Di saat kita beraya sakan @ bergembira...
Ada yg berduka di atas kebinasaan, kecederaan atau kematian...
*
*
*
*
*
BERITA 1 :-
Sebuah perkampungan di Pago, American Samoa musnah selepas tsunami membadai kawasan pantai negara itu, semalam.
Sekurang-kurangnya 113 orang terkorban apabila satu gempa bumi kuat berlaku di Lautan Pasifik mencetuskan tsunami yang melanda kepulauan Samoa dan Tonga awal pagi ini.
Ombak setinggi 4.5 hingga 6 meter itu menyebabkan banyak kampung di kepulauan tersebut musnah atau ditenggelami air dan ramai pekerja hilang di sebuah taman negara di American Samoa. Kenderaan dan mangsa dihanyutkan oleh ombak deras, manakala penduduk yang sempat melarikan diri ke kawasan tinggi masih berlindung di sana beberapa jam selepas gegaran berlaku awal hari ini.
Gempa berukuran 8.0 hingga 8.3 pada skala Richter itu berlaku pada kira-kira pukul 6.48 pagi waktu tempatan (pukul 1.48 pagi ini waktu Malaysia) kira-kira 32 kilometer di bawah dasar laut, 190 kilometer dari American Samoa, sebuah tanah jajahan Amerika Syarikat (AS) yang mempunyai penduduk seramai 65,000 orang.
Gempa itu telah menyebabkan bekalan elektrik dan sistem komunikasi terputus, menyukarkan pegawai untuk memastikan tahap kerosakan dan kemalangan jiwa. Polis melaporkan sekurang-kurangnya 63 orang terkorban di Samoa, manakala 19 disahkan maut di American Samoa, tetapi pihak berkuasa memberi amaran angka kematian dijangka meningkat melebihi 100 orang. Mangsa yang maut termasuk pelancong asing.
Pegawai di Tonga turut melaporkan enam orang maut dan empat lagi hilang di negara itu. Ahli meteorologi di Perkhidmatan Kaji Cuaca Kebangsaaan di American Samoa, Mase Akapo berkata, sekurang-kurangnya 19 orang terbunuh di empat kampung di pulau utama, Tutuila, manakala sekurang-kurangnya 50 lagi dilaporkan cedera.
Di Samoa, sebuah negara merdeka dengan 179,000 penduduk, wartawan Associated Press (AP) melihat kira-kira 20 mayat ditempatkan di sebuah hospital di pekan Lalomanu di pantai selatan pulau utama, Upolu.
Kawasan pantai sekitar yang menjadi tumpuan pelancong musnah dan sekurang-kurangnya tiga kampung turut ranap.
Sunia mengisytiharkan keadaan darurat di American Samoa, dengan menggambarkan ‘kerosakan besar dan meluas melibatkan bangunan-bangunan persendirian, awam dan komersial di kawasan pantai, selain kematian dan kecederaan’.
Gabenor Togiola Tulafono yang berada di Honolulu untuk menghadiri satu persidangan memberitahu wartawan, lebih banyak mangsa mungkin ditemui apabila penyelamat memasuki kawasan yang terputus hubungan dengan jalan darat.*
*
*
*
Di hospital di Padang. Rawatan demi rawatan...
Gempa yang berpusat di Kilometer 57, Padang Pariaman dengan kedalaman 87 kilometer di bawah laut itu dilaporkan berlaku pada pukul 5.16 petang waktu tempatan (pukul 6.16 petang waktu Malaysia), 53 kilometer ke barat laut bandar Padang. Orang ramai di sekitar Lembah Klang, Melaka dan Johor Bahru mengosongkan bangunan tinggi ekoran gegaran gempa bumi itu.
Gempa di Sumatera Barat itu berlaku hampir sebulan selepas Tasikmalaya, wilayah Jawa Barat digegarkan dengan gempa kuat yang mengorbankan 123 orang. Ia juga berlaku selang sehari selepas gempa kuat menggegarkan Lautan Pasifik yang mencetuskan tsunami di kepulauan Samoa, American Samoa dan Tonga awal pagi ini menyebabkan 113 orang terkorban, manakala 50 yang lain cedera dan berpuluh-puluh lagi dilaporkan masih hilang.
Gempa di Lautan Pasifik tersebut mencetuskan ombak setinggi 4.5 hingga 6 meter menyebabkan banyak kampung di kepulauan tersebut musnah atau ditenggelami air dan ramai pekerja hilang di sebuah taman negara di American Samoa.
Di Sumatera Barat, pasukan mencari dan menyelamat dari Medan, Aceh, Palembang dan Pekanbaru telah dikerahkan ke lokasi gempa membawa peralatan bagi membantu operasi mencari dan menyelamat. Sementara itu, televisyen tempatan melaporkan jalan di Kota Padang terputus sama sekali dan bekalan elektrik serta komunikasi juga terputus.
Sumatera Barat dilanda gempa kedua berukuran 6.2 pada skala Richter pada pukul 5.38 petang yang turut menggegarkan kawasan Pariaman di kedalaman 110 kilometer dari dasar laut. Reuters melaporkan gempa menyebabkan sejumlah rumah dan jambatan rosak serta berlaku kebakaran di Padang.
Ratusan rumah rosak sepanjang jalan. Juga ada kebakaran, jambatan terputus dan kepanikan luar biasa terjadi kerana paip air bocor sehingga membanjiri jalan.
Pusat Peringatan Tsunami Pasifik sebelum itu telah mengeluarkan amaran tsunami kepada Indonesia, Thailand, Malaysia dan India, tetapi kemudiannya menarik balik amaran tersebut.
Agensi berita AFP yang memetik jurucakap Jabatan Meteorologi dan Geofizik Indonesia, Rahmat Triyono berkata, beberapa buah hotel di Padang dilaporkan turut musnah. Pada masa ini Padang tidak dapat dihubungi kerana komunikasi terputus sama sekali," kata Rahmat.
Di Jakarta yang terletak kira-kira 950 kilometer dari lokasi kejadian turut dirasakan gegaran tetapi tidak sekuat gempa yang melanda Tasikmalaya awal bulan ini.
8 Comments
aku xtau pn ada gempa ptg smlm. pkl 8 lak xdpt tgk beriter psl anak2 dh kongker tv layan disney. dekat2 pkl 9 baru dgr kt radio.
ReplyDeletegurlp...gempa bumi???! da la bln 11 ni nak gi jakarta ngan bandung...cam ne ni...huhuhu
ReplyDeletenau'zubillah, doa agar bencana tak menimpa kita pulak.
ReplyDeleteLINDA --> aida dpt tau pun dari berita kul 8. gegaran nyer memang rasa kat area melaka tgh ni. after dgr berita, baru la confirm yg gegaran tu dari gempa bumi tu.
ReplyDeleteNADIA --> ye ke? u better cek kot dgn tourist agent. da book tiket and everything ye? alamak aii... sebab nyer, aida dgr berita sememangnya ada susulan gempa hingga ari ni dan beberapa hari yang akan dtg. tak tau la nov tu da ok or not.
ReplyDeleteitu la kan. moga Allah jauhkan la bencana kat negara kita ni. moga kita selamat dari malapetaka yang amat besar.
ReplyDeletesy pernah g padang ngan bukit tinggi ni, mmg dekat je laut ngan airport n pekan padang tu... klu teringat balik masa g sane... hiisss kesian kat diaorg.. slmt berkenalan, sudi2 la singgah di http://atieyusup.blogspot.com
ReplyDeleteSelamat Hari Raya Aida..
ReplyDeletekesian ye gempa bumi kat padang n tsunami samoa. Marilah kita berdoa jangan ada apa2 lagi yang terjadi...sbb Malaysia ni pun bukannya jauh sangat dr kawasan gempa, walaupun bukan dlm lingkungan to after effects nya kita terasa jugak kan...
AMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.