Sabda Nabi s.a.w.: Bahawa puasa Syaba'an kerana membesarkan Ramadhan. Siapa yang berpuasa tiga hari daripada bulan Sya'aban, kemudian dia bersalawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa maka di ampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu, diberkatikan rezki baginya, antara lain sabdanya lagi: Bahawa Allah Ta'ala ...membukakan pada bulan itu tiga ratus pintu rahmat.

* * * * *

Saya nak mula dedahkan secara serius - PUASA, RAMADHAN, KURMA kepada Nurin. Meskipun, waktu bersama Nurin this year kurang. Harapnya, masa yang singkat bersama itulah yang bermakna. Dia pun memang da tahu skit skit. Ni conversation saya & Nurin pagi tadi on the way to tadika.

"Nanti kakak puasa tau."
"Bila bu?"
"Esok... Nanti petang pukul 7:30 ptg baru boleh makan."
"Nurin tahu bu. Puasa tak boleh makan, minum. Teacher ada cakap semalam."
"Elok la tu. Nanti esok petang berbuka puasa ibu masak sedap-sedap. Nurin cakap je Nurin nak makan pe."
"Tapi bu, minum milo (susu) boleh tak?" Saya senyum jer pandang dia...
"Tak boleh juga kakak. Minum of makan semua tak bleh tau...." Nurin angguk...

Thinking... nak beri or not... hmmmm...

* * * * *

Puasa adalah satu masa yang amat baik utk sesiapa yang nak turunkan berat badan dengan sihat dan semulajadi. Kerana... puasa membersihkan usus-usus, memperbaiki kerja pencernaan dan mengurangi kegemukan serta lemak di perut. Then, secara semulajadi nyer waktu puasa ni time makan kita da kurang, kan? Maka, sape yg nak diet sihat, start esok - 1 Ramadhan... Insya'Allah....

* * * * *


::::: PERTAMA ::::: jangan tinggalkan sahur :::::

Sabda Nabi s.a.w. : Sahurlah kamu, kerana dalam sahur terdapat berkat yang besar.
Pilihla menu yang mengandungi makanan berserat dan berprotein tinggi. Hindari makanan yang manis-manis!!!

--> ambil daging putih (ayam, ikan) berbanding daging merah kerana ia berprotein tinggi dan senang dihadamkan.


--> menu jangan terlalu pedas! sebaiknya buat hidangan berkuah sepaya kuantiti air banyak.

--> elakkan makanan berlemak ketika bersahur untuk mengurangkan rasa lapar di siang hari.

--> makan makanan yang tinggi kandungan fiber untuk tahan rasa lapar di siang hari.


--> amalkan makan kurma waktu sahur.

--> jangan lupa minum air yg banyak waktu sahur!



::::: KEDUA ::::: jangan tangguhkan waktu berbuka :::::

Setelah seharian tahan lapar dan dahaga, maka, kita harus berbuka tepat pada waktunya! Kalau zaman saya kanak-kanak dulu, hmmm memang da berbaris dok kat meja makan setengah jam awal kot! hi hi hi... Pernah juga terminum, termakan dulu... Tak sengaja...


--> makanlah kurma ketika berbuka. kurma adalah pemberi tenaga segera kepada tubuh. ini penting untuk menormalkan kadar gula dalam tubuh kita.

--> jangan minum air bergas, akan timbulkan masalah pada perut nanti!

--> berbukalah dengan minuman yang panas, hangat atau suam. Jangan minum air sejuk kerana ia akan membuatkan anda sentiasa rasa haus, perut kembung dan menyebabkan lapar di tgh mlm.

--> Berbuka puasa dalam keadaan bertahap. Jangan telan semua makanan yang ada sekaligus. Sebaiknya, makan sedikit dahulu and tunaikan solat maghrib. selepas itu, baru makan dalam kuantiti yang lebih banyak. ini agar perut tidak terkejut!!!



::::: KETIGA ::::: atur menu makan anda :::::

Kena la atur juga walaupun waktu makan da kurang and beza. Kena tengok apa yang kita makan. Jangan main baham jer ketika berbuka. Maklum la, bazar Ramadhan tu pun memang buat kita jadi singa laparrrr....



::::: KEEMPAT ::::: bersenam :::::


Jangan terlalu berat. Sekadarnya... Lepas balik keje tu, before mandi, mungkin skipping di dalam rumah. Or, kalau banyak kudrat, jogging sekeliling rumah. Jangan over!!! Sekadarnya... Tak bermakna tak makan, tak bersenam... Or, mana-mana yang rumah flat, naik turun tangga...



SELAMAT BERPUASA KEPADA SEMUA FRIENDS.
MOGA TAHUN NI RAMADHAN KITA DIBERKATI SEPENUHNYA.
PUASA TEKAK &PERUT.
JANGAN LUPA PUASA MATA, TELINGA, MULUT, TANGAN & KAKI.
INSYA'ALLAH...


Photobucket