... nak menggambarkan gembira nyer hati, kerana pagi jumaat telah muncul Hujan dari seawal jam 4 pagi telah turun membasahi bumi Johor Bahru. Sejuk! Nyaman! Bercinta nak bangun sahur and gi keje ...

... nak menggambarkan betapa tak sabar nyer nak balik ptg nanti. Anak-anak tak sihat. Pagi tadi, jam 5:15 pagi seperti biasa call hubby, Nurin yg jawab!

"Eh! Nape kakak bangun, sayang?"
"Sakit perut..."
"Abis tu, kakak buat apa tu?"
"Tgk tv..."
"Ala sian anak ibu. Nanti kakak suruh ayah sapu minyak yu yee kat perut ye. Baru lega..."
"Ok bu..."
"Malam ni ibu balik tau. Kakak tunggu ibu ye..."
"Yey yey... ibu balik..."

::: Nurin darling, buah hati ibu & ayah :::


... nak saya gambarkan betapa sayu nya hati mengenangkan anak-anak yang da tak sihat sejak hari selasa lepas. Syuhada batuk selsema. Nurin batuk semput. Sakit perut pula... Kesakitan mereka berulang-ulang-ulang-ulang tanpa henti sejak berbulan-bulan lama nyer. Last year, mereka langsung tak demam, sihat, aktif, cerdas... Tahun 2010 ni tahun 'sakit' nama nyer...

... nak dikata berkaitan dengan hari-hari lepas berbuka di JB. Isnin dan Selasa saya berbuka di rumah, bersama housemate. Meriah dgn makanan, sharing. Hingga tak terhabis! Makan dan makan, lepas balik dari masjid menunaikan terawikh, sambung makan lagi. Alhamdullillah, hilang juga rasa sebak berbuka tanpa hubby dan anak-anak. Rabu kami berbuka luar. Sempat jalan-jalan ke mall, shopping brg dapur sama-sama. And yesterday, saya berbuka dgn geng-geng ofis pula. Malam ni harap nyer dpt la berbuka dgn hubby dan anak-anak...

... nak diluahkan lagi... Pasrah dengan ketentuanNya. Nak nangis, tak guna... Nak marah, tak baik salahkan takdir... Nak terima seadanya, sukar! Tgk anak orang, teringat anak-anak yang jauh. Rindu...

::: Syuhada sayang, baby ibu & ayah :::


... lain yang hendak saya katakan dan pohon Ya Allah Ya Tuhan ku... Kau dengarilah rayuan dan rintihan hati ku. Kasihani la anak-anak ku yang tak berdaya. Kasihani la suami ku... Kau makbulkan la doa kami. Kembalikanlah kehidupan kami yang gembira bersama-sama di bawah lindunganMu, Ya Allah! Sesungguhnya Kau Maha Mendengar dan Maha Besar...

Photobucket