... barulah blog ni saya update.
Bersawang ! Berhabuk !

Kehidupan di JB amat seronok, meskipun sedikit membosankan. Saya dikelilingi oleh adik-adik. Most of them dilahirkan sekitar tahun 1981-1985. Antara 20 orang perempuan hanya 4 orang sudah berkahwin dan saya salah seorang daripada nyer.

Saya sewa rumah di Taman Munsyi Abdullah, Tampoi.. bersama 5 orang adik-adik yang sama-sama melapor diri pada 14hb lepas. 6 orang dlm sebuah rumah, 4 orang Melaka dan 2 orang Terengganu.

Ceria belaka semua adik-adik saya. Bangun pagi je da start borak sambil tunggu turn mandi. Dalam kereta borak lagi. Sampai office, pantang jumpa kat cafe, borak lagi.... Hinggalah malam. Da landing atas tilam dengan mata yang terbuka separuh (mengantuk tahap gaban), pun tetap mulut brot bret brot bret...

Best !

Anak-anak dan suami di Melaka, alhamdullillah... Tiap hari kami berhubung melalui telefon. Meskipun hati sedih berjauhan, kerana mencari rezeki yang halal dan masa depan yang cerah, segalanya dikorbankan seketika.

Photobucket