harap maklum bahawa this week ibu & dara berdua bersendirian.
ayah gi kursus...
maka aktiviti kami bertiga ialah bertiga-tigaan.
di mana kami bertiga akan buat semua keje bersama termasuk TIDUR bersama.
oleh itu, dara berdua dibenarkan tidur kepit bawah ketiak ibu ...
bila kita da bagi izin tidur dgn kita, patut nyer jgn la byk soal, kan?
ada ke patut, syuhada tanya ibu, "ibu takut ke tido sorang ekk?"
hmmmm....
tak patut kan???
ok itu intro jer...
yg nak citer nyer ialah pasal syuhada yg sungguh la susah nak suruh study.
apatah lagi nak buat homework!
awal-awal 30 - 45 minit yg pertama memang syuhada asyik la buat homework.
ibu yg sibuk nak amik gambo pun tak dilayan!
normally time ni saya akan puji la, cth nyer :
- cantik nyer adik colour...
- e'eh, pandai nyer ada lukis...
- wah! anak ibu dpt bintang la (homework di page sebelum)...
hah ! time ni masih lagi asyik buat homework.
but da start meniarap...
ni la masanya di mana syuhada da start penat.
memang dia akan letak kepala dan start mewarna / menulis dari jarak jauh!
but, masih lagi maintain tanpa rungutan.
abis dah.....
bukan abis homework, abis da tumpuan pada homework!
dia akan golek-golek...
dia akan kacau kakak nurin...
or, panggil ibu, "ibu, adik nak susu!"
"oh no no adik... kena abis kan homework dulu ye, baru ibu buat susu..."
"alah ibu, adik haus!"
hmmmm anak oh anak...
maka, gitu gini gitu gini... kakak nurin dtg menyelamatkan keadaan adik.
tolong abis kan homework adik.
kakak yang sedang concentrate buat homework adik...
dulu, nurin memang ok.
homeschool memang da start dgn nurin since dia masuk umur 3 tahun.
then 4 tahun, sejak nurin masuk tadika, lebih ok bila homeschool dgn dia.
memang ikut kata.
tak hairan la as at now nurin da bleh baca BM and English.
Maths pun still sedang training semampunya...
syuhada ni ada keras skit, terlebih manja!
saya naik risau.
tetapi, bila tanya teacher tadika, komen teacher :
komen 1 : tulisan ain cantik. suka saya tgk dia menulis...
komen 2 : memang senang ajar ain, ikut kata...
komen 3 : ain memang cerdik la, puan. sebab tu saya masukkan dia kelas 5 tahun...
saya senyum bila dgr komen-komen tu...
dalam hati, ye ke?
memang kat umah dia tak nak tunjuk ke???
nak ajar membaca??!
kita sebut 'a'... dia sebut 'u'.
kita sebut 'na'... dia sebut 'ni'.
adoi mak oii...
but, saya tiap mlm terus menerus kuat kan semangat diri utk homeschool syuhada.
nurin alhamdullillah, da boleh membaca sendiri dgn pemantauan yg minima.
bulan april nanti, start latih tubi menulis dengan nurin.
masalah besar nurin yg merisaukan saya tahap maksima ialah :-
- menulis rumi - huruf besar bercampur huruf kecik...
- menulis rumi dan nombor - sering terbalik !!!
walaupun ejaan nyer betul, walaupun tambah tolak jawapan nyer betul, tapi TERBALIK!!!
adakah sebab dia kidal?
tak mungkin itu sebab utama, mak long & mak usu nyer kidal gaks, tapi tak le tulis terbalik.
hmmmmm....
namun, ibu tetap bangga dgn anak-anak ibu dua org ni...
buku, pensil, kertas, pensil warna, majalah da jadi bestfriend korang!
tu yang best.
memang jadi impian ibu yang korang rajin membaca & study (macam ibu dulu kala la hi hi hi)...
kerana... if korang bagus dlm pelajaran, apa jer dlm dunia ni ibu bagi.
ibu akan usaha semampunya merealisasikan apa yg korang nak...
i love you kak win & adik adah!!!
11 Comments
kadang kala kan aida kita ni terlalu risau ttg pencapaian anak2 kita..
ReplyDeletetp biar dia ikut flow dia lah...malas nak paksa2..dia nak kita kasi..kalau dia taknak jgn paksa..
tu la masalah aida ni. risau if diorang tak dpt capai pe yg aida target. but, sometimes kesian plak kat mereka... hmmmm... aduhai! payah ler jadi ibu zaman skang!!! pressure!!!
ReplyDeletesalam sis ..saya pun nak share:-)
ReplyDeleteanak aya qistina (6 tahun) pun sudah boleh membaca bm & eng*syukurlah* saya homeskoolkan sendiri...
benda yg sama ngn nurin>>>> tuli huruf terbalik..saya pun agak pelik..contohnya nak tulis "b" jadi "d" no 3 terbalik...5 terbalik...n pakai selipar pun terbalik...itu yg saya cari punca kenapa...cz adiknya 3 tahun tak pernah plak pakai selipar terbalik...
^konpius2^)
nasib baik ada member sekapal bab anak tulis terbalik ni hi hi hi... risaukan alia bila anak gitu ekk?? hmmm...
ReplyDeletesekadar membaca,,,
ReplyDeleteseronok tgk telatah diorg,,,
RUHA : tq... diorang la penyeri idup saya :-D
ReplyDeleteKlik yek entri ni : KORANG TAK KENAL, MAKA KORANG TAK CINTA!
ReplyDeletesalam aida, sekadar berkongsi pendapat yer... ciktie rasa dara berdua tu perlukan a proper study table. mcm siadik, menulis dlm keadaan begitu, takkan lama dia dpt bertahan sbb tu mcm2 position dia duduk.
ReplyDeletesatu lagi bila anak nak menulis..biasanya ciktie akan pastikan sebelah tgn pegang pensil sebelah lagi diatas buku...jadi lebih mudah dia nak menulis dan lebih kemas.
dapatkan meja yang 3 orang boleh duduk (mcm bentuk rectangle ke, jadi ibu boleh duduk didepan dara berdua tu...senang nak monitor...:)
Salam Aida..
ReplyDeleteSelamat kenal2 ya..
Suka tengok anak2 aida, fokus je nampak sume ngadap buku..:)
Pandainya adik & kakak. Seronok tgk dorang belajar sesama ^_^
ReplyDeleteCIK TIE : betul ckp cik tie. but actually da tersedia meja utk diorang sorang satu. sometimes jer dok tulis kat meja. most of the time kat hall. diorang kata, " tak selesa la bu kat meja..." aida ni pun ikut kan la kerenah nyer...
ReplyDeletebut, aida rasa kena ajar ekk mereka stay kat meja kan... ok. aida akan praktik kan suggestion cik tie... tq yek.
AMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.