sukacita...
dukacita...
semua bersama mereka inila segala-galanyer!
dukacita...
semua bersama mereka inila segala-galanyer!
saya mengaku, menjadi seorang ibu yg berkerjaya memang sgt la susah.
dara2 berdua saya tu memang lebih byk masa di tadika during weekdays.
mlm?
aduhai, balik kelam-kelibut dgn dara2 berdua, masak @ dinner, etc kerja-kerja rumah yg tak pernah abis-abis!
nasib baik la ada husben yg understanding - bantu skit skit lebih kurang.
nasib baik ada kemudahan teknologi moden yang bantu ringan kan keje - washing machine, blender, etc...
tapi tu la...
alangkah baik nyer if dpt dok umah and layan dara2 berdua semaksima mungkin tanpa rasa penat, letih, marah, naik angin, bad mood !
memang saya mengaku la ada kala nyer memang ter naik angin... ter bad mood lihat perangan dara2 berdua.
seolah-olah mereka tak faham yg kita ni penat seharian bekerja !!!
but, yes mereka memang tak faham.
yg mereka nak ialah ---- ibu & ayah...
nak ibu... nak ayah...
nak tunjuk itu... nak tunjuk ini...
so today, aida nak kongsi la dari pembacaan majalah Nur.
what is pure natural parenting.
ni satu lagi yg saya dpt dari pembacaan...paling basic, firstly - TIDUR BERSAMA ANAK.
ha ha ha saya baru jek pisah tidur bersama dara2 berdua.
but, according to bijak pandai, masa mereka baby, tempat paling sesuai ialah tidur di bawah ketiak ibu & ayah.
jg tidur kan kat dlm baby coat sendirian.
ini terlalu ikut gaya western yg memang da ajar sejak dari baby utk tidur sendiri.
sebenarnya, sejak dari baby la mereka perlu berada rapat dlm dakapan kita, di dodoi.
bila mereka da meningkat umur, yg sesuai iaitu 3 tahun ke atas baru la berusaha utk asingkan tempat tidur mereka.
saya rasa, most of us, anak da sekolah pun still bersempit tidur sekali, kan???
ha ha ha...
kedua, AIR TANGAN IBU.
masak ! jgn tak masak !
hi hi hi ni la yg paling melemahkan saya tiap ptg.
before thumb print, nak start enjin balik umah kena fikir dulu pe nak masak utk dara2 berdua.
rasa malas tahap maksima, but, if tak masak karang kesian anak-anak.
da le dulu waktu saya keje johor, tiap hari mereka makan makanan bungkus.
kata org bijak pandai, air tangan ibu yang mengeratkan hubungan anak-beranak...
maka, walaupun sekadar sambal sardin, sup kosong, TETAP air tangan ibu !
walaupun masakan saya ni tak sesedap org lain, TETAP nurin & syuhada akan kata ---"sedap la ibu masak, esok ibu masak lagi yer..."
aduhai, sedap telinga mendengar, hilang penat memasak tadi.
ketiga, JADI GURU DI RUMAH.
memang di tadika mereka belajar.
but, luangkan masa juga kat rumah utk ulangkaji bersama mereka.
yes, ini saya amalkan without fail!
penat camner pun, tetap saya luangkan masa dgn dara2 berdua kat umah...
penting!
kita ibu, mereka lebih senang nak belajar...
lebih suka nak belajar...
yg paling saya suka, saya sendiri bleh pantau perkembangan pendidikan mereka !!!
i like !!!!
saya memang gelojoh bab pendidikan anak-anak nih !!!
pendidikan mengikut cara Rasullullah s.a.w. :
7 tahun pertama : adalah waktu memanjakan anak-anak. jgn dipukul anak-anak waktu ini, berila sepenuh limpahan kasih sayang - peluk, cium yg secukup nyer...
7 tahun kedua (kanak-kanak) : waktu ini anak-anak perlu dipukul / dijentik / didenda jika melakukan kesalahan atau tidak bersolat.
7 tahun ketiga (remaja) : tidak memukul kembali waktu umur gini. mereka harus didekati sbagai shabat. selami hati mereka dan mendengar luahan hati anak-anak kerana mereka berdarah muda, cepat sensitif dan sukar diramal tindak-tanduk mereka.
yes, moga coretan aida kali ni beri sikit injection pada semua untuk didikan anak-anak yg lebih sempurna !!!
9 Comments
nice info...anak ana pun still berkepit sampai skrg. dh nak pisah tido...tapi mcm2 alasan.
ReplyDeletebilik dia xde aircon la...kang pasang aircon x tido pulak, rugi tau! :)
Emmm..cepat ja diorg membesar kan.
ReplyDeleteGood info..boleh sue guna utk anak sue nanti..heeee....
ANA : memang gitu la ana, budak-budak ler kata kan. utk anak-anak aida berdua tu pun, invest mcm-mcm baru selamat berpisah tido... hi hi hi!!
ReplyDeleteSUE : yes, sharing is caring kan...
ReplyDeleteBagus info ni.
ReplyDeleteAir tangan ibu, hari-hari masak. Jadi guru di rumah pun, hari-hari check homework budak dan buat latihan. Bab tidor bersama anak tu yang tak. Sebab dia orang tidor bersama bapaknya. Hehhe... stay up lambat, kalau tidor sekali terjaga pula. :)
ye betul
ReplyDeletesaya juga berazam utk jadi ibu & sahabat utk anak2 saya! :D
YATI : sure yati stay up utk menjahit yek? ye la, siang hari da busy melayan anak-anak, kan? ok la tu :-)
ReplyDeleteHANIE : aida nak jadi kan anak-anak kawan shopping !!!! ha ha ha...
ReplyDeletenice info. saya housewife..lately ni ramai member2 yg kerja komplain penat n kesian kat anak2.. bolehlah saya sharekan info ni ya?.. mmg sama pun dgn apa yg saya nak bgtau pun..tapi dok karang2 tak terpost-post...:p
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.