Ni post happy, tiada lelehan air mata lagi masa type ni hi hi hi... Al-maklum la, pagi jumaat kan. Ptg karang abis keje terus pecut balik Bukit Katil yahoooo!
Chit chat start dgn update on Ain Syuhada, baby no 2 ibu...
- da 3 tahun 5 bulan...
- memang becok. aduhai, ada je perkara yang diborakkan. nasib baik la dia tak pelat, boleh la layan lagi sebab faham hi hi hi...
- memang suka buli kakak nurin. cubit la, tarik rambut la, tolak la... nurin tu da la lembut lemah gemalai. lebam sana sini keje dek adik...
- malas kemas mainan lepas main. nurin juga jadi mangsa mengemas.
- tak suka ikat rambut! kena pujuk rayu baru boleh ikat rambut nyer yang kerinting tu...
- apa kakak buat, dia pengikut yg setia...
- suka sangat dgn UPIN IPIN dan MR. BEAN... ni la dua kartun yang boleh buat dia dok diam depan tv. kartun lain kurang sikit tarik perhatian dia.
- penakut dgn swimming pool. sepanjang berada dlm swimming pool, dia akan menangis, sedih, murung... nurin dulu sejak kecil suka mandi swimming pool. syuhada ni tak mau plak...
- sejak saya keje jauh ni, syuhada agak cengeng terlebih la... pantang salah skit, sure dia nangis. pening saya!
Frankly speaking, saya lom start secara betul-betul lagi homescool dgn syuhada. Dia selalunya secara tak langsung hasil dari aktiviti belajar dgn nurin, syuhada akan dok sebelah, anywhere around nurin. Ini yang dok buat saya terkilan...
-IBU SAYANG ADIK-
3 Comments
takpe..bdk2 mcm ni akan cepat berdiri. aida pun senang nanti... :)
ReplyDeletesian syuhada kan? mcm tak diberi perhatian... hmmmm...
ReplyDeletesalam,
ReplyDeleteDua orang yang berbeza, namun dari seorang Ibu yang same...yg sgt menyayangi mereka....bertuah Syuhada dan Nurin ...hihi
AMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.