3-6 disember ari tu saya ber holiday sakan di langkawi...
hotel city bayview...
3hb tu dari rumah kami ke KLIA kul 5 pagi! kanak-kanak da dikerah bangun tidur kul 3:30 pagi! dek kerana dari before da meng excited kan mereka dgn langkami, therefore tiada masalah la nak kejut diorang pepagi tu...
yg gi - saya & famili, kakak & famili, emak, abah, adik bongsu & angkut bersama 1 anak abang dan 1 anak adik.
tiba langkawi at about 10:30 pagi... best!
dpt cek in awal kat hotel - kul 11:30 pagi. then, tak lengah lagi, kami gi lunch. memandangkan hotel kami memang strategik, tgh bandar, jalan kaki jer la... saya dan kakak pe lagi, start shopping da jumaat tu. dpt best price plak kat kedai haji ismail group. best...!
hari ke2, island hopping !!!!
:::::::::: anak-anak saya & anak-anak buah perempuan semua saya sponsor baju serupa sorang 1 set khas utk program island hopping kami ::::::::::
bot yg laju teramat!!!saya amat la gerun... memandangkan saya terpaksa pegang nurin & anak buah, terpaksa la memberanikan diri.
melambung-lambung dek ombak laut!!!
kecut perut saya...
:::::::::: view dayang bunting dari laut ::::::::::
:::::::::: view dayang bunting dari jeti tasik ::::::::::
:::::::::: view dayang bunting dari jeti tasik ::::::::::
dari tasik dayang bunting, kami ke pantai beras basah.
mandi manda...
makan-makan tepi pantai...
lepak-lepak menghitamkan kulit di tepi pantai!
selain dari tasik dayang bunting & pantai beras basah, kami gi tgk helang.
but, tak dpt snap gambo, helang tu laju sgt sambar roti kat laut.
dpt amik video jek.
cantik betul helang-helang tu.
byk plak tu...
satu 'harta' langkawi yang perlu dijaga selamanyer...
balik dari island hopping, lepak hotel & sambung shopping.
swimming...
the next day, gi kampung mahsuri, pantai beras hitam dan naik cable car!!!
emak & abah tak naik because mereka da naik dah dulu-dulu.
aduhai, ramai nye org ahad tu nak naik cable car ni.
1 jam beratur nak naik and 1 jam beratur nak turun bawah!
penat giler mendukung anak-anak gilir-gilir dgn hubby.
then, frankly speaking, saya memang la serik tak nak naik lagi cable car ni.
gerun !!! gayat !!!
tambahan pula, time kami naik ni time angin kencang!!!
cable car tu berayun-ayun and membuatkan saya pucat lesi, terasa darah seluruh badan beku seketika!!!
dgr citer dari pekerja di situ, da 2 hari cable car tu tutup.
ahad tu baru buka for public, sebab tu ramai giler.
tutup sebab cuaca tak cantik.
dgr citer lagi dari driver taxi yg anta kami ke airport, isnin tu pun tutup!
hmmmm rezeki kami la dpt naik turun ahad tu.
mlm tu anak-anak tido lena tak hengat!
berpelukan berdua... hingga ke pagi!
before balik KL, kami jumpa Lang, mercu tanda langkawi...
best!
next year plan ke pantai timur plaks...
7 Comments
comel je budak2 tu pakai baju sedondon.
ReplyDeleteFeeewwwiiitttt....romantiknya
ReplyDeleteseronoknyaaaaa.. coti2!
ReplyDeleteannual leave saya ada 6 hari lagi
tetiba diorg kata takleh carry forward
huhu
harus la bercoti ad hoc jugak ni
HANIE : wajib cuti la gitu. pe lagi? roger roger la mana-mana hotel :-D
ReplyDeleteFARAH : hi hi senang nak identify diorang. lagipun nampak santai dan cute!!!
YATI : aida pun rasa nyer gi langkawi before this waktu sekolah rendah dulu!!! now, gi da beranak pinak dah hah hah hah...
bestnya bercuti kat langkawi.. puas ajak suami pergi.. tapi die tak nak.. kalo tempat enjoy macam genting baru die nak..
ReplyDeleteTeringat pulak dulu pernah naik bot ke pulau dayang bunting tu..ombak kuat sungguh..rasa bot tu terhempas-hempas jek...tambah risau minah arab yg naik sekali dgn kami tengah peknen 2 bulan! Nasib baik tak jadi apa-apa kat kandungan dia...
ReplyDeleteCUTE MUM : best gi langkawi. jalan-jalan & shopping...
ReplyDeleteEYNDA : ye ke? nasib baik x apa-apa dgn kandungan dia kan? aida pun memang takut giler! terhempas-hempas! kecut perut!!!!
AMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.