Anak-anak saya da pun terdedah dengan kartun UPIN & IPIN ni agak lama, di rumah babysitter. Cuma kami yang agak terlewat mendapatkan mereka dvd UPIN & IPIN - HANTU DURIAN tu. 5 Syawal lepas, baru la ayah beli kan untuk anak-anak... Comel!
Memang sakan Nurin & Syuhada tonton dvd tu. Ulang dan ulang dan ulang. Nasib baik tv or dvd tu tak bernyawa. If not, sure benda tu komplen penat!!! Kiranya saya atau ayah nyer nak tonton tv, dvd tu kami on kan kat laptop. Hmmm... mereka berdua akan setia bergelak ketawa dan tiru memek-memek muka atau kata-kata dari kartun UPIN & IPIN tu. Menarik!
Ada juga saya tanya mereka, "korang tak bosan ke?"... hi hi hi....!
Syuhada la yang paling lawak bab tiru kata-kata kat dvd tu. Sebab suara dia pun agak serupa dengan si UPIN & IPIN tu, kan? Especially trademark si IPIN - "betul betul betul..."

*
*
*
*
*
Baguslah. Ada la peningkatan dalam dunia perfileman animasi Malaysia. Kartun nyer menarik dan colourful. Tutur kata yang digunakan amat ringkas dan mudah difahami oleh kanak-kanak. Lawak ringkas nyer amat sesuai untuk kanak-kanak. Yang penting, ada mesej yang baik dan efektif untuk kanak-kanak.
Latar belakang menggunakan suasana kampung / malaysia yang asli. Sungguh cantik dan sedap ditonton. Dapat mempromosikan negara kita ke mata dunia. Kalau tayangan UPIN & IPIN di pawagam lepas, kami terlepas... Insya'Allah pada tahun 2011 ni versi UPIN & IPIN naik ke angkasa lepas, kami akan beli tiket wayang nyer. Pasti berbaloi!
Saya klasifikasikan UPIN & IPIN ni sebagai kartun pendidikan, sebab ia bukan sekadar hiburan. Unsur-unsur ketimuran dan 1Malaysia banyak didedahkan.

Yang best nyer, last Saturday, kami ke open house abang ipar. Open house? Sebab abang ipar saya buat kat kedai dia, bukan kat umah! Kedai abang ipar selang 2 pintu dari kedai souvenir UPIN & IPIN di belakang Tesco Extra, Shah Alam.
Kanak-kanak termasuk la anak-anak buah hubby, Nurin & Syuhada dok keluar masuk dari kedai tu. Budak lelaki yang jaga kedai tu pun jadi malas nak halang mereka. Bagi anak-anak saya, pucuk dicita, ulam mendatang! Saya singgah dan belikan few things untuk mereka, tukang pilih nyer ialah Nurin.
menarik plastik nyer...
Ada byk lagi dijual, but... nanti-nanti la ibu belikan, ye. Ni map nak ke kedai souvenir tu untuk produk asli UPIN & IPIN. Produk ciplak tak main tau!
9 Comments
bestnye kalo boleh beli fridge magnet upin n ipin tu...menarik la...kat kedah tak tau lak kat mana jual brg2 upin n ipin yg ori
ReplyDeletesaya pun baru sempat nengok movie cite upin ipin tu kak...best gak...hehehe
ReplyDeletemiya suka sgt kat upin ipin sejak dia 5bulan dulu. kalau meragam, pasang la video upin ipin. mesti ok.
ReplyDeletemmg bes U&I ni. haritu tgk gk wayang. enjoy la bdk2. sampai yg kecik tu tak berkelip mata. cam paham jek.. tp bapak budak boring kehkehkeh!!!
ReplyDeleteMy kids pon suka sangat, especially si abang. Everyday, at least sekali mesti tengok.
ReplyDeleteSamerlah, kita pon baru jerr beli CD nie masa raya baru2 nie (kat "bawah" Melaka Mall tue), w/pon diorang dah tau lama. Hihi.
ini mmg betui2 minat nih siap tahu kedai dia beroperasi kat mana..hihi..tapi penangan Upin&Ipin ni mmg dasyat..uzma pun ada koleksi CD dia pastu uzma pandai sebut.."betu..betui..betui....!!"hihi
ReplyDeleteanak ana yg kecik pun minat gak..asal sampai umah jer lps amik diaorg kt taska.."pin..pin.."..minta bukakan CD upin ipin..ok gak, tak kacau kita nak bersilat kt dapur. hehehehe
ReplyDeletebetul..betul betul... anak momma Damia 1 thn pun so excited biler nampak upin & ipin.
ReplyDeleteabang mamaD pun stokis produk upin ipin ni...hehee...byk mmg koleksi dia..
ReplyDeletelepas ni birthday anak2 buah senang jek..belikan koleksi upin ipin je..senang...wakakaa
AMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.