dari dalam kandungan lagi. kalu grad dari uni terbaik dunia sekalipun tapi drhaka pada Allah tak guna gak kan?
p/s: aida dapat homework lagi tau....hihihi
Salam.
ReplyDeleteAnak saya, Aisyah dan Amar saya masukkan ke tadika Islam. Al-hamd, takde masalah apa2. Mereka boleh dapat ilmu dunia dan ilmu akhirat at the same time.
Skarang ni mereka dah hafal lebih 10 surah dan dah pandai membaca. (rumi & jawi), Al-hamd.
But one thing, kite x leh depend 100% kat cikgu skolah utk ajar anak2. Kita as a parents pun wajib main peranan dalam menerapkan pendidikan pada anak2. Insya-Allah :)
izan, yati, iena dan aliah --> alhamdullillah. sekarang ni pada aida tadika islam da ok. mereka utama kan pendidikan islam but, yg lain seperti membaca BM & english dan mengira tidak diketepikan. yg best nyer, anak kita lebih satu = mengaji Quran. insya'Allah.
ReplyDeletekuazue --> takde tadika islam berdekatan ye ? alamak, rugi la sikit. but, takpe. azue beli Al-Furqan. ada buku dan dvd. boleh ajar anak seperti Nurin belajar Qira'ati. just silibus nyer berbeza sikit. but both berkesan.
ReplyDeletemik'yal dan naimah --> betul kata korang. sometimes kita terlupa, bukan tak nak...
ReplyDeletememang ada kanak-kanak yg da masuk sekolah rendah, tak kenal hurup jawi dan tak tahu membaca Quran. kat sekolah agama baru nak kenal mengenal. tak ke wasting time!
sedangkan, ia nyer boleh diselang seli di ajar masa kecil bermula seawal 4 tahun dgn membaca rumi & mengira. lagi awal, lagi bagus. kerana, anak-anak di terang hati masa kecil.
bab dodoi dgn alunan ayat al-Quran tu memang wajib. dan most of us mesti guna alunan ayat al-Quran, kan...?
kakyong teringat masa zaman kakyong kecik2 dulu.. mengaji tu wajib... kalo tak mengaji kena rotan... tp bila time adik2 kakyong... hmmm, x kena marah pun..
ReplyDeletela ni adik perempuan kakyong, dia nyesal sbb kecik2 tak ngaji.. la ni anak2 dia walau pun sek cina, tapi tetap antar sek agama sebelah petang.. Alhamdulillah, bagus betul.. siap nak berlawan dgn maklong (kakyong lah) belajar arab.. walhal, maklong nyer pun tahu sikit2 jer... uhukkk.. budak2 skrg kalo betul jln yg kita tunjukkan, Insya Allah...
hi hi kak yong. aida dulu pun sebenarnya tak gi sek agama. belajar ngaji @ agama dgn abah. adus, garang! memang kena belasah je kalau silap.
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.