sejauh manakah kebenaran terserlah ?
benarkah ?
atau... ?
usah dipersoalkan kerana ia ikut tafsiran masing-masing...
ni hasil tangkapan saya di akhbar U*TUS*AN M*ALAY*SIA ari ni...
setelah berhari-hari warga jabatan diperli... diusik... dijadikan bahan jenaka!
5/4/2011 : RM 108 bilion tidak lesap
"Jumlah RM108 bilion yang didedahkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung penangkapan 62 pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia baru-baru ini bukannya wang yang lesap dan dibawa ke luar negara.Sebaliknya Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali berkata, ia adalah anggaran kerugian pendapatan negara akibat perlakuan jenayah yang turut melibatkan pelbagai akta di bawah SPRM, JKDM, polis dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Menurutnya, pendedahan SPRM mengenai kerugian RM108 bilion itu bukannya merujuk kepada kes JKDM sahaja tetapi turut merangkumi pelbagai kesalahan lain.
"Ingin saya jelaskan bahawa RM108 bilion itu bukanlah lesap sebaliknya nilai kerugian pendapatan yang dialami negara.
"Angka serta input yang didedahkan itu diperoleh daripada Unit Perisikan Kewangan, Bank Negara Malaysia (BNM)," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Semalam, akhbar melaporkan RM108 bilion hasil negara lesap setiap tahun antaranya akibat perbuatan 'tangan kotor' pegawai JKDM yang mengamalkan rasuah dan salah guna kuasa, sebelum wang yang diterima itu kemudiannya dipindahkan ke luar negara.
SPRM turut menahan seramai 62 pegawai JKDM kerana terlibat dalam aktiviti penggubahan wang haram serta pelbagai kesalahan lain dalam 'Operasi 3b' yang diadakan sepanjang minggu lalu.
Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Ketua Pengarah JKDM, Datuk Mohamed Khalid Yusof yang memberikan kerjasama sepenuhnya dalam membenarkan siasatan dibuat oleh pegawai SPRM sejak dari awal operasi itu dijalankan."
5/4/2011 : Pegawai kanan kastam dibebaskan
"Seorang pegawai kanan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) yang ditahan reman sejak Isnin lalu bagi membantu siasatan berhubung pembongkaran pelbagai aktiviti mencurigakan membabitkan pegawai pasukan penguat kuasa itu, dilepaskan hari ini tanpa syarat.Majistret Nordiana Abdul Aziz memerintahkan demikian semasa pegawai kanan bergelar Datuk yang berumur dalam lingkungan 50-an itu dibawa ke Mahkamah Majistret di sini.
Peguam yang mewakili pegawai kanan tersebut, Mohamad Sazali Abdul Aziz ketika ditemui di pekarangan mahkamah berkata, siasatan yang dilakukan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga telah selesai.
Rabu lalu, akhbar melaporkan dua pegawai kanan KDRM yang juga merupakan pasangan suami isteri ditahan SPRM dalam satu operasi besar-besaran di kawasan pantai timur, Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur dan Johor.
Dalam serbuan pada 28 Mac lalu, anggota SPRM dilaporkan menjumpai sejumlah wang bernilai ratusan ribu ringgit berselerakan di rumah pasangan pegawai kanan tersebut yang kemudiannya ditahan untuk siasatan.
Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat lalu bagaimanapun membebaskan isteri pegawai kanan tersebut tanpa syarat manakala pegawai kanan JKDM terbabit ditahan reman sehingga hari ini."
2 Comments
ker itu adalah kenyatan utk cover kesalahan? hehe..
ReplyDeletehmm.. papepun.. siapa2 yg buat kerja tak bermoral tu (kalau ada).. moga cepat insaf dan kembali ke pangkal jalan
HANIE : hmmm yes la tu. ini la bukti kekebalan kastam. sebab, kami YANG MENURUT PERINTAH. bawa kastam ke tengah bermaksud membawa 'beberapa org lain' bersama ke tengah.
ReplyDeletebenci ! kenyataan diselindung dari pengetahuan rakyat ! insaf ?! bila duit bersepah depan mata, iman ke tepi, insaf nanti... duit menanti !!!
AMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.