Weekend lepas memang best! Long holiday yang best! Balik kampung, berbuka dengan emak & abah. Sebab apa best sgt ?!! Berjaya mengisi masa dengan buat muffin dan kek.

Nak buat kat rumah sendiri, oven takde. Maka, buat la kat umah mak... Ni upload gambo utk hiasan blog. Maaf la ye, kualiti gambo tak brape baik. Pakai handphone je...

KEK BATIK
... tak letak serbuk koko spt dlm resepi.
letak milo dan coklat cadbury (husband's favourite).

MUFFIN COKLAT
... sedap! berbaloi amik resepi ni.
especially makan bila baru siap masak.
panas panas... lembut...

Nurin merasa muffin coklat ibu nyer.
4-5 ketul juga dia makan tgh tgh malam tu.
Masa ni da hampir 2 pagi !!!

MUFFIN COKLAT CIP
...saya letak banyak coklat cip!
sedap... untuk makan sendirian berhad la kata kan.
tanpa coklat cip tu, kurang kick.

Husband saya memang suka sgt coklat. Sebab tu saya tamak hingga cuba 2 resepi muffin berperisa coklat. Then, my husband's choice is muffin nombor 1 - muffin coklat. Yes la darling, tu guna coklat masakan, lebih sedap! Yang kedua tu serbuk koko jek.

KEK OREN
... kek ni boleh la dimakan. sedap!
saya guna peel fresh jek.
limau takde la plak.
kalau guna air perahan limau & kulit limau tu disagat skit, lagi sedap!

Weekend akan dtg ni pun ada plan dalam fikiran what to do berkaitan dgn perihal kek @ kuih gak. Sebab... berjaya bawa balik oven mak ke rumah sendiri.... hi hi hi...