Sampai bila la nak gini??! Ayah di utara, ibu di selatan... anak-anak di tempat yg lain. Tak dapat ibu nak attend sebab subuh esok ibu da ke JB.
Mesti org kata, "Relax la, ko rehat. Malam karang ko tido awal. Bertenaga skit subuh esok nak jalan"... Yes. Saya pun rasa camtu. Dok tonton tv... Layan internet... Tidur awal. Tapi baru kul 7:34 pm saya da rasa resah... rasa kosong... RINDU!!! Menderita dalam rumah sendiri....
Sampai bila la nak gini??!
Ada tak sesape yg membaca ni kenal ORG BESAR KASTAM DIRAJA MALAYSIA yg membolehkan saya ditukarkan ke Melaka secara serta-merta???!!!
Nasib baik saya now keje dgn gomen. If swasta, memang da bagi notis resign 24 jam. Tu jer satu-satu nyer sebab saya masih bertahan - SAYA KAKITANGAN KERAJAAN MALAYSIA. Masih bertahan...
7:20 pm tadi called Nurin. She said, "Ibu cakaplah dgn bos ibu hantar ibu keje dekat rumah, tak payah la hantar Nurin umah mak ngah..." I replied, "Nanti ibu cakap lagi yer kat bos ibu. Bos ibu tak nak dengar cakap ibu la kakak..." "Nanti ibu amik Nurin, biar Nurin cakap dgn bos ibu. Mesti bos ibu dengar cakap Nurin tau, ibu..." "Ok sayang. Nanti ibu amik Nurin yer..." Sebak rasa nyer dada ni...
*
*
*
*
*
*
*
*
*
::::: Gambar kami few weeks ago - kat kg, kenduri kawin sedara :::::
::: Ayah & kakak Nurin :::
::: adik Syuhada busy dgn jajan dlm goodie bag :::
::: Ibu dan Ayah... weekend couple :::
*
*
*
*
*
*
*
*
::::: Gambar kami few weeks ago - kat kg, kenduri kawin sedara :::::
::: Ayah & kakak Nurin :::
::: adik Syuhada busy dgn jajan dlm goodie bag :::
::: Ibu dan Ayah... weekend couple :::
p/s : i love you so much, Ayah...
Ok... Pohon undur diri dulu yer. Nak solat maghrib, tenang kan fikiran, jiwa dan raga yang serba sedih tak abis-abis nih!!!
10 Comments
sian aida ya..sue seakan merasa juga keadaan tu..Huhuhuhu..hope doa aida nak tukar tu dimakbulkan Allah lah..ssh hidup bila berjauhan ni..huhuhuhu
ReplyDeletealahai .. sedey nyer...
ReplyDeletekena duduk jauh ke? berapa lama dah?
ReplyDeletedulu suami saya kerja kat JB, sampai kahwin. Dia terus apply tukar lepas kahwin, tapi akhirnya ada rezeki bertukar juga. Aida kena banyak berdoa pada Allah. Insya Allah akan diberi jalan.
Entri Terkini: Rumah Sendiri
hye tq follow saya :)
ReplyDeletealahai sedihnyap bila part terpaksa berpisah dgn anak.
baru je ke kena PJJ ni? Sabar eh, insya allah masih ada jalan utk dapat kembali bersama satu family
bersabarlah dengan ujian yang sedikit ini..bersyukur dgn apa yang kita ada..insya Allah..semuanya akan baik nanti..yakinlah ada 1001 hikmah yang tersurat dan tersirat puan...slm ziarah dari bumi Jordan!
ReplyDeleteAida...
ReplyDeleteAra pon sama jugak...sejak november 2009 sampai skrg masih lagi berulang alik saban minggu segamat-temerloh...
permohonan tukar dah buat tapi masih tak dilayan....huhuhu...
abah lak sakit sekarang...huhuhu...
sampai bila lah nak gini kan :-(
sedihkan bila terpaksa berpisah ngan anak2. akak ingat lagi masa en. abah keja kat kelantan, akak kat kedah, setiap kali dpt berjumpa mmg happy sgt, tapi bila time berpisah, akak dah tak malu, akak nangis kat situ ja, kesian bila tengok ami nangis nak ikut abah, sebak rasa dada ni. sabarlah aida...insyaallah setiap doa hambanya, cepat atau lambat, akan dimakbulkan tuhan
ReplyDeletekalo suami yg dok single & weeknd husband ni biasa.. tp kes aida ni memang unik.. ibunya yg dok single & weeknd wife n mummy...
ReplyDeleteInsya ALlah, semoga dipermudahkan urusan pertukaran aida & semoga dipercepatkan...
berdoa ? sentiasa! sepanjang masa! tak kira tempat, di mana saje. Moga Allah makbulkan permintaan ku...
ReplyDeleteUMMU FAQEH : yes. dugaan Allah beri utk uji aida & hubby. aida terima dgn positif. sedar akan kebesaranNya. moga ada hikmah yg baik atas semua dugaan ni...
KAK YONG : tu la yg KRONIK nyer kes ni. terutama kpd anak-anak ku yg kenit 2 org tu, kak. sian mereka... lain dari yg lain...
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.