"sewaktu nurin sedang duduk-duduk tunggu turn nak naik amik sijil graduasi nya, tiba-tiba ibu jadi sedih... sebak... besar da anak ibu. abis da satu fasa idup nurin. pas ni anak ibu da masuk alam sekolah rendah. lebih kurang 6 tahun pula bergelumang dgn baju kurung putih dan kain biru gelap. diari ibu akan penuh la dgn aktiviti anta nurin gi balik sekolah pagi. gi balik sekolah agama (ptg). then ibu nak sign up nurin utk kumon, piano class and swimming session. aduhai... sebak!!! dari kecik sepanjang lengan ayah, nangis-nangis tiap malam, ibu ayah bobok... zikir... nyanyi utk nurin tido lena. kini, nurin da kenal erti penat... letih... hari ni... semalam... sayang... rindu... aaaah! sedih hati ibu, kakak...."



huh! tu la dia perasaan saya yg tiba-tiba sebak hari ahad lepas. 2-3 minit je perasaan tu, tapi amat mendalam. melihat anak dara sulung yg da abis tadika... yes, ahad lepas graduation nurin (6 tahun) dan syuhada (4 tahun). alhamdullillah, semua berjalan lancar dan selamat.


seawal 6:45 pagi anak-anak dara da dikejut. nak ready ~ nak make-up kan as princess, nak buat rambut, nak 'warna'kan muka... tema untuk girls ~ princess and boys ~ retro. memang bersungguh-sungguh la saya mencari baju & aksesori mereka. memang la mencabar! and diorang happy. ini la rupa mereka.

ni baju princess aurora ~ walt disney


ni plak baju ala-ala princess bell ~ walt disney


~ both of them ~

memang saya sgt suka la dressing mereka utk graduation kali ni. sebab memang saya spend duit and masa. and berbaloi!!!

~ puteri dengan permaisuri ~


~ boys retro dengan bonda ~


then, ada 2 persembahan. anak-anak 6 tahun dengan tarian melayu. anak-anak 4-5 tahun lagu ikan kekek.

~ kakak ready ~


~ kakak (hujung sekali kiri) beraksi manis ~


~ syuhada (no 3 dari kiri depan) and the gang ~


persembahan dari anak-anak 6 tahun memang teratur dan cantik. nurin pun senyum simpul saje. so sweeeeeeet :) tapi, time persembahan anak-anak 4-5 tahun, tak la sweet sgt, just comel! masing-masing ikut gaya sendiri. da la lagu iringan ikan kekek, ibu ayah semua terkekek-kekek gelak... hi hi hi...

~ alhamdullillah, selamat da anak ibu tadika ~


~ ni baby ibu, da 2 tahun masuk tadika (lompat kelas!) ~


~ double nurin, jiran depan umah (nurin irdina (kiri) dan nurin nazihah (kanan)) ~


~ persembahan finale ::: lagu ummi ku sayang & lagu 1 malaysia ~


selesai sudah. lega ibu dan ayah kerana da seminggu lebih serabut kepala nak cari aksesori princess. puas hati... da boleh start plan utk next year ~ nurin darjah 1. then ada less than 2 months utk abiskan silibus ibu di rumah. skit lagi kakak, skit lagi ibu nak capai target ibu sendiri. hi hi hi...


Photobucket