Sedang berehat-rehat setelah selesai urusan pernikahan & majlis.
Tetamu beredar pulang...
Lega nya hati ni, Allah saje Maha Mengetahui.
"Terima kasih Ya Allah, waktu ini dtg juga akhirnya.
Aku tidak lagi sendirian..."
Aku tidak lagi sendirian..."
Hubungan yg bermula di alam maya awal tahun 1999...
Saya di Lembah Pantai, hubby jauh nun di Bolton...
Mengenali nya sejak dari akhir tahun 1999 after hubby abis belajar dan balik m'sia...
Pertemuan pertama - Central Market...
Jatuh cinta di pertengahan tahun 2000...
Bersama-sama memulakan persahabatan yg lebih rapat dari sehari ke sehari...
Ambil tahu urusan masing-masing...
Mengenali keluarga... sanak-saudara...
Hingga hari ini, 7 tahun yang lepas, muncul...
Allah saje yang tahu betapa "sukar"nya jalan sebelum hari ini...
Apa saje dilakukan demi merealisasikan impian bersama.
Diiringi oleh doa yang tiada berpenghujung kepada Tuhan.
"You... I pohon jutaan ampun & maaf...
Halal kan makan & minum I selama ni...
I degil, I tahu... Tapi, I sayang you sepenuh hati!
Degil I ni menurun kat anak-anak kita, kan? hi hi hi...
Tahun ni, I tak dpt nak masakkan you everyday.
Thanx sebab izinkan I pergi keje.
Thanx sebab berkorban demi I dan anak-anak.
Thanx sebab amik alik tugas I sebagai ibu di rumah.
You adalah satu dalam sejuta!You adalah pilihan terbaik...
You adalah nyawa I...
Lastly, ingat tak ni -
I love you, I miss you, mmmmuah...
Ni trademark goodbye kita waktu bercinta, jgnlupa!"
5 Comments
alahai...bestnya baca. moga berkekalan hingga akhir hayat...betul aida, klu suami x izin kita keje, haram duit gaji yg kita dapat tu.
ReplyDeleteini antara hikmah Allah jarakkan sekejap aida dan suami.... kasih sayang semakin kuat, lebih menghargai diri dan pengorbanan masing2...sentiasa merindui satu sama lain. Terimalah ujian Allah dgn hati terbuka...jgn putus mengharap dan berdoa kepadaNya...
ReplyDeleteANA - tu yg pasti. kita keje pun utk bantu ringan kan beban suami, kan? duit tu se perkara, berkat tu perkara yg lebih penting....
ReplyDeleteCIKTIE - sesungguhnya apa yg Allah tentukan tu ada hikmah nyer, kan... cuma kita ni jer yg kuat atau tak nak lalui nya.
ReplyDeleteaida sentiasa 24 jam berdoa... harapan demi harapan demi harapan... insya'Allah...
wahhh...percintaan jarak jauh... rockler ucapan aida buat suami, hehhe
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.