Mana tak nyer, event lom tau bila, da plan nak shopping apa. Aparahh aku nih?!

(Jusco Ayer Keroh)

Now, Jusco dgn program JCard Day nyer... I like!
Tiap kali JCard Day, saya & hubby pasti amik leave.
Anta anak-anak ke umah babysitter dulu, then pepagi da sampai Jusco.
Ambik peluang shopping hingga lupa dunia sekejap...
Capai jer pe yg da plan nak dibeli, janji ada diskaun mantap!


Jusco Bandaraya Melaka tu rasanyer Disember or Januari 2010. Ntah ler. Lom sempat saya jengah progress pembinaan nyer kat area Melaka Sentral tu. 1-2 bulan lepas, seingat saya, pembinaan da complete. Now agak nyer fasa make-up dan masukkan barang whatsoever.

Our favourite spots time JCard Day adalah :
  • pakaian lelaki - maklumlah, kemeja, slack, t-shirt mereka mahal. time ni kami akan tgk diskaun 50% - 70%. ok la tu kan. memang saya paksa hubby utk amik seberapa byk yg boleh...
  • pakaian wanita - hmmm... saya confirm nak rembat skirt, blouse & seluar. but, kat bahagian ni sometimes diskaun dia tak menarik. macam diskaun biasa. so, most of the time, saya akan let go jer. tunggu hari biasa yg lain.
  • pakaian anak-anak - kat bahagian ni akan mengambil masa kami paling lama. siap kami bawa ukuran anak-anak dara! masa ni la saya akan amik baju jalan mereka la. top up...
  • bahagian set comforter, langsir...
Handbags, kasut, pinggan-mangkuk & electrical things saya tak brape minat. Sebab saya bukan jenis tukar-tukar handbag. Selagi yang ada ni tak ranap, tu la dia. Kasut plak saya da terikut-ikut kakak, tempah ikut style yg kita nak.

Hmmmm... Harap nyer JCard kat Melaka nanti saya free la... Aminnnn...

Photobucket