Tak dpt anta akak sekolah.
Tak dpt amik akak ptg.
Tak dpt suap akak makan tiap-tiap malam.
Tak dpt belajar sama-sama akak tiap-tiap hari.
Tak dpt popok kakak sebelum tidur...
Kakak, ibu harap kakak faham.
Ibu keje jauh, cari duit.
Nak beli barbie utk kakak nanti.
Nak beli buku mewarna byk2 untuk kakak.
Nak saving utk kakak byk2, senang akak bila da sekolah nanti.
Nak beri semua dlm dunia ni utk kakak & adik...
Kakak, ibu nak kakak tolong ibu.
Jaga adik.
Jaga ayah.
Jaga rumah.
Jaga diri kakak sebaik2nya.
Ibu sayang kakak, adik dan ayah.
Ibu da doa semalam tau.
Semalam Nisfu Sya'aban, Allah boleh bagi apa kita minta tau.
Allah kan Maha Dengar kita nak apa.
Allah da Dengar permintaan ibu.
Kakak jgn risau, Allah da Dengar...
Kakak, jgn lupa doa ibu cepat balik rumah.
Boleh kita borak before tidur tiap malam.
Boleh kita membaca bersama.
Boleh kita makan sama-sama.
Boleh kita gi kedai sama-sama.
Boleh kakak & adik tolong ibu masak!
Kakak, ibu tahu kakak sedih.
Meskipun kakak baru jer 5 tahun, ibu tau kakak pendam rasa.
Adik... dia luah, dia kata, dia nangis...
Kakak... tidak...
Kakak diam jer, senyum jer...
Linangan air mata kakak menitis tiba-tiba!
Kakak, kakak anak baik.
Sabar jer dgn adik.
Selalu kena marah dgn ibu meskipun bukan salah kakak.
Bukan kakak yang buat.
Bukan kakak yang mulakan.
Namun, kakak tahu kan adik tu cengeng??!
Kakak selalu komplen...
Nurin jer salah!
Nurin jer kena!
Adik je dpt!
Nurin tak dpt!
Ibu tahu kakak betul.
Ibu tahu kakak tak byk cerita, mengalah jer.
Ibu tahu kakak baik...
Kakak, kakak tahu tak yang adik tak bleh hidup gembira tanpa kakak?
Dia rindu kakak.
Kalau kaka takde, dia mesti tanya byk "Nurin mana?"
Kakak pun tak bleh tanpa adik, kan?
Kalau kita gi shopping berdua, mesti kakak amik brg dua.
"Untuk Syuhada..."
Kakak... Kakak... alangkah bagusnya if kakak boleh baca apa yg ibu tulis ni.
Alangkah best nya if kakak dpt reply...
Alangkah gembira nya ibu if kakak dpt share perasaan dgn ibu.
Alangkah lega nya if ibu dpt cungkil perasaan yang kakak pendam.
Kakak ingat tak coretan love & reben kakak buat ibu & ayah ni?
*
*
*
*
*
*
*
*
*
"Satu untuk ibu... satu untuk ayah"
Ibu tempek kat peti ais... Comel!
Ibu tempek kat peti ais... Comel!
Kakak... dengar sini...
Di mana pun ibu berada...
Jauh mana pun ibu dari kakak...
Kakak tetap ibu rindu...
Kakak cahayamata ibu yg buat hidup ibu & ayah ceria.
Kakak anak miracle yang mengembalikan seluruh kasih sayang yang pernah ibu & ayah hilang. Kakak jadi penyambung nyer...
Kakak la anak itu...
Kakak menambat hati semua.
Cucu sulung kesayangan atuk... wan...
Anak sedara sulung yg semua org sayang...
Mak long, Mak ngah, Pak Lang, Mak usu...
Semua mencurahkan sepenuh kasih sayang pada Kakak...
Hingga kini Nurin tetap no 1, meskipun Nurin da ramai adik-adik...
Kakak, i love you... i miss you...
9 Comments
tetiba berlinang airmata baca kata2 tu... pandai nurin lukis....
ReplyDeleteaida...tak lama lagi kakak akan pandai membaca...dan satu masa bila dia baca ni...pasti dia akan tahu yg dia mempunyai seorang ibu yg amat menyayanginya!
ReplyDeletewahhh sedihnya...sabarlah aida...sob..sob..sob..sedih akak
ReplyDeleteHuhuhuhu...sedihnya aida. Mesti u nangis masa type N3 ni kan.
ReplyDeleteBuat kakak, ibu tetap syg kakak (^_^), jgn sedih² yer.
Aida...
ReplyDeleteBerlinang juga air mata Ara baca entry ni ...so sad...hanya yang melalui detik2 berjauhan mcm ni je yang akan faham...dan kita sama sj...
Masing-masing berdoa utk dekat dengan yang tersayang....
Ara & Aida kena sabar lagi...hope permohonan pertukaran tempat kerja kita diambil perhatian....
CIK TIE : .... terlalu menyayangi Nurin !!!
ReplyDeleteFIZA : lama aida amik masa type tu. air mata yg bergenang mengganggu editing process hi hi hi...
ARA : tu la kan... nak tunggu tu yg SEKSA!!!
sedihnya bc entri aida ni...sabar ye, biasa la anak sulung selalu hadapi perkara yg sama..nanti nurin besar dia bc dia tau ibu dia sayang dia...hehehehe
ReplyDeletealahaiiiiiiiiii..sayunya bila abis baca...uuhuhu..
ReplyDeletemamaD yg dok umah senantiasa ni pun kekadang terleka ngn danish tu..uuhuhuh..
tp ape salahnya kita sntiasa mmprbaiki diri masing2..moga2 anak paham ngn situasi kita kan..:)
alahai ...
ReplyDeletekuat betul semangat aida,
nieza nak tinggalakna 3hari pun pening kepala pk, tue la pengorbanan seorang ibu kan aida. Kuat semangat aida.
AMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.