Inilah expo yang sedang berlangsung di MITC, Melaka sehingga Ahad ini. Memang bagus untuk tambah ilmu pengetahuan, lebih-lebih lagi berkaitan industri pertanian, penternakan dan perikanan di Malaysia. Semestinya, menyokong slogan BELILAH BARANG BUATAN TEMPATAN.
Inilah pintu masuk ke dewan utama di mana pameran dibuat. Kat bahagian luar dewan utama ni adalah untuk jualan produk. Memang grand decoration di dalam dewan utama ini. Maaf, tak sempat nak snap gambar. Sebabnya, saya tolong abang ipar jaga booth jualan nyer... Timba pengalaman sebagai tukang jual @ promosi.
Di sini la terletaknya booth-booth untuk peserta di bawah kelolaan LEMBAGA KEMAJUAN IKAN NEGARA (LKIM). Bukan setakat produk berunsurkan ikan saje, ia sebenarnya termasuk produk berasaskan hasil lautan yang lain, seperti sotong, udang dan juga RUMPAI LAUT yang merupakan produk utama abang ipar saya.
Dari rumpai laut, IZAN'S telah mempelbagaikan kegunaanya selain daripada rendam dan jadikan makanan begitu saje. Di antara produk nyer ialah :
- sos cili
- jem - buah naga, kurma, apple
- acar buah
- kordial - perisa lemon
- jus sedia di mimum - perisa lemon
Memang sedap! Favourite saya ialah kordial dan jus lemon tu. Kalau nak best bila bancuh kordial lemon tu, masukkan sekali rumpai laut yang da direndam. Jadi ala-ala cincau gitu. Sedap!
Maka, minggu ni saya bantu abang ipar jaga booth ni. Lebih kurang dari jam 7:00 - 10:00 malam. Dan... tak sempat la nak buka class untuk Nurin belajar di rumah. 2 minggu lepas Nurin tak sihat and sedang dalam recovery proses. Tak nak la terjah dengan BELAJAR.
p/s : Nurin & Syuhada tidak dibenarkan sama sekali menjejakkan kaki ke expo ni. Hubby just hantar dan ambik saya setiap malam. Maklum la, virus H1N1 masih lagi berterbangan. Angka kematian pun tiap hari meningkat dan meningkat dan meningkat. Menakutkan!
Maka, minggu ni saya bantu abang ipar jaga booth ni. Lebih kurang dari jam 7:00 - 10:00 malam. Dan... tak sempat la nak buka class untuk Nurin belajar di rumah. 2 minggu lepas Nurin tak sihat and sedang dalam recovery proses. Tak nak la terjah dengan BELAJAR.
p/s : Nurin & Syuhada tidak dibenarkan sama sekali menjejakkan kaki ke expo ni. Hubby just hantar dan ambik saya setiap malam. Maklum la, virus H1N1 masih lagi berterbangan. Angka kematian pun tiap hari meningkat dan meningkat dan meningkat. Menakutkan!
3 Comments
wow, bestlah u ..bagus u tiba pengalaman berniaga melalui booth2 camni..jgn lupa pakai mask yang ...takut lah virus nih banyak ..
ReplyDeletemmg klu ikutkan taknak bw mereka kluar pun..kan kan!!!ops semakin byk produk muslim kan..harap berkembang maju!!
ReplyDeletesayapun tgh kempen beli brg malaysia kat rmh ni...
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.