Untuk semua followers & friends semua yg listed kat bloglist aida & silent reader yg singgah blog aida ni, sudi-sudikanlah amik & gantung kad raya dari aida sekeluarga kat atas tu. Gantung kat blog korang yek...
Maaf zahir batin dari aida...
Hah! Back to PONTENG PUASA...
Semalam kul 3 ptg, saya turun la ke cafe bawah utk amik makanan berbuka puasa - nasi beriani ayam. Buka jer pintu belakang cafe, jalan shortcut, ternampak la 3 lelaki sedang busy amik ais ketul utk dimasukkan ke cawan berisi air milo or teh or nescafe (warna coklat). Bukan main riuh mereka bertiga.
Bila saya masuk jer, 3 of them terus terdiam. Saya plak masuk pakai uniform.... Hah, kantoi!!!! Tapi bukan warga kastam la. Warga organisasi lain... Saya terdengar one of them bercakap after saya jalan, "Kan aku da kata, ada juga org lalu sini la!"
Abis jer amik makanan, lalu situ gak saya ni hi hi hi... Jejaka 3 orang tu dok diam kat tepi dinding WITHOUT cawan-cawan air tu. Diam jer mereka.... Saya pun jeling & senyum kat one of them.
Biarlah mereka dgn dunia mereka.
Antara mereka dgn Allah...
13 Comments
hahahaha...kan dah kantoi.
ReplyDeletepatutnye aida nasihat je diorg sekali :P malu je kan, adik ipar sy yang umur 7 tahun, setakat ni baru 2 hari ponteng puasa..
ReplyDelete1st ponteng sebab mak goreng rempeyek, dia terliur lagipun mmg faveret dia
2nd day ponteng sebab dia tgk sy tak puasa (bendera jepun) pastu dia kata"mak, adik buka ye, sebab adik uzur,macam kak ina!"
adeh....tapi mmg respek lah lepas2 hari tu, puasa nye penuh!
Ler... kot ya pun tak posa, makan la kat rumah, nape makan kat kedai. Pelik...
ReplyDeletesiratu akak tu pun, puasa 1/2 day ja, pastu dah tak tahan, tahun depan la baru dia nak start posa penuh, mmg kelakar
ReplyDeletecess!!depa nk buat jahat tk cover line...huhuhu
ReplyDeleteerm aida, lisa dh amik kad raya erk.. macih byk tau
ReplyDeleteCAT : bukan nyer tak nak tegur. tapi, da tua! kita balik segan nak tegur dia. and, takkan tak tau hukum hakam. pastu kat tempat keje plak tu!!!!
ReplyDeleteYATI : tu la pasal... kalau nak ingkar suruhan Allah sekalipun, ingat-ingat la ada manusia di sekeliling... ni nama nyer tak berakal!
ReplyDeleteLISA : tq very much. love you!
ReplyDeletekantoi! bikin malu je lah diorang ni.
ReplyDeletesuka2..eija dtg amik kad raye ye..tenkiu..
ReplyDeletehahahaa..apa daa x posa..kantoi ngan org pompuan plak tu..
tq kasik kad raya.nnti saya amik
ReplyDeleteish ish ish
ReplyDeletengape ler dah tua bangka takmo nak puasa
camne nak jadi contoh kat anak2 nanti
hmm.. macam2!
eh, cantik kad raye! TQ =)
AMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.