Malam tadi da start packing baju & barang-barang.
Saya packing seolah-olah tiada harapan dpt tukar penempatan ke Melaka.
Pasrahlah dgn pe jua ketentuan Allah lepas ni.
Cuci baju... Lipat baju...
Clear kan bilik belakang sedikit demi sedikit...
Sambil kemas berkemas, layan la Final Amazing Race dan Awan Dania.
Nurin dan Syuhada apa lagi, bergumpal, berlari, tergolek sana-sini, bergelak ketawa...
Kencing pun sama-sama la pulak.
Syuhada da tak pakai pampers now ni kan.
Then, kul 11:30 mlm semua daftar diri utk tidur.
Seperti biasa saya tidur dgn Syuhada.
Nurin dgn ayah nyer.
Memandangkan hubby demam, dia merelakan diri nya tidur kat ruang tamu.
Agar tidak menjangkit dgn anak-anak dan isteri.
Nurin kena tidur atas tilam sorang diri.
Nurin : Takutlah bu tidur sorang-sorang. Ada syaitan!
Saya : Mana ada syaitan. Nurin da baca doa, kan? Syaitan takde da. Ibu pegang tangan Nurin ni.
Nurin : Ala bu. Takut!
Saya diam kan diri sambil pegang tgn Nurin.
Nurin tutup muka nyer dgn bantal.
Saya diam la few minutes...
Hmmm, kesian pula Nurin.
Saya : Nurin, come to ibu. Tidur sama-sama atas ni.
Nurin : Yahoo...
Saya di tgh-tgh di antara Syuhada dan Nurin.
Both of them nak pegang tgn saya.
Saya bernasyid... berzikir munajat... mendodoikan anak2 dara.
Sambil usap pipi mereka yg gebu...
Dari mata mereka terbuka luas, hingga la kedua-duanya tidur lena...
Berhimpit-himpit la tiga beranak kat atas katil hingga pagi...
Aduhai... mengalir lagi air mata saya, sebak tiba-tiba...
Dari mereka lahir hingga sekarang, saya bersama-sama mereka.
Hantar rumah babysitter / tadika...
Ambik mereka petang hari...
Pas ni da jadi tugas ayah....
Saya akan jadi WEEKEND MOM and WEEKEND WIFE ....
Saja tempek gambo anak-anak... Layan je la...
6 Comments
ermmm sukanya wani tgk dua beradik nih...
ReplyDeleteSeronok setiap kali dapat tido sama2 ngan anak2 kan..terasa bahagia n bersyukur dengan pemberian Allah nih...
ur kids are adorable la...
ReplyDeletealahai.. hanie pun tumpang sebak memikirkan nurin & syuhada terpaksa berjauhan dgn ibunya. kalau hanie.. tak sanggup, sungguh! sedangkan nak on call overnight pun kesian nak tinggal, apatah lagi seminggu
ReplyDeletepape pun, kuatkan semangat. selamat bekerja kat tempat baru.. dan jgn lupa apply transfer cepat2.. :)
HANIE --> apply transfer tu adalah perkara pertama yg akan ku usaha kan...
ReplyDeletemasa yatie kecik2 dulu pon, tidur nak pegang tgn ma..wpon yatie tidur ata stilam & ma tidu ratas katil, ma kena make sure tgn dia terjuntai kat tepi katil utk yatie pegang masa tidur...i missed that moment. nanti diorang dh besar, mesti diorang treasure sweet moments tidur pegang tgn aida :)
ReplyDeleteYATIE --> tu la dia. tangan aida pun hampir tiap malam terjuntai. Nurin pegang. hingga lenguh dibuat nyer.
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.