Hari ni Nurin cuti sebab dia tak sihat. Badannya masih panas. Batuk dan selsema pun ada sikit-sikit lagi. Tak tergamak nak suruh dia ke sekolah melihat keadaannya yang kurang aktif. Melaka pulak 3-4 hari kebelakangan ni cuaca tak menentu. Hujan lebat hingga banjir beberapa tempat. Pagi ni pun lebat juga, angin nyer mcm ribut!

Malam tadi, sempat juga Nurin belajar secara interaktif, chewah!














Kandungan vcd dan buku adalah sama. Ada muzik latar yang comel, yang membuatkan Syuhada menggoyang-goyangkan bahu dan kepala hi hi hi... Terdapat 7 lessons --> NUMBERS, COLOURS, SHAPES, ANIMALS, INSECTS, DAYS OF THE WEEK dan GREETINGS. Very simple and easy for Nurin and Syuhada to understand and follow accordingly.

But, after 3-4 round repeat vcd tu, Nurin ...














... melepek di bahu ibu.
Makan ubat.
Pastu, terus tido hingga ke pagi ni.



H1N1
--> harap maklum bahawa hari ni kes kematian ke 4 tragedi H1N1 di Malaysia. Seorang perempuan berumur 20 tahun yang telah dirawat oleh sebuah hospital di Melaka [tidak dinyatakan nama hospital].

--> kes terdekat yang saya tahu --> First, ILP Ledang, office hubby, ditutup dari esok hingga 4.8.2009. Ada students disyaki terkena jangkitan H1N1. Second, Sekolah Menengah Munshi Abdullah [kalau tak silap la nama nyer] pun ditutup seminggu bermula semalam kerana jangkitan H1N1 juga. Ni sekolah anak babysitter Nurin & Syuhada.

JAGA KESIHATAN & KEBERSIHAN.
DINASIHATKAN JANGANLAH KERAP BERSIAR-SIAR.
TERUTAMA BAWA ANAK-ANAK.
MINUM AIR PUTIH YANG BANYAK.
JAUHI MEREKA YANG TIDAK SIHAT ATAU TEMPAT-TEMPAT AWAM YANG SESAK!

KITA MAMPU MENGUBAHNYA... INSYA'ALLAH...