Hari Raya ni memang time wajib untuk ziarah-menziarahi.
Tak kisah la sape, di mana, bila... Pasti ada je aktiviti saya sekeluarga. Pendek kata, tak mau dok umah. Busy kan diri ziarah sahabat-handai, ahli keluarga dan sanak-sedara. Maklumlah, waktu ni adalah waktu paling sesuai untuk eratkan sillaturrahim baik yang jauh or yang dekat.
Agenda wajib ---> beraya di rumah jiran tetangga. Kuih-muih da tersedia di atas meja kopi di ruang tamu. Maklumlah, musim-musim raya ni kedatangan tetamu secara mengejut memang selalu terjadi.

:: 10 Syawal - Selasa ::
Pose kat 3 beranak before bergerak beraya, lepas maghrib.
Memang la payah nak bergambar dgn 2 anak2 dara saya ni.
Sebab mereka da excited nak keluar beraya rumah jiran.
Beraya ?!!
Ibu & ayah je beraya keluar masuk umah, anak-anak semua dok main kat laman!
Memang la payah nak bergambar dgn 2 anak2 dara saya ni.
Sebab mereka da excited nak keluar beraya rumah jiran.
Beraya ?!!
Ibu & ayah je beraya keluar masuk umah, anak-anak semua dok main kat laman!
Terus ke rumah babysitter di Taman Bukit Katil. Ini antara rumah wajib kami ziarah. Kami dihidangkan mee sup yang sedap giler! Nurin makan 1 mangkuk penuh, bertambah mangkuk kedua. Hmmm, maklumlah, rumah babysitter tu da macam rumah dia sendiri. Tak sempat snap gambo la, sebab ada gak tetamu lain yang hadir. Membuatkan suasana busy hingga terlupa!
Terus gerak balik rumah. Sebab..... sambung beraya di 2 buah rumah jiran - Kak Ana & Nor. Memang borak sakan. Hingga tak sedar diri da pun kul 11:45 mlm! Anak-anak dengan happy la memeriahkan suasana di laman. Sama-sama tak sedar diri seperti ibu bapa masing-masing. Kul 12 tgh mlm baru tiba umah!

:: 11 Syawal - Rabu ::
Ni agenda beraya utk sessi kedua. Terus ke rumah Kak Mas sebelah... Then, proceed ke rumah 3 jiran lagi. Kesemuanya = 4 buah rumah saya beraya. Malam kedua ni kami balik rumah awal sikit. Awal ??!! Kul 11:45 sampai umah...
:: 12 Syawal - Khamis ::
Turn rumah kami pula menyambut tetamu. Saya memang khas kat today utk semua jiran dtg sekaligus. Sebab keluar dari ofis je da kul 6:15 ptg, jiran plak da dijemput kul 8 mlm... Buat la cheesy spageti bolognese je. Cepat & ringkas.
Kul 8:15 mlm jiran tetangga semua dtg serentak. Best. Takde la kelam-kabut sebab semua da tersusun dan tersedia di ruang tamu. Meriah! Sakan berborak hingga terlupa @ tak sempat snap gambar sekeping dua.
Cheesy spageti bolognese tu tinggal semangkuk-semangkuk je. Kuih-kuih raya pun byk yg laku. Hingga tinggal yg dlm balang di meja kopi tu je. Kat dapur ? Dah takde!!!

1 kuali besar da diselamatkan.
Tinggal ni je baki.
Ok la, tak membazir langsung.
Ni untuk kami hadap plak.
Ni je stok kuih yg tinggal dalam rumah.
Kena ke beli lagi ye?
Ada lagi 18 hari dlm bulan Syawal ni?!
Set ke2 tempat kuih.
Tinggal 6 ketul jek kuih mazola.
Alhamdullillah... Kul 10:45 mlm saya da siap kemas. Cuma perabot belum disusun atur semula. Kawasan rumah masih lapang... Yang penting, da sapu & lap. Takut sang semut dtg!!!
Saya jengah keluar rumah. Anak-anak ligat bermain... Para-para ayah (jiran lelaki) masih lagi berborak di tgh jalan depan rumah. Para-para ibu (jiran perempuan) ada kat umah depan, beraya lagi... Saya pun join sekaki! Hmmm... balik rumah semula lebih kurang 11:35 mlm.
:: 13 Syawal - Jumaat ::
Bersilang panggung kaki Nurin waktu saya snap gambo dia pagi ni.
Dalam beg love tu terkandung la kuih-kuih raya.
Ni saje yang tinggal !!!
Turn Nurin beraya di tadika. Saya bekalkan Nurin 3 jenis kuih untuk memeriahkan majlis di tadika nyer. Berkurang lagi stok kuih raya di rumah...
Dalam beg love tu terkandung la kuih-kuih raya.
Ni saje yang tinggal !!!
12 Comments
amboi...beraya sakan puan aida kita ni yeeeee..bestnya kalau jiran tetangga sama2 bertandang kan...w'pun sebok bkerja tiba haru raya mcm ni..nak jugak diaorg dtg umah kita...setakat ni mamaD lom g bertandang umah2 jiran...buzy abis...he2...tp pasti akan dtg jugak...
ReplyDeleteselamat hari raya Aida..wah meriah raya dengan jiran tetangga ya...
ReplyDeletekelas aida..klu umah kita dekat..umah mu first aku terjah
ReplyDeleteAida..hmm..raya sakan ye..join bleh?..Best la bknjg sesama jiran ttga..Islam pun menggalakkan kita memuliakan jiran..
ReplyDeleteBestnya sambutan raya aida ngan jiran2 semua :) Borak dan raya sakan gitu...he he.
ReplyDeletewah...meriahnye raya die..
ReplyDeletecongratulation jd top referrer september kat mombloggers yer.. ;)
wah.. syok ar.. masih mood raya. rmh aku lom ada sape dtg lg.. huhuhu!! kuih raya sndr letak.. sndr mkn kehkehkeh!!
ReplyDeletemeh la dtg raya rmh aku...
amboi beraya sakan aida kali ni...mesti meriah suasana raya tahun ni
ReplyDeletehi hi hi...
ReplyDeletememang sejak kami pindah, da 3 aidilfitri kami raikan sama2. setiap aidilfitri tu la kami memeriahkan nyer dgn gi umah masing-masing. memang sakan! meriah! gembira! kami memang ramai-ramai pakat. yg tukang pakat, para isteri @ ibu la. tukang ikut, para suami @ bapa...
maklumla, waktu lain setakat hai hai bye bye kat pagar depan. borak-borak gitu-gitu jek. aidilfitri gini la yg dinantikan.
masak2 sikit... jamu sikit... orait la. raya setahun sekali jek, kan?
UMMU AMMAR --> betul tu. jiran tetangga ni penting. pe hal emergency, jiran tetangga la yg dulu kita bleh pohon bantuan...
ReplyDeletekalo umah akak dekat leh gi beraya umah...tp kenyataannya jauh..huhuhu
ReplyDeleteaida..beh tengok aida beraya ke sana sini...bagus la komuniti kat sana, sbb kt sini dh takda (ke memang tk pernah ada)sesi visit memvisit jiran tetangga ni..:(
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.