::: PIRAMID MAKANAN SEIMBANG :::

Dengan pembandaran , pembangunan ekonomi dan gaya hidup dan diet yang semakin berubah, berat badan yang berlebihan dan obesiti (kegemukan) semakin meningkat di benua Asia. Ini mengakibatkan peningkatan kadar penyakit-penyakit yang berkaitan dengan berat badan berlebihan, termasuk diabetes (kencing manis) jenis 2, penyakit jantung, angin amar dan tekanan darah tinggi.

Obesiti dan berat badan berlebihan juga meningkatkan risiko kejadian sesetengah kanser, batu karang, penyakit gout, osteoartritis, kemandulan dan lain-lain penyakit.

Individu yang berlebihan berat badan dan obes juga mempunyai harga diri yang rendah dan selalu berasa muram disebabkan oleh imej badan yang tidak menarik.

Pendek kata, keadaan berat badan berlebihan mengurangkan kualiti dan keriangan hidup.

Nasihat am tidak dapat mengganti ulasan kesihatan dan rawatan secara peribadi, dan sesiapa yang menghidapi penyakit serius dinasihat untuk berjumpa ahli perubatan yang bertauliah.

*
*
*

*
*
*

5 Panduan Diet bagi Pengurusan Berat Badan

  • Nikmati banyak buah-buahan, sayuran, makanan bijirin penuh dan kekacang. Makanan sebegini mempunyai massa banyak tetapi tenaganya kurang padat dan membantu anda berasa kenyang lebih lama.

  • Makan dengan kadar sederhana makanan seperti daging kurang lemak, ikan, tenusu rendah lemak dan lain-lain protein. Makanan jenis protein paling berkesan untuk mengenyangkan kita.

  • Sekali-sekala makan dengan sukatan sederhana makan makanan yang mengandungi tenaga padat. Anda mungkin berasa terkilan jika langsung tidak dapat menikmati makanan jenis ini. Jadi, rancangkan saat-saat untuk menikmati makanan ini tanpa berasa bersalah, kemudian teruskan dengan diet seimbang yang dirancang dengan baik.

  • Pengambilan sajian makanan dan snek kerap dapat mengelakkan anda bermakan dengan keterlaluan.

  • Sukatan makanan harus diawasi. Kajian menunjukkan sukatan makanan semakin meningkat dalam tempoh 20 tahun lepas dan mungkin menjadi punca utama pemakanan yang berlebihan.


  • *
    *
    *

    *
    *
    *
    Apakah cara terbaik untuk menyusutkan berat badan ?


    Kebanyakan kita hendak mengurangkan berat badan untuk rupa yang lebih menarik dan untuk berasa lebih lega. Fesyen terkini yang menonjol trend kurus juga memberi tekanan kepada ramai orang untuk mengurangkan berat badan mereka supaya tidak ketinggalan.

    Sebab yang terbaik untuk menyusutkan badan jika berat badan anda berlebihan atau anda obes ialah untuk kesihatan baik anda untuk jangkamasa panjang. Dan cara terbaik untuk mencapai ini ialah dengan kaedah yang berjangka panjang.

    Kesusutan berat badan yang besar tidak diperlukan untuk memberi kesan. Kajian Jantung Framingham di Universiti Boston mendapati bahawa kaum lelaki dan perempuan pertengahan umur yang menyusut berat badan sebanyak 1 kg setahun mengurangkan risiko penyakit kencing manis dengan lebih 60%. Faedah ini dapat dikekalkan, selagi kesusutan berat badan dikekalkan. Satu lagi kesimpulan kajian itu ialah pesertanya yang menyusut 0.5kg setahun selama empat tahun dan berjaya mengekalkan penyusutan itu selama empat tahun lagi, mengurangkan risiko darah tinggi sebanyak 25%.

    Ini bermakna, walaupun anda fikir anda tidak mencantikkan rupa anda dengan penyusutan hanya 0.5kg atau 1 kg, kesihatan anda akan bertambah baik. Jika anda lebih berat, banyak faedah akan menyusuli jika anda mengurangkan berat badan tersebut.

    Apa yang penting pengambilan makanan perlulah berasaskan makanan yang terdapat di dalam piramid makanan seperti nasi, roti, bijirin, sayur-sayuran dan buah-buahan, produk tenusu, ikan, daging, kacang, serta sedikit penggunaan minyak, gula dan garam. Pengambilan diet yang seimbang seharusnya membantu anda mengekalkan berat badan yang normal dan bukan menjadikan berat badan anda bertambah atau berkurangan.

    Lupakan segala gimik penyusutan berat badan yang cepat atau diet. Kajian demi kajian membuktikan bahawa penyusutan berat badan yang berpanjangan adalah lebih menyihatkan dan dikekalkan dalam masa panjang berbanding dengan diet cepat-kurus. Melainkan dalam keadaan tertentu, doktor menasihati sesiapa yang mempunyai berat badan berlebihan atau obes untuk menyusutkan 0.5-1 kg dalam seminggu, dan tidak sama sekali melebihi 1.5 kg seminggu. Apa yang penting ialah untuk mengurangkan berat buat selama-lamanya dan bukan mengurang dan kemudian berat badan menambah pula dengan cepat selepas itu



    Photobucket