saya ngaku, saya kurang masa nak kemas umah.
mcm da kemas, tapi serabut!
gitu gini, gitu gini, sama jek semua.
husband memang le selalu komen...
sob sob sob sedih!
maklum la, umah kecik, harta banyak!
penuh setiap penjuru.
sayang nak buang, simpan...
sayang nak bagi org, simpan...
at the end, berhabuk!
but, last night tgk one tv programme, ada la dpt tips skit nak kemas umah :-
- ALMARI BAJU - kena ada klasifikasi. pilih mana2 baju yg kita nak pakai, giveaway or buang. part ni yg selalu kita fail. if can semua nak simpan, walaupun confirm takkan muat dah baju-baju tuh! then, kita lipat / gantung ikut warna / jenis. contoh, blouse hitam berderet... blouse merah berderet... baju kurung purple berderet... seluar putih berderet... therefore, kita dpt tahu kita ada byk baju warna pe, pattern pe... ini mengelakkan kita beli baju yg warna nya sama lagi or pattern yg berulang! ini mengurangkan tendency kita tak pakai langsung certain baju... dan tak le kita asyik pakai baju merah sepanjang tahun!!!
- RAK KASUT - pun lebih kurang sama dgn tips di atas. ni bleh save bajet jugak kan?
- DAPUR - jgn asyik beli pinggan mangkuk periuk belanga yg byk. mana nak simpan? at the end, tak pakai! maintain benda tu dlm kotak hingga ke akhir hayat... rak pinggan mesti la sesuai dgn apa-apa yg kita nak letak. jgn main letak jek hingga kita tak tahu apa di mana!!! label kan almari agar senang cari barang. if not, bongkar laci ni tak jumpa, laci sana takde... rupa nyer kat rak pinggan jek. sinki maintain kosong!!!!
kalau ada maid ok la. memang keje dia kemas umah.
but, tips kasut & baju tu paling saya berkenan.
sebab selama ni saya dok gantung, lipat ikut mana ruang yg kosong.
hi hi hi sometimes nak lipat baju pun time takde!!!!!
one thing nak share, pakar kemas umah saya adalah my beloved husband.
bila dia da pegang vacuum cleaner, anak-anak semua lari mencicit naik atas sofa.
ayah nyer memang akan concentrate mem vacuum, jgn ganggu.
then, bila da vacuum mesti la mop & lap.
husband memang akan end everything dgn feebreze.
wangi satu umah hi hi hi...
i like...
but, tu la masalah nyer sebab kami kurang waktu kat umah.
hanya weekend la baru ada aktiviti kemas umah besar2an...
but, weekend tu la baru nak enjoy, balik kg, jalan2 cari makan, tgk wayang...
home sweet home...
rumah kita menggambarkan kita, kan?
tu yg sedih tu bila tgk umah sendiri hi hi hi...
p/s : yahoooooo! blog ku da cantik!!!
simple, cerah, aman, tak serabut...
sofa empuk header tu saling tak tumpah mcm sofa umah mak saya kat kg la jiji...
hi hihi....
blog da kemas, the real home sweet home kat bkt katil tu still under renovation!
tq jiji for the surprise... i love u, jiji & hanz!!!
7 Comments
umah akak pun camtu le, tambah2 bila bebudak bertigas tu dah mula kluarkan menan, bersepah satu umah. tu belum lagi dgn buku lukisan, pensil kaler...jenoh mengemas lepas tu, dah la akak tak de bibik
ReplyDeletetu la kak kan. org nampak mcm kita ni tak kuasa nak ngemas @ malas. but, sometimes penat!!! tgk umah bersepah pun da penat.
ReplyDeletebagus tip simpan baju tu, sblm ni x pikir pun psl nk gantung ikut kaler, pasni leh la buat :D
ReplyDeleteaida,
ReplyDeletekakyong yg dok rumah ni pun tak terkemas rumah nan kecik ni...
kdg2 sengaja biarkan selerak.. sbb letih la, kejap2 nak kemas, kejap2 nak letak balik.. anak2 tgh kecik ni, adat lah rumah bersepah.. setengah org faham.. setengah org tak faham...
btw, cantik layout blog baru.. header tu yg mahal.. siap ade sofa merah lagi.... nampak exclusive...
SYARIZA : sama le kita. aida pun tak susun ikut warna...
ReplyDeleteKAK YONG : betul tu kak. kemas nyer kejap je, bersepah semula. anak-anak kita kan kanak-kanak ribena yg aktif, mana la diorang nak duk diam.
ReplyDeleteyes i like. segar mata memandang. tak serabut dah blog aida...
yes, most of us ada problem tu. konon nyer dlm almari tak nampak takpe. but, susahkan kita balik!
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.