ada kena mengena ke yg nak emosi sgt nih ??!
sedara sesama islam.
keje satu jabatan.
tak pernah bersua muka.
namun kenal dari cerita org...
semlm seharian ziarah ke HUKM.
berada di kawasan bilik mayat, sehingga la jam 4: 30 ptg jenazah nyer di bawa ke Kelana Jaya oleh van jenazah kastam.
kami tak hadiri pengkebumian kerana da gerak balik Melaka.
perasaan pilu sgt bila lihat keluarga arwah yg da tak bermaya menahan kesedihan.
but, kepiluan tu diselang-seli dgn ke'menyampah'an para wartawan yg ramai juga di situ!
pagi tadi pun pihak JKDM Melaka da sama-sama buat tahlil & bacaan yassin khas buat arwah, moga terserlah la kebenaran di sebalik segala yg buruk dihebahkan.
... dan moga kami para pegawai-pegawai kanan JKDM dijauhi fitnah!
al-fatihah...
kita nantikan saje la keputusan hospital, polis, sprm dan kerajaan tentang kes 'terjun' ni.
redha...
hentikan la sebarang spekulasi terhadap arwah...
moga roh arwah dicucuri rahmat dan tenang di sisiNya...
sesungguhnya byk cerita di sebalik cerita.
hanya kami para sahabat, rakan sekeje dan keluarga arwah saje dpt beri versi yg benarrr...
al-fatihah...
2 Comments
Bila baca blog Aida ni baru Yati cuba fikir dari sudut lain. Tak tau nak cakap apa. Sebab kita tak tahu perkara sebenor.
ReplyDeletePun tak berapa ikut sangat kes rasuah kastam ni. Sebab malas tengok news, banyak fitnah dan politik saja. Yang husband dan wife simpan duit juta-juta dalam rumah tu pun husband yang cerita.
Apa pun, semoga yang salah mendapat balasan yang setimpal dan yang difitnah, kebenaran akan diketahui juga.
semoga kes ni dapat diselesaikan dgn adil dan saksama. kalau mahkamah di dunia pincang, mahkamah akhirat tetap ada..
ReplyDeletedan kalau menurut cerita aida sebegitu.. yg pasti arwah juga takkan bunuh diri kan.. wallahualam
AMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.