Teringat cebisan ceramah Dato' Dr Fadzilah Kamsah, kata nyer - berniaga bulan Ramadhan ni byk dpt pahala. Sebab kita ringankan beban org yg berpuasa dgn jual makanan. Org beli, memudahkan utk berbuka. Memang org yg berniaga mendapat byk keberkatan.
Tapi, nape org berniaga ni dlm fikiran mereka NAK UNTUNG. Harga naik, brg makanan sikit or kecik. Kalau nak naik harga, kuantiti maintain la! Pesal nak kurangkan?!
Mana keikhlasan?
Mana nak dpt keberkatan!
Tadi nak beli kuih.... "5 kuih 2 ringgit kak"... "Nak beli hanya singgit jer, bleh ke?" ... "Tak bleh kak" ... "Alahai dik, akak sorang la hai nak makan..." Saya senyum meleret ler konon nak minta belas kasihan... "Brg mahal kak. Tak bleh la nak jual singgit je. Tak balik modal" Cara dia reply saya tu agak kasar, dgn memek muka nyer yg amat buat saya tersinggung.
"Kalau camtu, awak makan jer la kuih yg byk ni sendiri... Sedap ntah ye ntah tak, mahal nak mampus! Kurang ajar plak tu. Kuih awak punyer, duit saya yg punyer, rezeki org lain la pergi nyer duit saya ni. Blah la ko..." Saya dgn member pun jalan, masuk JB Sentral. Beli la cup corn 1.
Langsung takde sifat bersedekah. Setakat kuih kaswi & kuih talam berlauk, brape byk la sgt modal nyer. Singgit 3 biji pun da byk pulang modal tau.
Hmmmm... Tu la kan. Dalam pe keadaan sekalipun, peniaga makanan takkan pernah rugi. Minyak naik beberapa sen 1 kg, nasi lemak naik 30 sen sebungkus. Kuih naik 10 sen sekeping. Taufu fah naik 20 sen, tapi mangkuk nyer kecik la plak. Ayam da sampai RM2.50 seketul, tapi ayam kurus tak cukup makan, harap tepung goreng jer tebal.
Betul la kata abah saya, bahawa, berniaga 24 jam sekalipun, orang tersebut tak pernah kaya @ senang. Rezeki tak berkat. Mengundang sumpah seranah org, terutama di bulan Ramadhan...
Tu jer bebelan naluri saya yg membara skang ni.
Nak balik berbuka...
8 Comments
agreed! ..
ReplyDeleteyg herannya.. bln x pose blh pulak 3 singgit...
ReplyDeletehaah kan.. kalo dah 5 ketul 2 hengget jual la seketul 4posen . tah apa la masalah org meniaga makanan skang ni.. nak cepat abes jual.. tp rase kelaut..
ReplyDeletedia nk suruh kuih dia abes jugak la tu. paksa-paksa plak eh.. mmg bernas benda yg aida buat tu..pengajaran buat dia
ReplyDeleteklu xder niat sedekah, mcm ni la jadinya...sepatutnya diaorg ni la nak rebut pahala bagi org pose makan.
ReplyDeleteek eleh.. kekwat lak dia ek
ReplyDeletebelum tentu kuih tu sedap
takpe da.. banyak lagi kedai lain jual kuih kan?
tu la.
ReplyDeleteaida memang da serik beli kuih kat PARAM ni.
nyampah!!!
better la beli makanan lain.
hati pun tak sakit.
aida,
ReplyDeleteyg menjual tu tak reti matematik kot... hahaa....
walhal leh jer jual 1 ketul 40sen kan... ish ish..
tu la org meniaga ni seme nak untung.. mujur la kat tmpt kakyong masih ade area kg lagi.. so kalo takat nak beli kuih 3 rm1 tu okeh lagi.. kuih pun masih boleh tahan besor...
AMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.