Sebak bila tonton berita tentang arwah anakanda Shafiah Humairah.
Innalillah... Moga Allah cucuri ribuan rahmat ke atas roh arwah.
Sedih... Geram... Marah... bercampur baur!
Kepada lelaki jaha*am itu.
Dan juga kepada ibu kepada arwah yang sedang PREGNANT 4 bulan tu !!!
Syuhada sebaya dgn arwah.
Kiranya melihat Syuhada diperlakukan sedemikian rupa oleh orang yang BERFIKIRAN TAK WARAS, sudah pasti saya amuk!
Kenapa kes penderaan Shafia tu berlarutan... berpanjangan... berterusan... ?
Buta kah ibu nya ?
Pekak kah ibu nya ?
Waras kah ibu nya ?
Bersekedudukan dengan seorang lelaki bukan muhrim yang mendera anak nya HINGGA MATI !!!
Emosi saya melihat berita tatkala si ibu itu pengsan dan dipapah orang.
Baru nak pengsan ???!!!
Si lelaki jaha*am tu patut diheret ke muka pengadilan - HUKUMAN MATI !!!
Si ibu juga perlu diheret...
Agar menjadi satu teladan kepada IBU-IBU yang lain...
Tiap kali selepas saya marah Syuhada dan Nurin, pasti saya akan memeluk mereka erat.
Cium pipi mereka berkali-kali.
"Tahu tak kenapa ibu marah ? Sebab ibu sayang..."
Saya sering kali mengingatkan mereka berdua tanpa henti.
"Kalau orang yang kakak dan adik tak kenal, jangan dekat. Kalau orang tak kenal bagi duit ke, coklat ke, belon ke, jangan ambik! Orang tu jahat! Nanti orang tu tangkap kakak dan adik, da tak boleh jumpa ibu ayah... Tak dapat minum milo dan susu... Nanti orang tu pukul kakak dan adik macam dalam tv tu..."
Sehingga sekarang ni, Nurin da boleh ulang pesanan saya tu...
Semakin hari, semakin takut nak biar kan anak2 dara saya bersendirian di luar.
Tak nak perkara buruk yang berlaku dalam keluarga.
Bila da berlaku nanti, menangis air mata darah sekali pun, takkan berubah nasib kita masa tu...
JAGA ANAK-ANAK DI TAHAP YANG MAKSIMA...
Ramai orang tak berfikiran waras di luar sana...
8 Comments
memang geraaaaaaaam sgt kat lelaki yg tak siuman tu...dan lebih nak marah lagi kat maknyer tu....katanya dah byk kali kena dera..byk kesan2 kat badan..maknyer tak perasan ke?eeeeeeee tak taulah nak kata apa..kita ni..anak kena gigit nyamuk pun perasan!ni kan pula kesan2 kena puting rokok..lebam2 apa semua...penagih dadah tu..sebelum kena hukuman mati..rotan dulu cukup2! eeii geram niii
ReplyDeletesetuju sgt. sama cam akak, hari2 pesan kat siratu tu, time tunggu abg kat skolah, kalo sesape yg tak kenal nak bagi gula2, coklat jgn amik, jauhkan diri dari org yg kita tak kenal. pada abg pun akak pesan perkara yg sama, bukan budak pompuan aja yg hilang, budak lelaki pun ada gak yg hilang, sungguh bahaya dunia sekrg. slalu berdoa semoga Tuhan lindungi kita semua dari perkara yg tidak diingini
ReplyDeletewayang lebih jek la mak dia tu..
ReplyDeletenyampah aku tgk sokabar smlm duk peluk2 buku arwah ank dia pastu kunun2 menyesal.
dah terlambat!!~
ni namanya letak otak kat kepala lutut.. budak2 mmg ler nakal skit.. tp takan nak didik sampai membunuh... kucing pun kita sampai hati nak
ReplyDeletesalam kenal puan,
ReplyDeletekisah ni amat memedihkan..sama seperti kisah dera yg lain. inikah balasan kepada kita umat islam akhir zaman? ramai yg leka dan tidak berfikir..paling teruk takut pd kemungkaran-tidak mahu menegur. sy juga menangis ketika mengetahui ttg kisah arwah..nampaknya bidadari syurga ini lebih disayangi Allah b'banding keluarganya :)
salam perkenalan. melor juga setuju gan aida. kita patut jaga anak2 kita semaksimum yg boleh dunia sekarang dah semakin teruk.
ReplyDeleteBetul tu aida..mcm2 kes skrg ni..semuana melibatkan kanak2..pasal kes Shafiah Humairah..mmg..ibunya jg patut terima hukuman jg spptnya..Ibu apa mcm tu...sggp biarkan teman lelaki memperlakukan sesuka hati pada anak sendiri...
ReplyDeletesalam aida...
ReplyDeletetu la pasal..harap dapat pembalasan yang setimpal bagi perbuatan kejam nih...
AMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.