Last Sunday, selamat hantar Nurin, kakak & parents saya ke LCCT... Mereka holiday ke Sarawak seminggu. Sabtu ni baru balik KL.
Syuhada menangis sewaktu meninggalkan LCCT. Nak ikut gi Sarawak kata nyer. Sedih saya! Maklumlah, kakak nyer pegi... Dia kena tinggal oleh atuk & wan...
Setiba di Melaka, kami bawa Syuhada ronda Dataran Pahlawan & Mahkota Parade. Bawa dia makan western food. Nak hiburkan hati dia la konon...
Setiba di Melaka, kami bawa Syuhada ronda Dataran Pahlawan & Mahkota Parade. Bawa dia makan western food. Nak hiburkan hati dia la konon...
Dah 2 malam Syuhada di rumah, tanpa Nurin. Nampak sangat dia bosan and lost! Dia duduk je melepek kat sofa. Baring... Tonton tv dgn ibu & ayah... Langsung tak aktif. Makan pun dia tak selera...
Sedih saya tgk. Biasanya, dia akan melasak dgn Nurin. Dia lebih banyak ikut apa yang Nurin buat. Nurin tu macam mentor dia... Teman bermain, bergaduh, melompat, makan minum... Syuhada sure rindu Nurin bagai nak gilos...
Sedih saya tgk. Biasanya, dia akan melasak dgn Nurin. Dia lebih banyak ikut apa yang Nurin buat. Nurin tu macam mentor dia... Teman bermain, bergaduh, melompat, makan minum... Syuhada sure rindu Nurin bagai nak gilos...
"Sabar yer dik, Sabtu nanti kakak balik... Malam ni ibu bawa adik tgk wayang ye..."
7 Comments
betul la aida,
ReplyDeletenieza pun kalo tinggalkan salah sorang kat nursery mula la nengok anak cam cacing kepanasan.
derang dah biasa bertekak & bergaduh kan ... kihkihkih
sian syuhada...pernah kena cenggini kat baby hambali masa hanafi duk seminggu kat seremban, dua2 ngamuk jer & grumpy..pelik jugak coz kalau depan mata tu slalu berebut mainan, dah jauh2 reti pulak nak rindu...macam2..
ReplyDeleteskarang ni hanafi tak ke nursery sampai 17hb ni, sian kat adiknyer...kena pamper2 habis-habisan aida syuhada tu
ala siyannya..
ReplyDeleteda bosan da tu..
umpan tgk wayang!!!!@!~
ReplyDeleteye la...
ReplyDeletedia sunyi. biasa berteman
ni tggl sensorg..
nurin ok ke kt srwk???
sian syuhada... sabar ye tunggu kakak balik.. jgn sampai deman rindu dah ye..
ReplyDeletetu la... amat sedih melihat syuhada.
ReplyDeletebertambah sedih bila dgr kata mak, nurin pun mood down di sarawak...
AMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.